Bila berhenti berjalan, rokok dinyalakan, aku terpandang sekawan burung terbang bersama², mengepak kekiri dan kekanan, semuanya dalam keadaan teratur. Seperti biasa kepala dan jiwa aku memang tidak akan duduk diam, sambil menyedut dan menghembuskan asap aku terfikir. didalam dunia ini mungkin ada manusia yang sama rupa dengan kita, tetapi adakah diantara kita mempunyai cara dan sifat berfikir yang sama dan teratur..?? Jika ditanya pada aku, apa yang sedang bermain difikiran sekarang. Jawapan aku adalah hendak ambil cuti kerja selama 7 hari dan kemudiannya setiap pagi bangun dari tidur bersarapan sebiji epal hijau dan kemudiannya keluar berjogging apabila selesai pulang kerumah duduk diam sambil dengar lagu mahupun memetik gitar jika tidak pun menonton dvd hingga ke petang dan makan roti bakar, kemudiannya keluar berjogging sekali lagi, sesudah selesai malamnya keluar lepak bersama rakan² hingga larut malam. Balik rumah tidur dan esok buat perkara yang sama hingga hari yang ketujuh, pada hari kelapan bila pergi kerja akan ada orang tegur "Eh kau dah susut sikitlah sekarang" dan aku jawab "biasalah hidup susah,tak happy". Tetapi dalam hati melonjak gembira, bila jumpa orang lain pun perkataan yang sama dikeluarkan oleh mereka. Aku hanya tersenyum lebar tanda puas. Ada sesiapa ketika ini berfikiran sama seperti aku??
2 comments:
heheh. nih tengah proses nak jaga badan ka bro. asyik nak berjoging dan makan roti bakar aje
ahaha..bukan jage badan..tapi memang dh berlebihan lemak dah ni..
Post a Comment