Beberapa hari yang lepas, ketika selesai meluahkan segala perasaan yang terbuku didada, ketika menjulang gitar mahupun 'headbang' kepala keatas dan kebawah sambil ditemani bunyi hentakan drum serta paluan 'bassline' dan juga teriakan² yang kejam, dengan suasana yang amat berbahang disulami dengan cahaya lampu berwarna warni serta luapan adrenalin dari manusia² dikaki pentas juga dengan peluh yang membasahi kesetiap pelusuk yang kering. Aku bersama² dengan norma-norma berselirat menggugat segala ketenangan. Sesudah selesai, sesudah menghilai serta meninggalkan lantai aku serta yang lain bersiap untuk pulang, hari ini aku tidak jadi pemandu kepada jentera pemusnah, tetapi menjadi teman kepada sepasang kekasih. Duduk dibelakang jentera sambil telinga menyerap segala perbualan diantara seorang lelaki dan perempuan dihadapan, sambil pemain cakera memainkan lagu² gemersik dari DEWA yang berjaya memenuhkan segala ruang kosong didalam jentera. Fikiran aku jauh melayang memandang hiasan lampu jalan. Badan terasa penat, pinggang terasa seperti hendak tercabut akibat dari kerja² menjulang gitar, kepala pula seperti hendak putus kerana sibuk 'headbang'. Yes aku benar² sedang rasa segala kesakitan. Ini menunjukkan yang usia sudah semakin meningkat dan mungkin sudah tidak boleh bergerak lincah lagi. Bila difikir² sudah hampir masuk keseparuh tahun untuk tahun ini. Umur semakin kedepan, kejayaan pula semakin kebelakang. Bukan aku tak pernah fikir mahupun persoalkan, bukan aku ambil jalan mudah mahupun malas, tetapi hujung tahun lepas aku pernah membuat rancangan untuk mengambil cuti tanpa gaji selama setahun dan cuba pergi cari kerja lain, kerana aku sudah sampai ketahap tidak mampu untuk berdiri teguh lagi untuk buat masa ini. Antara rancangan² yang aku fikir adalah seperti bekerja disyarikat pengiklanan, multimedia, menjadi tukang masak, penulis untuk majalah muzik, membuat skrip, mencipta skor muzik untuk filem ataupun mencari kerja yang sama seperti apa yang aku buat sekarang tetapi di syarikat penerbangan yang lain contohnya seperti di France mahupun Belgium, dapat kerja kutip buah epal di Cardiff pun dah kira bagus juga. Membuat kerja yang baru, bersama dengan orang² yang baru didalam dunia yang baru mungkin dapat memberikan aku satu terapi yang paling berjaya. Tapi dah nak masuk bulan June dan aku masih lagi ketawa tanpa makna disini. Pagi tadi aku bangun dari tidur dan tengkok aku masih lagi rasa sengal, pinggang juga turut sama serta hendak memeriahkan keadaan.
Tak boleh jadi, harap maaf jika tiada entri baru untuk beberapa ketika kerana aku sedang sibuk mencari kerja baru. Itupun kalau ada yang hendak menerima orang tua bekerja.
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
1 year ago
7 comments:
ada kerja menjadi pengutip buah epal di new zealand. but it's a seasonal job. time lain pergi la melancong sekitar europe.
org tua pun diaorg terima. :)
ahaha...yelah i dah tua..so boleh la mintak kerja kat sana.
haha. u mana tua. u kan rakan sebaya i. mengikut sijil lahir i, umur i xsampai suku abad lg. so secara automatiknya u pn sama la. haha.
ahaha..eh u bukan 32 ke? sudah berkahwin tetapi ade secret affair dengan i..
hey! tu org lain kot. i perempuan muda, berumur tidak sampai suku abad dan tidak pernah berkahwin apatah lagi mempunyai affair dgn lelaki lain. hahaha.
ada je watak2 u nak create.
yeke Aim..?? (sedang mengecilkan mata dan tajam memandang Aim)
tak jadi, tak jadi. i tak takut langsung mata tajam u.
[bagi mata tajam balik]
Post a Comment