Sunday, 31 May 2009

Sama kah kita??

Dua hari lepas jam 3 pagi didepan 7Eleven berdekatan dengan sebuah pusat kegembiraan, aku bersama dengan yang lain mengerjakan aiskrim dikala waktu semakin suram dan bahang panas semakin hilang, kedengaran dari jauh bunyi² haba dari disko² yang tersegam kukuh menjamah setiap manusia yang keluar masuk. Berdekatan dengan kami ada beberapa lelaki berpakaian 'chef' sedang duduk² sambil menghisap rokok mungkin sedang menghilangkan lelah dan penat selepas berhempas pulas bekerja. Didalam keadaan yang mengembirakan kami menikmati kelembutan aiskrim coklat klasik sambil bergelak ketawa tiba² datang sekumpulan budak muda berbangsa cina yang boleh aku panggil sebagai budak kecil, kerana aku dapat rasakan yang mereka masih bersekolah, mereka menyerbu masuk kedalam kedai serbaneka tersebut dan kelihatan ada seorang budak didalam kumpulan itu sudah tidak mampu berjalan, Yes mereka baru keluar dari disko dan baru sahaja belajar mabuk², ternyata ada yang tidak mampu untuk bertahan, berlaku sedikit pergaduhan kecil diantara mereka kerana salah seorang yang nampak seperti ketua kumpulan tersebut sedang memaksa rakannya yang terduduk untuk bangun. Lalu aku terdengan suara sumbang berkata "budak² cina ni, baru minum sikit je dah nak mabuk², nak tunjuk kat orang semue yang die mabuk lah,kecoh je, tak gune punye cine..makan babi". Kami diam, cuma aku terfikir kenapa perlu cakap yang budak cina memang begini, sebab aku rasa siapa² pun tidak kira datang dari kaum mahupun agama yang mana, pasti ada diantara mereka akan membuat lakonan yang sebegini, untuk menarik perhatian, aku pernah nampak orang lain yang bukan cina minum satu tin kongsi ramai² tapi berlagak mabuk seperti baru pecahkan kilang arak. Tidak kira lah india ke, melayu ke, jawa ke, mat saleh ke, orang putih ke, orang hitam ke, orang asli ke, darah kita memang sama warna. Tidak perlu nak buat perbezaan. Kau ke, dia ke, kamu ke, aku ke, semua dari ciptaan yang sama.

Saturday, 30 May 2009

Hari ini, esok dan semalam.

Jika aku mati hari ini, maknanya semalam adalah memori,
jika aku mati hari ini, maknanya hari esok sudah tiada,

Sans vous, les émotions d'aujourd'hui serait la scurf d'hier.

aku sedang sangat jatuh cinta sekarang, jatuh cinta dengan sebuah french movie dari Jean-Pierre Jeunet, berjudul "Amelie", ianya berkisarkan tentang an innocent and naive girl in Paris, with her own sense of justice, decides to help those around her and along the way. aku agak sudah terlambat dan tertinggal untuk movie ini, tetapi percayalah, 'camera work' serta skor muziknya sangat mencengkam jiwa dan perkara paling penting adalah mengangkat perkara²yang tidak penting lansung didalam kehidupan seharian lalu diterjemahkan melalui movie ini. aku amat ingin berada didalam movie yang sangat cantik ini serta duduk dekat dengan Amelie.

Tetapi tidak mengapa kerana aku baru saja jumpe Amelie disini.



Tepuk dada dan bertanya

Ada beberapa rakan aku yang telah mengikuti hasil permainan jari aku di papan kekunci melalui entri² di blog ini tanpa aku sedar. Mereka adalah diantara 'silent reader' untuk blog ini, ada juga beberapa email yang aku terima dari mereka dan semalam aku telah terserempak dengan salah seorang daripadanya, salah satu soalan yang keluar dari mulutnya selain memberi tahu yang dia sentiasa melawati blog aku tanpa sedar adalah, kenapa tidak banyak coretan tentang dunia 'scene underground' yang pernah aku laungkan sekuat²nya setengah dekad yang lalu. Kenapa tiada sebarang persoalan yang cuba diketengahkan oleh aku tentang 'scenester', tentang follower² pemuzik DIY, tentang pergerakan muzik radikal, tentang kebebasan berkarya. adakah aku sudah tidak mengikuti perkembangan dan banyak lagi persoalan. Aku hanya mampu memberi senyuman sebagai jawapan. Didalam hati berkata, aku bukanlah perdana menteri mahupun menteri² kabinet didalam dunia scene underground sejak dari dulu, aku bukannya hendak pegang apa² jawatan yang tidak bergaji, aku bukan hendak jadi 'godfather' aku bukanlah orang² yang sentiasa hendak mencari kesalahan orang lain dan kemudiannya coretkan didalam blog ini tentang kesilapan² mereka terhadap scene underground. Aku juga bukanlah sudah berhenti dari mengikuti segala perjalanan arus yang pernah aku ikut dulu. Aku masih bebas berkarya dengan rakan² aku, bagi aku segala²nya bukan terletak pada baju hitam berdarah, bukannya terletak pada fesyen rambut, bukannya pada tindikkan di telinga mahupun dikening ataupun pada lakaran berwarna di lengan. Semuanya terletak didalam hati dan kita tidak akan bawa kemana² bila kita mati. Tidak perlu gah, tidak perlu gagah.Yes aku masih lagi bergelut dengan dilema, aku juga masih lagi bergelumang dengan norma-norma. Biarlah orang hendak lihat aku seperti lukisan yang tidak berwarna, biarlah orang hendak tengok aku seperti lampu yang tidak bercahaya. Aku lebih selesa untuk bercerita mahupun berkongsi dengan orang² yang mempunyai ikatan erat dengan aku dari membuat kenyataan bersimpang-simpang.

Rock bukan pada alkohol mahupun dadah, tapi didalam dada.

Friday, 29 May 2009

Mengharap sekelumit harapan #4

Jika ditanya apa yang sedang bermain difikiran aku, adalah ingin pergi ambil tiket 'flight' terus ke Belgium mahupun Switzerland, beli gitar squire dan cuba buat band post rock dan terus menetap dengan pemuda² disana . Jika ada yang tertanya² kenapa aku terfikir untuk buat begitu, jawapannya adalah..

"Dekat sini panas sangatlah."

Pecahan kaca didalam gelap.

Strange vibe circles round Tries to comfort buzzing sounds Form an arrow point at us We the target are the one Place your bet on the best The fastest source you can find Form an arrow point at us Be the target of the center Find the key lock the door Close your eyes for encore Find your peace turn in sight You're the target you're the center Find the key lock the door Close your eyes for encore Drop yourself in the grass Breathe the air at last Hold on tight Don't you fall down Breathe the air through the water..

sumbangan ihsan dari THE GATHERING

Thursday, 28 May 2009

Yang aku perlukan adalah kawan bukannya lawan.

Mungkin ramai yang tak faham dengan apa yang cuba diterangkan melalui video ini mahupun lagu yang telah dihasilkan dari video ini. tidak mengapa, sila pejamkan mata dan anggap anda adalah seorang budak yang kecil serta sedang bermain buaian dan seorang rakan anda berdiri dibelakang buaian itu lalu menolak anda supaya dapat meluncur kehadapan dan belakang..

Mungkin secara tidak sedar kita telah tinggalkan orang yang rapat dengan kita yang sanggup berkorban apa saja untuk kita supaya dapat terus meluncur kehadapan. Kadang² kita juga lupa toleh belakang untuk melihat orang yang pernah tolong kita kerana terlalu gembira meluncur. Tapi tidak mengapa kerana orang itu telah pun berlagak gembira untuk anda dan dia masih juga sanggup untuk tolong anda menolak buaian jika ianya berhenti.

De voiture ou de griller de la viande

Pada satu malam yang tenang, tiga orang lelaki duduk dalam keadaan tiga penjuru, masing² memberi fokus kepada satu objek yang amat menggairah kan, yes mereka sedang membincangkan tentang sebuah jentera pemusnah paling 'solid' yang pernah mereka nampak. Pertembungan serampang dua mata diantara tiga orang lelaki tersebut disulami dengan jelinga kearah kiri untuk melihat tentang kehebatan jentera pemusnah keluaran Audi iaitu A4 berwarna kelabu. Terdetik dihati masing² untuk memiliki jentera itu sendiri walaupun dipoket hanya cukup untuk minum segelas Teh tarik mahupun kopi panas. Tidak jauh dari jentera pemusnah itu terdapat sebuah gerai menjual burger dan secara tidak sengaja bau haruman daging burger yang dimasak bersama dengan kicap Lea & perins telah berjaya menusuk kehidung semua manusia yang berada disitu.

"Tapi serius, memang handling kereta ni mesti best gile ni, tengoklah body die, memang tegap" Jelas Man dengan bersungguh² seperti sedang membuat review tentang kereta tersebut.

"Hmmmm, aku rase burger daging kat situ mesti sedap kan..cam menarik je.." Jelas Wan dengan muka serius seolah² paham dengan apa yang Man cuba terangkan.

"Tak guna, orang cerita pasal kereta lah.." Aku.

Pengampunan dan penebusan.

Ade orang bertanya, kenapa terlalu banyak sangat gambar² yang di 'post' didalam blog ini adalah gambar² makanan. Harap maaf, aku adalah diantara orang² yang sangat menghargai makanan, dan aku percaya ramai yang macam tu, ianya adalah terapi untuk aku. Ianya sama seperti perempuan² yang rasekan membeli belah itu adalah satu kepuasan, dan jika ade yang tertanya² tentang diet program yang pernah aku buat, ianya mudah sahaja, tidak perlu beli pil² diet, tidak perlu buang duit untuk menjadi ahli di kelab² gym mahupun mengambil dadah. Cuba terapkan konsep "hari pengampunan" dan juga "hari penebusan". Contohnya hari pengampunan adalah hari dimana kita boleh makan apa sahaja dalam satu hari. Sila pilih satu hari dalam seminggu dan hargailah makanan seadanya. Hari penebusan pula adalah hari dimana anda perlu bakar semula apa yang telah anda makan pada hari semalam dengan cara paling percuma, hanya perlu sarungkan kasut ke kaki dan pergilah berlari untuk tempoh 1 jam. Itu yang aku buat dan sebenarnya aku akan cuba pergi berlari setiap hari jika boleh, hinggakan aku rasa sangat gembira jika dapat berlari dan rasa sangat bersalah jika terpaksa 'skip' aktiviti itu pada hari² yang tertentu, untuk penerangan lanjut sila email kepada aku, sementara aku tidak terfikir untuk mengenakan sebarang bayaran.

Wednesday, 27 May 2009

Khabar dari disini.









Meredah arus.

Beberapa hari yang lepas, ketika selesai meluahkan segala perasaan yang terbuku didada, ketika menjulang gitar mahupun 'headbang' kepala keatas dan kebawah sambil ditemani bunyi hentakan drum serta paluan 'bassline' dan juga teriakan² yang kejam, dengan suasana yang amat berbahang disulami dengan cahaya lampu berwarna warni serta luapan adrenalin dari manusia² dikaki pentas juga dengan peluh yang membasahi kesetiap pelusuk yang kering. Aku bersama² dengan norma-norma berselirat menggugat segala ketenangan. Sesudah selesai, sesudah menghilai serta meninggalkan lantai aku serta yang lain bersiap untuk pulang, hari ini aku tidak jadi pemandu kepada jentera pemusnah, tetapi menjadi teman kepada sepasang kekasih. Duduk dibelakang jentera sambil telinga menyerap segala perbualan diantara seorang lelaki dan perempuan dihadapan, sambil pemain cakera memainkan lagu² gemersik dari DEWA yang berjaya memenuhkan segala ruang kosong didalam jentera. Fikiran aku jauh melayang memandang hiasan lampu jalan. Badan terasa penat, pinggang terasa seperti hendak tercabut akibat dari kerja² menjulang gitar, kepala pula seperti hendak putus kerana sibuk 'headbang'. Yes aku benar² sedang rasa segala kesakitan. Ini menunjukkan yang usia sudah semakin meningkat dan mungkin sudah tidak boleh bergerak lincah lagi. Bila difikir² sudah hampir masuk keseparuh tahun untuk tahun ini. Umur semakin kedepan, kejayaan pula semakin kebelakang. Bukan aku tak pernah fikir mahupun persoalkan, bukan aku ambil jalan mudah mahupun malas, tetapi hujung tahun lepas aku pernah membuat rancangan untuk mengambil cuti tanpa gaji selama setahun dan cuba pergi cari kerja lain, kerana aku sudah sampai ketahap tidak mampu untuk berdiri teguh lagi untuk buat masa ini. Antara rancangan² yang aku fikir adalah seperti bekerja disyarikat pengiklanan, multimedia, menjadi tukang masak, penulis untuk majalah muzik, membuat skrip, mencipta skor muzik untuk filem ataupun mencari kerja yang sama seperti apa yang aku buat sekarang tetapi di syarikat penerbangan yang lain contohnya seperti di France mahupun Belgium, dapat kerja kutip buah epal di Cardiff pun dah kira bagus juga. Membuat kerja yang baru, bersama dengan orang² yang baru didalam dunia yang baru mungkin dapat memberikan aku satu terapi yang paling berjaya. Tapi dah nak masuk bulan June dan aku masih lagi ketawa tanpa makna disini. Pagi tadi aku bangun dari tidur dan tengkok aku masih lagi rasa sengal, pinggang juga turut sama serta hendak memeriahkan keadaan.

Tak boleh jadi, harap maaf jika tiada entri baru untuk beberapa ketika kerana aku sedang sibuk mencari kerja baru. Itupun kalau ada yang hendak menerima orang tua bekerja.

Cinta kepada yang tercinta.

Semalam sambil duduk diam aku pusing kebelakang memikirkan perkara² paling tidak disangka yang pernah aku buat dan baru aku teringat yang salah satunya adalah seperti beberapa tahun lepas ketika berada di kota Amsterdam, aku redah membeli poskad dan bersusah mencari setem serta menulis ayat² berbunga kepada yang tercinta dibelakang muka poskad lalu terkapai² mencari peti surat disebalik kesejukkan dan kedinginan lorong² kecil dikota yang penuh dengan 'orang² dutch ' lalu memasukkan kedalamnya dengan harapan dapat membuat satu kejutan. Dua minggu selepas itu dimana aku telahpun pulang kesini barulah poskad tersebut sampai kerumahnya dan aku rasa seperti itu adalah perkara yang paling tidak disangka yang pernah aku buat.

Bagaimana anda meluahkan perasaan cinta kepada yang tercinta??

Tuesday, 26 May 2009

Kata-kata untuk hari semalam.

Kehidupan ini akan menjadi sangat pendek jika kita terus membenci orang lain. Berbuat baik dengan kisah silam supaya ianya tidak menghantui diri kita pada masa akan datang.

Monday, 25 May 2009

Tiada aku dalam diri aku.

Kecewa, sengsara, tertekan, terkilan, kepenatan, keletihan, kesempitan, menangis, senyum, jiwa berkecamuk, hati berdebar², rasa tidak adil, rindukan ketenangan, rindukan belaian, rindukan wang ringgit, rindukan mainan cinta dan rasa semakin tua. Itu adalah beberapa perkara yang sedang bermain didalam kepala aku buat masa ini.

Anda pula bagaimana??

Saturday, 23 May 2009

Kenapa kau pergi.



Ini bukan untuk kau, ini bukan untuk dia, ini juga bukan untuk sesiapa. Ini tentang aku dengan masalah duit aku yang selalu sahaja pergi walaupun baru dapat gaji.

Friday, 22 May 2009

Bila lelaki bergosip.

Disebuah kawasan perumahan yang bersebelahan dengan sebuah kampung yang indah permai, disebuah restoran didalam kawasan perumahan yang aman damai, di meja makan bersama² dengan kerusi sambil keempat² punggung berlabuh diatasnya, setelah beratus² jam tidak bersama, setelah jiwa dipisahkan dengan hati dan perasaan, setelah gelak dan ketawa dilupakan, malam tadi semuanya disatukan sambil salah seorang diantaranya sedang ligat mengunyah cebisan² roti canai yang seronok bergelumang dengan kuah dhall serta sambal. Secara tidak disengajakan lalu sebiji motosikal bersama penungganya dan berhenti berdekatan dengan meja tersebut.

"Kau tengok mamat ni, dia dah kurus sekarang kan?? kau ingat tak mamat ni" Kata Wan sambil memalingkan mata kearah lelaki itu.

"Siapa hah?? aku macam familiar je muka dia" Jawab aku.

"Ala, ni dia ni aku kenal, mak dia jual nasi lemak pagi² kat atas sana" Jawab Aji sambil menunding jari telunjuk keatas.

"Jap..Jap, oh dia dulu aku perasan, memang dia besar lah dulu, skang dah kurus gila la plak, tapi mak dia jual nasi lemak kat area mana ek?" Jawab aku sambil meneguk kopi.

"Cibai lah, aku rasa dia amek ais ni, kau tengoklah kaki dia tak stop² goyang". Jawab Wan sambil mengunyah.

"Ala, kan kat atas bukit sana ade banyak gerai nasi lemak, yang paling tepi sekali ade makcik badan besar², hah kat situ lah" JAwab Aji.

"Ooohh..baru ingat, weh nasi lemak dia memang terbaik siot..yelah dulu pagi² aku selalu pegi sane beli bawak pegi tempat kerja, memang sedap gila" Jawab aku.

"Eh sedap ke?? alamak, malam dia bukak tak??" Tanya Wan.

"Hishhh..."

Tuesday, 19 May 2009

Au milieu de la guerre.

Harap maaf, aku sedang berada di pertengahan medan perang dan hampir terkena tembakan dikepala ketika betempur awal pagi tadi.

Monday, 18 May 2009

Kenapa tidak unggu mahupun biru.

Kenapa perempuan² berkulit putih sering mendapat kepujian yang amat tinggi?? apa akan jadi dengan yang berkulit unggu mahupun biru??

Sunday, 17 May 2009

Ailurus fulgens

Aku amat teringin untuk letak binatang ini didalam bilik aku untuk membuktikan pada masyarakat yang 'rocker' juga adalah seorang yang amat penyayang.




Bukannya ada tiga belas saja.

Tengahari semalam ketika sedang sibuk memberi fokus kepada kertas kerja, sambil gembira menerima sepakan dan tumbukan dari formula² serta teori² penting didalam pejabat, didalam keadaan mata layu melayan alunan² yang sedang beralun serta melayang² disekeliling, tanpa aku sedar seorang jejaka yang lebih muda datang dekat pada aku, lalu bertanya.

"Eh bz ke geng??" Tanya dia.

"Adelah sikit², biaselah buat² bz, lame tak nampak kau ni, pegi mane?? duk dalam gua ke??" Balas aku.

"Ade je kat sini, cuma serabut sikit, eh kau ajar lah aku macam mane nak tackle awek" Catas dia spontan.

"ha?? ok² aku baru teringat 2 hari lepas ade sorang perempuan ajar aku macam mana nak tackle perempuan" Jawab aku sambil ketawa.

"Ok cantik..cepat lah bagi tau macam mane..." Sambung dia lagi dalam keadaan tidak sabar.

"Contohnya kau dekat kedai makan, duduk kat meja, and tak jauh dari meja kau, meant meja lain lah ade sekumpulan perempuan tengah duduk makan and minum² jugak, kau tengok mana yang kau rasa nak tackle, cuba pandang dia lama² sampai dia perasaan yang kau tengok dia.." Jelas aku dengan penuh perasaan.

"And then, bila dia dah perasan, cuba senyum, Yes!! kau perlu sedikit berani lah" Jelas aku lagi.

"Kalau dia tak reply senyuman macam mane?? Tanya dia lagi.

"Maknanya dia tak berminat dengan kau la tu, so bayar je bil terus blah dari situ, tapi kalau dia reply, and macam malu² nak senyum maknanya kau ada peluang" Aku.

"so apa aku kena buat lepas tu" Tanya dia lagi.

"Jangan buang masa, bangun dan terus pergi dekat dia and ask for her number" Jelas aku lagi.

"Gila??? dia baru senyum sikit je takkan lah nak mintak no fon, kalau dia tak nak bagi macam mana?? " Tanya dia semula dalam keadaan terkejut.

"Ha..ni part yang paling best, lepas kau berdiri depan dia and cakap nak no. fon tapi dia terus buat muka or taknak bagi no. fon, senang je kau terus cakap macam ni" Aku.

"Cakap macam mana??" Cantas dia.

"Come on, bukannya ada 13 orang je perempuan kat dalam Malaysia ni, ada berjuta, salah ke i nak berkawan dengan u.." Jawab aku sambil tergelak.

"hah!! tak guna punya jawapan, lepas tu aku kena lempang kat depan kawan² dia, lagi malu". Jawab dia.

"Ahahaha...kalau kena lempang, tak payah datang dah kedai tu, bukannya ade 13 je kedai makan kat dalam Malaysia ni.."

"Ahahaha..tak guna cakap dengan kau ni, mesti jadi lain"

Friday, 15 May 2009

Full of spirit

Kenapa aku tidak ada pada waktu ini..??

Kata-kata hikmah untuk hari esok.

Jangan selalu gunakan perkataan aku 'cuba' kerana ianya adalah langkah pertama untuk menuju kearah kegagalan, gunalah perkataan aku 'akan' lakukan.

Yes we can!!

Semalam dan hari ini memang amat berbeza.

Semalam, sewaktu didalam jentera pemusnah melewati kawasan taman perumahan yang indah permai dihiasi dengan lampu² neon ditepi jalan serta angin sepoi² berkata dengan tenang, kami terlihat sebuah gelangang badminton tersergam indah dengan lampu 'spotlight' menyuluh keseluruh kawasan persekitaran. Lalu aku berkata "dah lama kita tak main badminton kan?", "hah tu la pasal, raket ada kat aku, esok kita mainlah nak tak?" Tanya Wan kembali. "Ah..kau macam betul je Wan" Aji mencantas. "betul lah, just esok kita pegi beli net pastu dah boleh main dah" Jawab Wan spontan.

Hari ini, sewaktu aku sedang berpusu² bersama manusia² lain dalam keadaan tenang tiba² dapat satu teks ringkas yang berbunyi "Weh malam ni jadi ke nak main badminton?". Mesej dari Wan. Lalu aku balas "On je, target pukul berapa??", dan tidak sampai 60 saat satu lagi teks ringkas masuk kedalam handphone. "Tapikan net takdelah, aku rase kita lepak makan ayam goreng jelah, semalam nak try tak dapat, lapar ni." Aku sambil senyum terus balas "rileks la, kita main dulu, after 1 hour kita pergi makan lah." Lalu Wan balas semula "No point lah, kite penat² main pastu pergi makan, aku rase better kite makan je, sukan hari lain lah.."

Aku terus masukkan handphone kedalam poket dan terus berjalan.

Thursday, 14 May 2009

How often do you find the right person

Ditempat kerja sekarang untuk projek kapal terbang Monarch Air dari England aku ditemani oleh dua orang wanita untuk menyiapkan segala kertas kerja yang ada. Kedua² mereka sebaya dan lebih muda dari aku cuma yang berbeza adalah seorang sudah berkahwin dan baru mendapat cahaya mata dan seorang lagi sudah mempunyai teman lelaki dan mungkin sedang merancang untuk berkahwin. Mereka selalu menghabiskan masa berbicara tentang lelaki didalam hidup mereka dan aku sering dijadikan 'punching beg' jika mereka tidak berpuas hati dengan lelaki. Berteriaklah, melalaklah, merungutlah, tidak puas hatilah, tidak adil lah, teruklah dan segala macam bunyi yang keluar. Aku juga sering dijadikan bahan rujukan bagi mereka dan kemudian diadaptasikan pada lelaki dalam hidup mereka. Cuma malangnya lelaki yang mereka kenal amat tidak sama dengan aku iaitu sebuah android berjantina lelaki yang sudah pincang tugasnya. Lalu aku cuba bertanya kepada mereka.

"How often do you find the right person??"

Jawapan yang keluar hanyalah bunyi kertas yang diselak satu persatu, serta tarian jari di papan kekunci.

Wednesday, 13 May 2009

Khabar dari sana.








Molekul Indah # 9

Lama - kelamaan aku semakin jauh ditinggalkan, tetapi aku terus berlari menuju kearah keretanya walaupun hanya sayup kelihatan. Setiba aku dikolej Jasmine, aku cuba mencarinya, setelah ternampak aku hanya berdiri atau duduk diam memerhatikannya walaupun dari jauh. Aku tidak pasti kenapa perlu aku buat begitu. Setelah dia pulang kerumah aku pasti akan ada dihadapan rumahnya, mengekorinya berjogging setiap petang, memerhatikan dan melihatnya dari jauh setiap malam benar² buat aku lupa tentang perkara yang aku perlu kupas tentang diri aku. Setiap hari aku pasti akan ada dekat dengan Jasmine hinggalah tidak lama kemudian dia sedar tentang kehadiran aku.

Suatu petang di taman rekreasi, ketika aku berlari dibelakang Jasmine, tiba² dia berhenti dan terus toleh kebelakang.

"Eh, hari² saya tengok awak ada je depan mata saya, takde keje lain ke nak buat??" Tanya Jasmine kepada aku sambil menjegilkan biji mata.

"Maaf, saya tak tahu kenapa saya buat macam ni" Jawab aku secara spontan.

"Mana boleh awak tak tau??, siapa bayar dekat awak untuk tengok saya" Tanya Jasmine lagi.

"Takde sesiapa, saya cuba untuk tak tengok or ada dekat dengan awak lepas ni" Jawab aku lagi.

"Hah baguslah..saya dah meluat asyik selalu nampak awak je..dah lah hari² pakai baju and seluar yang sama, tak reti nak pegi mandi ke??" Jawab Jasmine sambil terus berlalu pergi.

Tanpa disedari sebuah van sedang deras meluncur terumbang-ambing ditengah jalan lalu berpusing² dan meluru pantas kearah Jasmine yang sedang hendak menyambung lariannya. Aku terus lari seperti kilat untuk menyelamatkan Jasmine dari dilanggar oleh van tersebut. Dia hanya sempat menjerit dan aku sempat menolaknya ketepi lalu terjatuh berpusing ketepi.

"Eh awak tak apa²" Tanya Jasmine dalam keadaan tercungap².

"No..no, i'm okay.." Jawab aku tanpa sedar.

Tiba² aku sudah berada didalam sebuah bilik dan terasa kepala sedang dituam dengan air panas dan bahagian lutut terasa amat pedih. Kelihatan Jasmine sedang memegang tuala lalu mengusap ke dahi aku.

"Ok awak dah sedar.." Kata Jasmine.

"kenapa dengan saya ni?" Tanya aku semula.

"Awak hampir nak kena langgar sebab nak selamatkan saya, now u're in my house, berehatlah". Jawab Jasmine.

"huhh..aarrhh hhh" Aku.

"By the way saya betul² mintak maaf sebab marah awak tadi, tak salah pun sebenarnya kalau awak ikut saya, maybe awak nak jaga keselamatan saya kan.." Jawab Jasmine sambil senyum sinis.

Aku hanya terbaring diam, untuk pertama kalinya aku rasa badan yang sangat lemah, untuk pertama kalinya tiada persoalan didalam kepala aku. Setelah beberapa kali matahari dan bulan jatuh dan naik, baru aku rasa benar² sihat.

Bersambung. . .

Tuesday, 12 May 2009

The naked Chef.

Sejak dari minggu lepas tidak kira ketika bercakap di telefon, berkumpul ramai² dimeja makan, bersama² dengan rakan sekerja sambil menghirup kopi, mahupun ber-chatting dengan kawan² di YM, aku pasti gembira bercerita tentang makanan dan masakan, aku akan memberi fokus yang maksimum kepada cara² hendak memasak 'especially' bila memberi idea kepada kawan² terdekat tentang jenis² masakan yang 'simple' untuk disediakan tetapi memberi impak pada rasanya. Aku tak pandai sangat memasak tetapi sekarang amat selalu membayangkan perkara² yang melibatkan masakan hingga aku pernah mimpi yang aku sedang memasak. Oh, i miss my kitchen. Adakah ini tanda² awal untuk aku jadi..

The next Jamie Oliver..??

Aku serap semuanya.

Monday, 11 May 2009

Kenapa perlu.

Seperti biasa aku memang mempunyai dunia aku sendiri, gelak ketawa, sedih gembira, melalak² menangis, dan apa sekalipun yang terjadi segala²nya adalah kehendak diri aku sendiri apabila berada dalam dunia aku, dan disebabkan aku terlalu megah dengan dunia sendiri, aku hampir lupa dan kadang² lansung tidak ingat tentang dunia orang lain, tentang dunia yang besar dimana ada banyak kehidupan yang lain. Aku lansung tidak mahu ambil peduli hingga aku rasa yang aku ni amat 'selfish'. Hari demi hari, bulan demi bulan hinggalah tahun demi tahun, sudah banyak perkara aku tertinggal akibat dari kelalaian aku didalam dunia aku sendiri, dan sejak beberapa ketika setelah aku kembali terjumpa dengan rakan² lama, rakan² yang aku kenal lebih 20 tahun lalu, rakan² yang aku habiskan masa bersama bermain dan bergelak ketawa, rakan² yang sekarang sudahpun mempunyai satu tapak yang kukuh sebaliknya aku masih lagi sedang asyik lemas dalam keadaan cemas, tiada tempat untuk berpaut apatah lagi hendak melutut. Aku cuba tenangkan hati, malam tadi menonton bola bersama yang lain, aku hanya diam konon²nya sedang memberi fokus pada corak permainan tetapi sebenarnya fikiran aku telah pun berjaya menembusi kaca tv sedangkan yang lain sibuk membicarakan rumusan² permainan. Kaget dan tersentak, gembira bercampur sedih, suka bersama duka segala²nya didalam kepala. Aku rasa seperti hendak lari jauh dari semua orang, tutup segala laluan bagi mereka untuk terus membaca buku cerita tentang aku serta punahkan segala jambatan untuk mereka terus mencari jalan cerita mengenai aku.

Damn!! aku seperti sedang berdrama, aku seperti sedang memegang watak lelaki paling 'loser' dalam sebuah filem yang paling gagal garapannya. Kenapa perlu begini..??? kenapa..?

Sunday, 10 May 2009

Jumaat lalu ketika . .

Ketika ada yang sedang mabuk bersama vodka dan beer, ketika semua orang sedang gembira melayan alunan melodi² indah di atas pentas, ketika diantara kami sedang bergelak ketawa, ketika beberapa mata sedang bermain mata dengan beberapa mata yang lain, ketika masing² sedang sibuk dengan pakaian² yang cantik dan menawan walaupun nampak seperti sudah kehabisan kain, ketika gelas² diletak diatas meja, ketika lampu² sedang gembira memeriahkan suasana, ketika ada yang sedang sibuk membalas teks ringkas di telefon bimbit, ketika ada beberapa manusia sedang berpeluk mesra, ketika ada gadis² melayu yang sedang bercakap bahasa inggeris dengan memaksa diri mereka menggunakan dialek orang² british walaupun sebenarnya tidak perlu sambil menghirup asap rokok, simpan didalam mulut untuk beberapa saat lalu menghembuskanya semula dengan tujuan hendak memberitahu pada orang lain yang mereka hisap rokok, ketika ada pula beberapa gadis yang lain sibuk berbahasa 'prada' walaupun tas tangan mereka hanya beli di uptown Kota Damansara, ketika beberapa lelaki metroseksual sedang sibuk menyikat bulu kening mereka dan ketika lagu sudah habis dimainkan dan orang bertepuk tangan, tiba² terdengar satu dialog

"Aku rasa nak start diet lah, kali ni betul² punya".

Semua ditempat duduk diam membisu dan memandang muka masing² dengan riak yang amat terkejut sambil tahan gelak dan tak sampai 10 saat semuanya terburai dan gelak terbahak².

"Betul ke ni Wan, abislah kitaorang mati kelaparan lah lepas ni". Kata aku.

"Kah..Kah..Kah.."

Friday, 8 May 2009

Hasil kajian









Semalam di kedai dobi.

Malam tadi setelah mendapat panggilan dari seorang rakan tentang BUTTERFINGERS ade live show di Laundry bar, kami sebagai empat orang jejaka yang amat fleksibel,
hidupkan enjin jentera pemusnah lalu terus bergegas ke arah Kota Damansara dan menyelinap terus ke Cineleisure untuk ke Laundy bar. Seperti biasa kami akan terlihat manusia² dan insan² kerdil bersidai-sidai diatas tembok berdekatan, berborak², hisap rokok, pegang kamera DSLR, ketawa² dan sebagainya. aku dan yang lain terus bergegas masuk kedalam kerana baru sahaja dapat teks ringkas dimana BUTTERFINGERS sedang bersiap untuk memulakan acara. (tak boleh blah guna ayat "memulakan acara). Sambil ditegur oleh beberapa orang rakan yang badan aku sudah susut walaupun amat susah aku nak percaya kerana ketika mereka tegur aku ditangan mereka sedang kemas mengengam segelas beer. maknanya mereka berada di alam lain pada ketika itu, dan seperti biasa aku berlalu pergi untuk terus masuk menyelinap kedalam. sambil ditemani hiruk pikuk suara² sumbang, serta warna-warni pakaian² gadis yang terang benderang (dalam hati berkata, perlu ke nampak menghairahkan untuk tengok BUTTERFINGERS pada hari khamis malam jumaat). Cahaya² lensa kamera serta alunan² luna lampu dipentas sudah cukup untuk melengkapkan rumusan pada hari semalam, ditambah pula dengan alunan² lagu BUTTERGINGERS dari album 1.2 millingram serta Butterworth pushpull sudah cukup menenangkan hati dan jiwa walaupun 'two faces' Loque dan Emmet tidak kelihatan. Cuma aku agak tersentak dengan sekumpulan gadis² yuppies yang duduk pada satu meja sambil minum lalu bersembang dengan kuat tidak kira lagu sedang berkumandang mahupun berhenti, konon²nya hendak beritahu pada semua orang yang mereka sedang mabuk (melayu tipikal memang begitu kan??). Terus dan terus menyanyi, mengingati semula bait² lirik yang dah ditinggalkan lebih sepuluh tahun. Selesai sahaja mereka beraksi, aku dapat satu teks ringkas berbunyi.

"Hey u kat mana?? dah sombong sekarang.."

Aku reply, "hi..i kat Laundry bar ni, sedang berpoya²"

"Tempat yang salah untuk u mencari future wife, balik lah" jawab dia semula.

"Aku reply lagi "Nope i cari future husband lah".

Tiada bunyi tone mesej ringkas lagi selepas itu.

Thursday, 7 May 2009

Politik pagi.

Orang selalu pandang aku, nampak aku seperti seorang lelaki yang sentiasa menentang arus. Aku sering dianggap sebagai seorang lelaki tidak mahu ambil peduli, "dont give a damn!!" atau malas nak campur. Kira aku seperti seekor kambing hitam didalam segerombolan kambing putih. Aku bagaikan setitik nila didalam sebelanga susu. Ramai orang yang kenal aku tapi tidak rapat dengan aku akan sentiasa berfikir begitu, baik orang² atasan mahupun pekerja² lain ditempat kerja. Walaupun aku selalu senyum bila nampak mereka. Orang² yang kenal aku diluar pun akan turut serta berfikir perkara yang sama. Yes, aku tak pernah nak ambil kisah pun, buku cerita tentang aku memang susah orang nak faham kerana kadang² aku sendiri pun tak faham dengan naratif dan plot kehidupan aku. Cuma pagi ini aku agak tersentak bila sekumpulan lelaki separuh umur yang selalu akan lepak dan habiskan masa sibuk membincangkan hal² politik, ada yang cerita pro kerajaan, ada yang cerita anti kerajaan dan sebagainya lalu datang salah seorang daripadanya kearah aku dan terus tanya "Eh kau anti kerajaan atau sokong kerajaan". Aku hanya senyum sinis dan tidak bagi apa² jawapan. Tiba² dia jawab "hah tengoklah budak² sekarang cerita pasal politik mesti tak tau nak cakap apa, kau kena amek tahu jugak hal² politik ni". Aku sudah mula panas dengan ulasan yang telah dibuat oleh lelaki itu lalu terus jawab "Bang, kita nak susah atau kita nak senang, kita sendiri yang tentukan jalan untuk kita. Kalau kita malas memang tak dapat apa, kalau sekadar duduk bising mintak kerajaan bagi itu dan bagi ini, memang sampai lagi 300 tahun pun kita macam ni jugak". Lelaki itu diam sekejap kemudian terus tanya lagi, "kau ni orang UMNO ke??". Aku jawab "Taklah, tapi saya jugak bukan orang PAS or PKR". "Ooh..nanti kita sembang lagi lah, abang ada kerja ni" Jawab lelaki itu lalu terus berjalan keluar. Dalam hati aku berkata

"Aku bukan tidak tahu pasal hal politik. Cuma aku sedih kerana mereka tak tahu apa yang aku tahu"

Matematik dan muzik rock memang tidak dapat dipisahkan.

Wednesday, 6 May 2009

Sarapan pagi sambil ketawa.

Pagi yang hening dengan warna² kuning mewarnai perut pejabat. Aku duduk dikerusi sambil menyelak helaian daun muka surat 'The Sun' mencari gambar² yang mampu menarik perhatian. Selain dari itu memberi senyuman sinis pada setiap artikel yang ditulis. Tiba² terasa bahu ditepu dan terdegar satu bisikan "Good morning". Aku toleh kebelakang lalu dengan penuh teruja sambil senyum lalu terus bersuara.

"Oit, semalam mane tak nampak pun" Aku tanya dia sambil terus selak helaian surat khabar.

"Tu lah, aku malas nak kerja semalam, pegi amek MC, tapi doktor tak boleh blah la.." Jawab dia sambil senyum.

"Kenapa dengan doktor??" Tanya aku.

"Aku tak sakit apa pun , malas je nak pegi keje, so aku amek ubat gigi and sapu dekat bawah mata, entah macam mana entah termasuk dalam mata, pedih gila aku tahan, berair² mata aku, tak guna punya ubat gigi" Jawab dia dengan serius.

"Ahahaha..pastu kau pegi jumpa doktor apa jadi??" Tanya aku lagi sambil terus lipat surat khabar.

"Aku cakaplah kat doktor yang aku sakit mata, memang aku harap² dapat seminggu MC, yelah mata aku merah tak ingat punya semalam, tapi kau tau apa doktor tu cakap.." Jelas dia lagi.

"Hah..dia cakap apa??" aku sambil tahan gelak.

"Doktor cakap, dia ada bau ubat gigi dekat aku, pastu terus dia terus sound aku, siap bagi ceramah plak tak tu, tak guna. aku dah lah dengan mata berair² tahan pedih pastu dia bagi pedih lagi.." Jelas dia dengan riak muka tidak puas hati.

"Ahahaha...tak boleh blah sial.."

An Orchestrated Rise to Fall

Terapung-apung, melayang-layang, lalu terdampar diatas pepasir putih yang terbentang luas sambil kedengaran ombak berdesir meletup-letup memecahkan segala kesunyian. Aku sedang berjalan seorang diri mencari hala yang tidak pasti sambil ditemankan alunan pelik tapi indah dari THE ALBUM LEAF seperti "Broken arrow". "Whisful Thinking" mahupun "Wherever i go" yang masuk tanpa tapis kedalam ruang gegendang telinga. Mata memandang jauh mencari sekali lagi segala harapan dan aku akur dengan segala kesilapan dan kesalahan. Kadang² aku rasa dunia ini sudah tidak perlu berpusing lagi, hanya biarkan lagit dan awan yang terus berarak. Kadang² aku rasa segalanya harus diberhentikan demi untuk elak dari terus mengecapi kegagalan, kadang² juga aku rasa seperti udara yang selalu melambai² bebas diruang norma-norma kebebasan harus disekat demi untuk memberhentikan segala kehidupan. Tetapi siapa kita untuk menghalang segala hukum alam mahupun segala hukum-hakam yang telah terlaksana. Cuma terus percaya bahawa setiap apa yang berlaku mahupun diperlakukan selalunya mempunyai sebab² tertentu ataupun telah ditentukan. Ayuh bangun dari tidur dan mulakan kehidupan selepas puas beralun bersama mimpi. aku masih disini dan tidak nantikan sesiapa mahupun biarkan sesiapa.

Tuesday, 5 May 2009

Hari untuk terapi.

Jumaat, sabtu juga ahad hari dimana aku dan rakan² hanya membiarkan segala macam jenis virus serta penyakit masuk meresap kedalam badan. Kami tidak pernah kata "tidak" kepada mana² unsur kejahatan. Segala²nya diharungi dengan penuh hilai dan tawa gembira. Segala²nya bagaikan terapi. Hari isnin pula adalah hari dimana masing² cuba 'meneutralkan' segala kekusutan yang telah melekat juga tersekat akibat dari perilaku hari² sebelumnya. Ianya seperti hari untuk menebus segala dosa² semalam. Aku bangun pagi pergi kerja sambil menikmati segala muntahan dan lambakan kertas² kerja yang bergelimpangan indah didalam lingkarannya. Akur dan terus akur lalu mendaki segala permasalahan yang ada serta cuba untuk selesaikannya. Kemudian pulang kerja dengan hati girang tetapi sebenarnya kosong. Oh tidak aku perlukan satu penukul besar lalu hentakkan diatas kepala supaya aku sedar dari tidur.

Anyone got hammer???

Cuba teka.



Cuba teka mana satu pakar pemakanan..??
© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law