Wednesday, 14 January 2009

Mengharap sekelumit harapan #6

Ketika didalam bilik sebuah pejabat, semuanya sedang memberi tumpuan pada kerja, masing² tajam menikam ke skrin komputer masing² yang kedengaran hanyalah petikan² dan hentakan papan kekunci serta gerakan tetikus. Aku sedang menyelak satu persatu kertas kerja sambil didalam kepala memikirkan satu benda yang lain, sambil didepan monitor aku sedang memainkan lagu² yang amat 'mellow' dari THE GATHERING dan cuba mengimbas semula detik² hitam yang kelam. Disatu sudut yang lain kedengaran pula suara seorang perempuan yang sedang berbisik² di telefon bimbitnya. Nah aku memang lansung tidak ambil peduli dengan keadaan sekeliling janji semuanya tenang dan berada didalam situasi yang menang. Disaat suasana melayang² didalam pejabat yang cuma dengar hanyalah gesekan roda kerusi bergolek² berpeluk² dengan lantai, disaat telinga sedang menyerap lagu² melodi yang amat puitis aku terdengar bunyi tapak kasut mendekati aku.

"Bang, dekat area² sini mana ada kedai jual bunga ros ek..?" tanya Ati kepada aku.

"Huh??? bunga ros?? nak buat apa??" Tanya aku semula sambil mengerling mata kearah Ati.

"Ati nak belilah.." Jawab Ati dengan riak muka yang tiada penyesalan.

"Hmmmm...Ati mana ada perempuan bagi bunga ros kat lelaki.." Jawab aku selepas menarik nafas panjang.

"Biarlah..takkan tak boleh, kita buat kelainan sikit.." Ati dengan selamba.

"Huh..??" aku.

Cinta memang tidak peduli apa² mahupun sesiapa.

3 comments:

garpu karat yang dah ting tong said...

the gathering. memang 'doom'..:)

annfrendly said...

perempuan memang suke bunga, kalau takde orang nak bagi kat 'kita', kita bagila kat orang yang berkenaan dengan harapan orang tue faham... heheheehe..... kiranya macam bagi hint laa.. lain kali belikan bunga untuk saya...

Suffian Salim said...

huhu..okay bg adress n sayr bg bunga dkt awak..

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law