Saturday, 17 January 2009

Menyayangi tidak perlu memiliki #1.2


sila mainkan video lagu ini sebelum membaca entri dibawah.

Apa perasaan anda jika mempunyai seorang rakan yang amat baik dengan anda, macam² perkara dilakukan bersama, segala benda dikongsi bersama, kesedihan, kegembiraan juga dimiliki bersama, dan tiba² anda rasa seperti ingin meluahkan kata² dari jadi seorang rakan yang baik tetapi ingin beralih arah untuk menjadi sepasang kekasih. Anda rasa segala²nya tetapi bukan dia. cuma keberanian yang ada pada anda tidak seteguh mana. cukup lama anda pendam perasaan cinta terhadapnya kerana ingin menjaga persahabatan yang telah terjalin, tetapi malangnya disebabkan anda terlalu membuang masa melayan perasaan tiba² rakan anda itu mula menjauhkan diri dari anda, semakin lupakan anda, semakin tidak peduli tentang erti persahabatan, semakin kabur perhubungan anda dan lama-kelamaan lansung tidak mahu menjadi teman rapat anda, rakan karib anda malah terus hilang dari pandangan anda dalam erti kata lain cuba untuk putuskan persahabatan tanpa memberi apa² ucapan perpisahan. Hari demi hari anda tunggu tetapi lansung tiada jawapan, erti cinta dan sayang memang sudah tiada makna apatah lagi erti sahabat setia. Walaupun anda sering nantikan keajaiban agar rakan anda muncul semula didepan anda tetapi malangnya tidak. Anda sedih, anda kecewa, anda terkilan dan sebagainya. Kepada sesiapa yang pernah lalui perasaan yang sama seperti baris² ayat diatas. Sudahlah, cukuplah, hentikanlah segala kemurungan dan kekecewaan. Tidak perlu hentikan pusingan jarum jam anda, tidak perlu untuk terlalu fikir tentangnya kerana ianya seperti anda sedang menikam dengan mengunakan pisau ke dada sendiri. Pergi bangun keluar dari bilik dapatkan mp3 player penuhkan dengan lagu² gembira seperti 'Friday i'm in love' dari THE CURE mahupun 'merry happy' dari KATE NASH atau 'whiteshade' dari LUKESTAR juga 'jaded' dari AEROSMITH dan 'viva la vida' dari COLDPLAY. tidak perlu pahamkan liriknya cuma hayati karya muziknya biarkan melodinya berkata², pakai kasut dan mulalah berlari sejauh yang mungkin sambil tersenyum kerana ianya benar² berjaya melepaskan apa yang terbuku didalam jiwa tetapi awas jangan lari tidak tentu pasal sampai kena langgar dengan mat rempit mahupun lori hantu. Kalau tak dapat nak elak dari kemalangan maknanya hidup anda memang masih tidak boleh lari dari memikirkan tentangnya, jadi sesudah sihat dari kemalangan pergilah cari teman anda yang hilang tadi dan nyatakan apa yang tersimpan tidak kira sama ada dia sudah mempunyai teman lain atau sebaliknya. Tetapi jika kemalangan itu melibatkan nyawa anda just say "selamat jalan Sheila (bukan nama sebenar) semoga bahagia bersama dengannya".

p/s - cerita ini bukan tentang aku tetapi tentang orang² disekeliling aku.

8 comments:

annfrendly said...

ish.. kisah cinta yg sungguh tragis.. payahlah kalau terjatuh cinte kat kawan baik kite.. lagi payah dari jatuh tangge taw...

garpu karat yang dah ting tong said...

kekasih aku dulunya adalah seorang rakan baik aku..luahkan perasaan kamu takut melepas dikemudian hari

Anonymous said...

laa i tot it was u.. *still curious*

Suffian Salim said...

Aim its not me..

Anonymous said...

aih...susah2.dulu i penah jgk camni.tapi i decide nak stay as a bestfren :)

Suffian Salim said...

yes stay as a bestfriend tp cite dlm blog ni..nak jd besfren pun dh x boleh sbb kawan die dh lari tinggalkan die n go with her new bf..huhu

Anonymous said...

ooo. baik. it's not u.

Anonymous said...

gosh,sadis.macam i

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law