Friday 19 September 2008

Kisah bersulam 9.3 (cinta itu tidak buta sebenarnya)

"Aku ada kenal sorang budak perempuan ni, kami berkawan dah dekat² setahun" Terang Azlan.

"Whoa..!! baguslah tu, kau kenal kat mana..??" Tanya aku.

"Aku kenal kat dlm Facebook,but the problem is, aku tak tau sama ada dia betul² suka kawan dengan aku atau tak.." Jelas Azlan.

"Hah..tanyalah dia terus, kau tanya aku mane nak dapat jawapan.." Jawab aku.

"Aku dah tanya dah, dia kata dia suka kawan dengan aku. Serious shit i like this girl.." Jelas Azlan lagi.

"Baguslah kau suka kat dia, sebab jarang ada perempuan yang boleh bagi kau jadi suka,
so apa lagi dah dia cakap dia suka, kenapa nak tanya aku lagi.." Aku pelik bertanya.

"Takdelah, aku cuma dapat rasa yang dia buat² suka je dekat aku, maybe coz nak jaga hati seorang kawan. Tapi for this time aku betul² suka kat dia, and macam mane kalau dia tak suka kat aku.." Azlan.

"Oh..kau nak dia jadi steady girlfriend kau ke??" Tanya aku lagi.

"Yelah kalau boleh, tapi aku rasa macam tak boleh lah" Jawab Azlan.

"Kenapa kau cakap tak boleh" Tanya aku lagi.

"Pasal tu lah aku nak tanya pendapat kau ni. Apa yang patut aku buat, kalau dia reject aku, mana nak letak muka aku yang tak hensem ni.." Jelas Azlan.

"Alamak.nak jadi cinta agung lah ni..aku tak tau lah Lan, kau jumpa dia and terus tanya lah, kalau dah dia taknak kau nak b uat macam mana..terima lah.." Jawab aku.

"Ni yang problem ni..macam mana nak jumpa dia..kalau aku tanya pakai sms tak boleh ke.." Tanya Azlan lagi.

"Call dia cakap nak jumpa lah, be a gentleman takkan nak tanya pakai sms kut" Jelas aku.

"Susah sikit nak jumpa dia, coz dia bz.." Jelas Azlan.

"Takkan jumpa kejap pun tak boleh, dia bz kenapa..by the way name dia apa..?" Tanya aku lagi..

"Dia pelakon, nama dia Fasha Sandha.." Jawab Azlan selamba..

"Ahahahaha..yeke?? kirim salam kat dia" Jawab aku.

Kadang² kita sering meletakkan sasaran yang tinggi melangit tidak kira dalam apa juga yang kita impikan, kadang² kita lupa tentang kemampuan kita. Dalam soal cinta, kadang² kita lupa tentang orang yang berada dekat dengan tetapi kita lebih ingin dongak dan renung jauh keatas langit. Semua orang inginkan kesempurnaan sedang semua lupa tentang makna sempurna. Aku tidak arif tentang dunia cinta tetapi yang pasti ada yang gembira bersama dunia cintanya, dan ada juga yang sedang bergolak mencari ruang untuk koyak bersama dunia cintanya, ada juga yang sedang sengsara bersama dunia cintanya dan anggap dunia telah bertukar menjadi neraka, dan yang pasti ada yang sedang berlagak dan bongkak bahawa cinta tidak perlu ada didalam dunianya. Bagi aku cinta itu menyakitkan.

9 comments:

Anonymous said...

*tepuk tangan* wow,,ko sgt pathetic..

Suffian Salim said...

yes...aku memang pathetic..kau pulak??

Anonymous said...

"cinta agung" -(wujud dan sentiasa) cinta DIA...
"cinta tanpa syarat @ unconditional love" - (ada dan selalunya)cinta ibubapa...

yang lain tidak pasti...

~nila~

Suffian Salim said...

bagaimana pula dengan cinta Nila..

Anonymous said...

Aku jenis terus terang, klo aku telah jatuh cinta kpd seseorg yg aku rase berhak untuk dijadikan teman sejati aku, tdk kire ape pun, aku akan berkorban untuk die. Engko plak, ckp bg engko, cinta itu menyakitkan. tp engko xsedar yg sebelah pihak disakiti beratus kali ganda lebih dr engko.

Suffian Salim said...

Wow..maaf jika sebelah pihak disakiti beratus kali ganda lebih dari aku..Tapi percayalah mungkin kesakitan itu akan reda tidak lama lagi..pasti akan ada yang datang utk merawatnya..
Cinta yg menyakitkan aku memang tidak beratus kali atau berjuta kali..ianya sekali je..tp kekal sampai bila²..

Anonymous said...

whatever Pian..

Suffian Salim said...

huh..!!??

Anonymous said...

you who i am. enough said.

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law