Wednesday, 10 September 2008

Kisah bersulam 9.1 (episod drama melayu)

Suasana dibilik semakin suram, kegelapan amat gemilang menutup keseluruh pelusuk ruang, kedengaran jam berdetik² setiap saat, bahang panas semakin terasa, aku palingkan badan kekiri dan kekanan. Kadang² aku hempaskan kedepan dan kebelakang. Namun mata aku masih sukar untuk dipejamkan, roh aku tidak mahu berpisah dengan jasadnya untuk terjun kedunia mimpi. Aku semakin binggung, minda aku tidak henti² bergolak dan bersorak, memikir dan terus berfikir. Nadi aku terus berdenyut dengan laju, nafas aku semakin kencang keluar dan masuk. Tapi aku masih lagi tidak pasti tentang penghujung kisah malam ini, aku cuba paksa untuk dibuai mimpi kerana esok masih banyak lagi kisah yang harus ditulis, yang harus digambarkan dan yang harus diperkotak-katikkan. Aku perlu kumpulkan tenaga demi hari esok. Apa yang perlu aku lakukan untuk hilang seketika. Apa yang sedang menghantui diri ini pun aku tidak pasti. Aku bingkas bangun, toleh kearah jam menunjukkan sudah pukul 3 pagi. Kenapa tiada lansung tanda² untuk aku berkhayal. kaki aku melangkah malas kedapur untuk mendapatkan segelas air walaupun sebenarnya tiada tanda² dahaga. aku pandang kearah tingkap lalu membukanya, apa yang aku dapat lihat hanyalah kabus gelap yang pekat. Aku tutup semula lalu melangkah masuk ke perut bilik. Aku capai handphone lalu gerakkan jari untuk menghantar sms.

"Geng..Lu dah tidur ke??" Tanya aku.

tidak sampai 42 saat handphone aku berbunyi menandakan mesej masuk.

"Nape weh, aku baru lepas bergayut ni" Jawab dia.

"Aku tak tau lah, mata aku tak mengantuk. macam mana nak buat, kau ada idea..?" Tanya aku lagi.

dia reply lagi.

"Hahaha..senang je, jom mc'd dapat ayam goreng ke, big mac ke dgn fries mc'shaker pun sedap ni, bila perut kita dah kenyang baru boleh tidur..amacam berani tak? kalau berani datang amik aku sekarang jugak kita pergi" Jawab dia lagi.

"Good nite geng, esok kita sambung cite..huhuhu" Jawab aku.

bunyi beep mesej masuk lagi.

"Ala jomlah, kejap je..lapar ni" Jawabnya lagi.

Jari aku terus picit butang padam di handphone.

0 comments:

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law