Sepagi di tempat kerja, bertengahari di tempat kerja, sepetang bersama di tempat kerja, kadang² hingga termalam dan tidak mustahil hingga ke pagi esok harinya aku di tempat kerja benar² menguji kepayahan serta ketabahan. Bilik operasi penyengaraan pesawat hangar 3 line 8 benar² tidak putus dengan sesi kejerihan, sesi bertumpah darah,sesi menolak kerja kerana kuasa, sesi lupa diri dan banyak lagi aktivi² yang sukar digambarkan disini. Antara manusia² yang sering memenuhi ruang bilik ini adalah datangnya dari Australia, Hongkong, Singapura, Pakistan,
Bangladesh, England, France dan android. Pelabagai lapisan manusia tidak kira berbeza umur, kulit mahupun pendapat telah sama² melengkapi cabaran dan dugaan. Tujuannya sama untuk pastikan sebuah pesawat mampu dan bebas terbang diangkasa.
Aku tidak merasa janggal disini, kadang² telah menganggap mereka adalah abang², apa² mahupun datuk² yang berusaha keras demi kejayaan bersama². Kehidupan dibilik ini nampak amat majmuk dengan manusia² yang datangnya dari berbilang² bangsa, kaum, agama serta pendapat. Namun kadangkala mampu mencuit hati dan jiwa yang sedang luka mahupun lara. Ditambah pula dengan manusia² berkuasa yang sering menunding jari, menempelak, tidak mahu ambil peduli sering kali memberi hiba juga seksa. Tapi aku terus berusaha berdiri mahupun duduk teguh disini.
"Hey What will happened today, is it true" Tanya Herve.
"Ha today is 16th did Anwar made it??" Thomas.R
"Jadi kah Bang hari ni" Mark Tan.
"So what the new story today..? " Ali mahboob.
"This politic scene is same like my country" Afzal Janjua.
"In Australia the politician cant be liar because media is not their friends.." Troy Bodarenko.
"I dont care, because my country also has been given to China, but in here the story was really good" Bill chan.
"Mow chau waa...we've put the flap track over there, now..!!" Jelas Mervin kepada William Ha.
"Okay just tell to me what spare's did u need..?" tanye Paul Ong kepada Zack Hossain.
"Hey...macam mana sekarang, sudah tukar ke.." Ronald Wong.
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
0 comments:
Post a Comment