Sejak beberapa hari yang lalu, aku tidak banyak berpusing-pusing dengan manusia lain, masuk kerja setiap hari, tidak sedar apa yang berlaku ditempat kerja setiap hari, balik dari kerja dalam keadaan yang amat 'lonely', dengar lagu-lagu dari John Lennon dan Cyndy Lauper, cuba bermain gitar tapi hanya kekal untuk tempoh 3 minit. Kemudian sms rakan-rakan terdekat lalu keluar menghirup udara segar sambil diulam dengan asap rokok juga manisan air kopi, mata liar memerhatikan orang namun begitu tidak cukup bahan untuk perkatakan, selepas 2 jam membuang masa, pulang kerumah, cuba bermain gitar tapi hanya mampu kekal selama 1 minit dan terus berhenti lalu menonton DVD cerita-cerita lama yang pernah aku tengok. Memang amat pathetic, memang amat memilukan, kehidupan seorang pria yang lansung tidak ada hala tuju. Menonton DVD adalah salah satu terapi untuk aku, rasanya seperti sedang berdunia dengan manusia - manusia lain apabila menonton DVD. Mesti ada yang tertanya cerita jenis yang macam mana yang aku suka lihat. Harap maaf tiada cerita superhero mahupun hero kemas didalam list aku, sebabnya walaupun jalan cerita pening kepala mahupun kesan khas amat berjaya dengan letupan dan pergaduhan objektifnya tetap sama, hero akan menang and "When u saved the world u will get the girl" oh amat tipikal, lebih menyedihkan dari jalan hidup aku. Kisah epik juga tidak ada didalam hati aku, ini semua gara-gara cerita LOTR, setelah 3 tahun bergelumang dengan movie itu lalu aku telah melupakan movie-movie yang lain kerana cerita LOTR telah berjaya dari segi hasil garapannya mahupun naratif ceritanya. Bagi aku lah, bagi orang lain mungkin cerita High school musical lebih menarik, tapi tidak mengapa masing-masing ada pendapat masing-masing. Bagi aku, cerita-cerita lucu dan lawak sentiasa mendapat tempat dihati, selain dari itu cerita-cerita yang banyak mengisahkan tentang kehidupan juga amat menarik perhatian aku, tidak kisahlah cerita pasal penjual dadah ke, seorang rockstar ke, seorang pencopet ke, seorang playboy ke janji ianya mengisahkan sebuah kehidupan. kerana aku amat cuba untuk menghargai kehidupan orang lain. Lebih-lebih lagi kehidupan yang lebih bermakna dari kehidupan yang sedang aku alami sekarang. Sesiapa yang rasa aku amat menyedihkan sila gembirakan aku..
1 comments:
thanx sebab setuju..ahahaha
Post a Comment