Disaat ketika semua sedang gembira, berseronok suka, sambil mabuk², sambil menari², sambil bergelak ketawa dan hilai manja, sambil berpeluk² berpesta diteluk, sambil awan diterangi cahaya bunga api. sambil semua mengucapkan selamat tahun baru 2009, sambil ada yang memberi kata² semangat untuk azam tahun baru, aku hanya duduk diam diatas kerusi, disalah sebuah kedai makan di ss15 subang, sambil mengirup air kegemaran, sambil bergelumang dengan rakan karib, sambil mengulas cerita² sorotan tentang perkara² yang telah berlaku, sedang berlaku juga bakal berlaku. Lebih banyak kegagalan dari kejayaan, lebih banyak kesilapan dari kebenaran tapi tidak mengapa, kita sememangnya harus belajar dari semua kesilapan dan kegagalan, jika tidak memang kita akan sentiasa fikir tentang kesempurnaan sahaja. Apa pun bagi aku Tahun baru, maka akan banyaklah masalah² baru, tapi anggap saja ianya sebagai satu proses keluar dari kepompong kegagalan, Azam baru??? nah..lupa kan sahaja. Lagi baik hirup buih nescafe tarik dan kemudian sedut asap dari American Eagle serta mata liar memandang gadis² yang gagal dan tidak reti berfesyen tetapi rasa diri mereka sudah cukup vogue.
Siti Nurhaliza sebut Vogue diradio berbunyi Vogiiuu.. woohhoo..!! HAPPY NEW YEAR..!!
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
1 year ago
0 comments:
Post a Comment