Orang selalu pandang aku, nampak aku seperti seorang lelaki yang sentiasa menentang arus. Aku sering dianggap sebagai seorang lelaki tidak mahu ambil peduli, "dont give a damn!!" atau malas nak campur. Kira aku seperti seekor kambing hitam didalam segerombolan kambing putih. Aku bagaikan setitik nila didalam sebelanga susu. Ramai orang yang kenal aku tapi tidak rapat dengan aku akan sentiasa berfikir begitu, baik orang² atasan mahupun pekerja² lain ditempat kerja. Walaupun aku selalu senyum bila nampak mereka. Orang² yang kenal aku diluar pun akan turut serta berfikir perkara yang sama. Yes, aku tak pernah nak ambil kisah pun, buku cerita tentang aku memang susah orang nak faham kerana kadang² aku sendiri pun tak faham dengan naratif dan plot kehidupan aku. Cuma pagi ini aku agak tersentak bila sekumpulan lelaki separuh umur yang selalu akan lepak dan habiskan masa sibuk membincangkan hal² politik, ada yang cerita pro kerajaan, ada yang cerita anti kerajaan dan sebagainya lalu datang salah seorang daripadanya kearah aku dan terus tanya "Eh kau anti kerajaan atau sokong kerajaan". Aku hanya senyum sinis dan tidak bagi apa² jawapan. Tiba² dia jawab "hah tengoklah budak² sekarang cerita pasal politik mesti tak tau nak cakap apa, kau kena amek tahu jugak hal² politik ni". Aku sudah mula panas dengan ulasan yang telah dibuat oleh lelaki itu lalu terus jawab "Bang, kita nak susah atau kita nak senang, kita sendiri yang tentukan jalan untuk kita. Kalau kita malas memang tak dapat apa, kalau sekadar duduk bising mintak kerajaan bagi itu dan bagi ini, memang sampai lagi 300 tahun pun kita macam ni jugak". Lelaki itu diam sekejap kemudian terus tanya lagi, "kau ni orang UMNO ke??". Aku jawab "Taklah, tapi saya jugak bukan orang PAS or PKR". "Ooh..nanti kita sembang lagi lah, abang ada kerja ni" Jawab lelaki itu lalu terus berjalan keluar. Dalam hati aku berkata
"Aku bukan tidak tahu pasal hal politik. Cuma aku sedih kerana mereka tak tahu apa yang aku tahu"
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
1 year ago
3 comments:
Hahahahaha...
Kadang-kadang aku tengok, kerakusan golongan-golongan ini berbual kisah politik lebih hebat dari keghairahan mereka berbual tentang perempuan berpayudara besar.
" parti gerakan. tak gerak tak makan..."
lawak orang melayu dulu2 bila tanya pasal parti...
betul tu Amy...mereka amat taksub..hingga lupa ttg buah dada besar..huuh
lawak orang melayu sekarang pula bagaimana ammosham..huhu
Post a Comment