Sunday, 28 September 2008

Metronome kucar-kacir

berada didalam bilik berhawa dingin, dengan lantai yang dipenuhi dengan permaidani sambil telinga menyerap bunyi hentakan drum berkali² serta petikan gitar dan bass yang sentiasa mencari hala tuju, dimana mata asyik dan rakus memberi fokus terhadap keadaan sekililing. Badan aku amat tidak tenang dengan keadaan perut yang penuh dengan angin serta telah kurang air kerana dihidrat oleh udara penghawa dingin. Hati masih lagi tidak senang kerana masih banyak lagi perkara harus diperhalusi. Rokok lansung tidak dapat membantu menyenangkan keadaan walaupun berbatang² aku hisap. Kedengaran suara Eugene yang tidak habis² memberi keyakinan tentang metronome dimana aku sudah lama mual dengan sistem yang menyakitkan hati. Setelah semua mencapai kata sepakat proses rakaman akan ditunda lagi. Nah masa untuk menarik nafas lega serta menghembus udara keluar. Tanpa buang masa aku dan rakan² melarikan diri jauh dari studio di Cheras meninggalkan segala kesan tekanan yang telah dicipta sejak berberapa hari yang lalu. Dunia menjadi tidak nyata. Aku pandu dan terus memandu jentera pemusnah mencari ruang serta kawasan yang sesuai untuk makan. Kami mengambil keputusan untuk mendapat kedamaian fantasi di Pantai dalam, ada nasi lemak panas katanya. Didalam kepala aku hanyalah kesesakan dan keresahan keadaan di Pantai dalam yang dari dulu sudah semestinya seperti jiwa yang meronta. Tetapi anggapan aku agak kurang tepat kerana sudah ada perubahan ketika menyusuri laluan di kampung kerinchi untuk ke Pantai dalam, aku dapat lihat perubahannya, aku pasti dengan atmosferanya yang semakin tenang dan tidak seperti dulu lagi, Nah itu tidak berapa penting perut harus diisi, setibanya di gerai nasi lemak panas kami tidak memberi peluang dan terus meratap segala apa yang ada di depan mata. Selesai habis makan sepinggan nasi lemak ayam.

"Kau cuba tengok budak kecil tu, dia order telur separuh masak 2 biji" Jelas Wan sambil melihat keletah budak kecil duduk berdekatan dengan meja kami yang rakus hendak makan telur separuh masak.

"huhu, nak jaga badan lah budak ni" Jelas aku.

"Kau cuba fikir dia budak lagi kalau nak makan telur separuh masak mesti kena mintak kebenaran mak dia untuk order..betul tak??" Wan.

"Memanglah, dulu aku kecil² pun buat benda yang sama." Aku.

"Kita dah besar, takkan kita nak mintak kebenaran dari mak jugak untuk order telur separuh masak.." Jelas Wan.

"A'ah lah..malu lah dah besar² pun nak tanya emak lagi.." Aku.

"Bang..!!! telur separuh DUA..!!"

2 comments:

Anonymous said...

salam aidilfitri

~nila~

Anonymous said...

salam aidilfitri

~nila~

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law