Thursday, 25 September 2008

ASH di Singapura.


Aku mendapat info bahawa ASH akan datang ke Singapura, pada ketika itu aku terus cuba memutarkan fikiran aku jauh berbelas tahun kebelakang, pada sekitar 1994,95,96,97 ASH adalah diantara band kegemaran aku selain dari PRESIDENT OF UNITED STATE,WALLFLOWER,MUDHONEY,OASIS,PIXIES,GARBAGE,RADIOHEAD dan PEARL JAM. Pada ketika itu BJORK sudah mula mengembangkan aliran paksinya tetapi masih sukar bagi aku menerima dan aku lebih senang dengan PRODIGY. Berbalik semula kepada cerita ASH band ini telah ditubuhkan pada 1992 di Downpatrick, Northern Ireland. Pada mulanya telah diasaskan oleh Tim Wheeler, Mark Hamilton dan James Heatley. Band ini telah mula diinspirasikan oleh Iron Maiden dan Twisted sister namun begitu muzik mereka jauh sekali seperti kedua² band legenda tersebut. Ini kerana pada awal pembabitan Wheeler dan Hamilton mereka telah buat band metal yang bernama VIETNAM. ASH lebih dikenali sebagai pejuang muzik Britpop. Mereka telah berjaya menghasilkan beberapa buah album seperti 'Trailer' pada Oktober 1994, '1977' pada Mei 1996 dan'Nu-Clear Sounds' pada oktober 1998. Namun selepas itu aku sudah tidak memberi fokus dengan muzik ASH tetapi mereka masih lagi giat melahirkan album seperti 'Free All Angels'pada April 2001, Meltdown pada Mei 2004 dan Twilight of the Innocents pada July 2007, dan yang paling terbaru aku dengar ASH akan melahirkan sebuah album online mungkin pada tahun hadapan. Mereka akan datang ke Singapura pada 2 oktober ini iaitu raya kedua dan aku pasti tiada ruang dan peluang untuk aku kesana. Namun begitu ketika aku menulis entri ini dijiwa aku sedang hebat berputar lagu "Oh Yeah" dari ASH. Sampai bila pun aku akan kenang saat indah dan gemilang dimana setiap kali apabila pulang dari sekolah aku pasti akan pasang kaset dari ASH dan terus baring diatas katil. Jiwa remaja yang mahu terus muda.

1 comments:

Anonymous said...

Jom lah pegi!!

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law