"Eh, dia ada mintak tolong kau order t-shirt band TRISTAN TZARA tak??" Tanya Farid kepada Nik.
"Ada..kenape??" Jelas Nik.
"Tak payah tolonglah, dia dah metal sekarang" Terang Farid kepada Nik.
TRISTAN TZARA - sebuah band bergenre 'screamo' dari Jerman
METAL - adalah sebuah genre muzik yang agak ganas dan berat tidak sesuai didengar oleh pemuda-pemudi yang tidak kental jiwanya, muzik yang amat dikecam oleh golongan orang² berusia dan juga ahli² politik kerana terlalu kontra dengan budaya pemalas manusia² dinegara ini. Ianya sering diakitkan dengan aktiviti menyembah syaitan kerana jeritan serta alunan muziknya seperti memuja, walaupun sebenarnya telah disalah tafsir oleh orang² berusia,orang² di parlimen serta para alim ulama yang selama ini telah menghalalkan muzik² lain seperti dangdut,hindustan serta banyak lagi genre muzik lain yang telah berjaya menghanyutkan mereka² kedalam kancah dosa
tanpa disedari dengan melihat lelaki dan wanita menari² sambil mengenakan pakaian yang amat menjolok retina mata. serta mengiurkan. selalunya muzik metal bergerak dan berdiri dengan kaki sendiri, mereka selalunya menongkah arus muzik perdana.
SCREAMO - adalah sejenis muzik baru hasil dari adunan muzik² lain seperti hardcore, punk dan banyak lagi elemen² didalamnya diselangi dengan jeritan vokal yang amat beremosi, muzik ini telah pesat berkembang disekitar negara² Eropah dan kini sedang
menular ke negara sebelah sini, namum begitu ianya adalah satu perkembangan muzik yang amat sihat dan sering juga dipandang serong oleh orang² berusia, orang² diparlimen mahupun para alim ulama, bagi mereka muzik² begini juga telah diklasifikasikan sebagai menyembah serta memuja, sayang sekali kerana mereka gagal menilai sebuah hasil karya seni. Mereka lebih menghargai perempuan² seksi menari. Pada hakikatnya muzik 'Metal' dan 'Screamo' mempunyai jurang perbezaan yang amat jauh, dari segi persembahan muziknya, atitudenya, pengaruhnya, penyampaiannya dan lain² lagi. Tapi apa yang pasti tentang muzik 'Metal' mahupun 'Screamo' ataupun genre² muzik lain yang sering dipandang serong adalah kejujuran didalam menyampaikan mahupun menghasilkan sesebuah karya, jujur didalam berkarya amatlah dititikberatkan. Muzik screamo juga sama seperti muzik metal dimana muziknya bergerak dan berdiri dengan kaki sendiri tanpa perlu menerjah ke arus muzik perdana.
Melalui dialog diatas jelas kelihatan sebuah episod yang sering berlaku dikalangan penggemar² mahupun pengikut² muzik jujur, dimana ada manusia yang rasa dirinya sentiasa betul dan mahupun memperbetulkan ataupun menyalahkan orang lain, manusia² seperti ini mempunyai satu atitude dimana dia rasa dirinya terlalu agung untuk menentukan seseorang itu boleh dengar muzik ini, dan seseorang yang lain boleh dengar muzik itu. Manusia² seperti ini suka mengklasifikasikan sesebuah jenis muzik lalu membina benteng supaya muzik jenis A adalah untuk orang² jenis A, muzik jenis B adalah untuk orang² jenis B. Aku amat kecewa dengan keadaan begini, kenapa perlu dihalalkan atau diharamkan tentang sesebuah perilaku. Ianya adalah hak masing² dan manusia² seperti ini tidak berhak untuk menidakkannya mahupun menghukumnya ataupun menghasut orang lain supaya ianya kelihatan seperti satu kesalahan yang amat besar dan akan dimasukkan kedalam neraka jika tidak mematuhinya. Kepada sesiapa yang rasa dirinya tuhan sila dongak keatas dan fikir sebelum meluahkan kata². Dunia ini bukan milik aku, dunia ini bukan milik dia dan dunia ini juga bukan milik kau,
dunia ini milik semua orang. Kita berhak buat apa sahaja termasuklah kau yang suka diagung²kan, yang teringin untuk jadi legenda dan juga bernafsu untuk memahat nama didalam sejarah. Belajar hormat orang dan pasti orang akan hormat kau.
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
4 comments:
I LOVE THIS
post yg panassssss....hehehehe
"Kepada sesiapa yang rasa dirinya tuhan sila dongak keatas dan fikir sebelum meluahkan kata²"
cantik ayat ini =))
~nila~
Nila..may i know u..
Post a Comment