Wednesday, 7 January 2009

Minggu lepas yang sudah lepas.

Hujung minggu yang lalu aku dan beberapa orang rakan karib telah dengan kejamnya memandu kereta kearah utara, Yes kami sedang berusaha untuk ke Penang, ada 2 tujuan utama kenapa kami semua ke Penang, yang pertama sebab dah lama terbakar dengan orang² disekeliling kami terutama rakan karib kami iaitu Man yang selalu cakap makanan² di Penang adalah yang terbaik. Perasaan semakin membara bila ada artikel disurat khabar berbunyi 'Penang kota makan', 'Penang syurga makan-makan'. Jadi setiap diantara kami memang betul² menyimpan perasaan berdendam dan akan makan apa sahaja yang ada di Penang nanti tidak kira kereta yang lalu-lalang mahupun pintu bilik hotel. Apatah lagipenduduk² di sana. Tujuan kedua kenapa kami sekawan ke sana juga adalah disebab kan ada konvensyen (gig) pemuzik² metal dimana band aku pun terlibat sama berkongsi pentas. Eh aku ada band metal ke?? jangan persoalkan sebab aku dengar semua jenis muzik, tidak kira sama ada LISA LOEB mahupun YEAH YEAH YEAHS, tidak kira QUEEN mahupun RAGE AGAINST THE MACHINE dan sekarang sedang amat meminati LUKESTAR. Aku tidak peduli semua itu, metal bukan kerana ber t-shirt hitam dan ada cop THE BLACK DAHLIA MURDER di depannya, metal bukan kerana tiap² hari dengar lagu INFLAMES di mp3 player, metal juga bukanlah menyembah syaitan dan meminum darah kambing yang sering diwar-warkan oleh akhbar² tabloid semata² nak lakukan perniagaan mereka. Tapi tidak mengapa itu cerita kemudian.
Disebabkan masing² sedang berdendam jadi kami telah memutuskan untuk tidak makan dari siang lagi, setibanya di Pulau Pinang dengan keadaan yang amat lemah bercampur gembira akhirnya kami berjaya memulakan misi utama iaitu makan. Man telah bawa kami ke kedai 'nasi kadar beratur' kedai yang memulakan operasi dari pukul 10 malam hingga ke pagi dan itulah keunikan makan nasi kandar di Pulau Pinang. Apa yang membuatkan aku dan lain² terkejut adalah orang² yang beratur untuk makan nasi kandar dimana mereka terpaksa berbaris sepanjang 100 meter semata² untuk dapatkan nasi kandar. Sesudah makan dengan hati dan jiwa yang tenang, segala²nya baru nampak indah. Baru fikir untuk check-in hotel walaupun jam sudah menunjukkan pukul 5 pagi. Itu tidak penting janji hati puas dan esoknya kami bercadang untuk makan nasi kandar lagi.. siapa yang baca blog ini tolong jangan persoalkan hal ini. Esok harinya kami ke tempat gig dimana ratusan mat² metal berhimpun, semuanya seperti tidak sabar untuk memulakan segala²nya. MISTIK adalah salah satu band yang memang aku dah lama nak tengok dan pada hari itu aku berjaya merasai perjanjian² syaitan dari mereka. MISTIK masih tetap sama. Sebuah perhimpunan yang agak berjaya pada hari itu, aku gembira, kawan² gembira, orang² yang datang juga gembira, dan yang paling aku suka ada juga beberapa abang² metal yang datang dengan membawa anak, membawa isteri semata² untuk bersama² memeriahkan keadaan. Secara rumusnya metal bukan terletak pada panjangnya rambut seseorang, hitamnya baju mereka mahupun ganasnya cara mereka. Segala²nya letak dihati, segala²nya didalam jiwa. Tapi tidak mengapa janji makan..makan..dan makan..

"Aku tak puas hatilah.." Wan dengan muka yang bengang.

"Kenapa.." Tanya aku.

"Semalam time kita kat Penang, banyak lagi benda² lain yang kita tak makan lah" Jelas Wan.

"Tula pasal, kita bz kat tempat gig" Jelas Aku.

"Aku rasa aku nak pegi Penang next week lah, hati aku tengah panas ni.." Wan.

"Ahahaha..."

0 comments:

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law