Tuesday 23 September 2008

Selamat hari jadi dunia muzik aku. #2

Aku suka muzik, aku minat muzik dan aku pasti ramai yang macam aku. Mungkin didalam blog ini aku akan mula menulis tentang muzik, perkembangan tentang band² baru mahupun lama. Sesi soal jawab, review dan preview dan segala macam update tentang muzik yang aku tahu. Tiada diskriminasi dengan jenis muzik yang ada dan juga yang aku dengar. Aku cuma mahu kembali dan cuba untuk memberi sedikit ruang kepada sesiapa yang meminati muzik. Aku agak kecewa dengan paparan idealogi tentang muzik serta band² didalam setiap review di majalah² muzik yang ada disini. Kebanyakkan isi nya sama dan berulang² dari setiap isu kepada isu yang lain. Jika bulan ini mereka cerita tentang band A, aku pasti lagi 3 bulan mereka akan cerita tentang band A semula, sedangkan dekat dunia ni ada berjuta² jenis muzik serta idea yang sentiasa berkembang setiap saat, setiap hari. Kepada rakan² selamat datang kedunia penuh alunan serta cabaran.

It gets you down
It gets you down
You're just playing a part
You're just playing a part

You're playing a part
Playing a part
And there's no time
There's no time
To analyse
Analyse
Analyse


Thom yorke - Analyse

1 comments:

Anonymous said...

Weh!! ape ni?? mane MOLEKUL INDAH?? dah lame aku tunggu xde pun..

-Ramones-

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law