Hati aku berdedar² didalam perjalanan menuju ke studio rakaman, setelah lebih setahun lagu² untuk band aku diperam, di perasap kemenyankan, segala²nya kerana masing² tidak puas hati dengan hasil bunyi yang telah dikeluarkan. Aku bukan seorang 'perfectionist' tetapi bila semua didalam band memikirkan kesempurnaan, bila 1 otak bergabung kepada 3 otak memang motif dan objektif kami adalah kesempurnaan. Selepas merakamkan kesemua lagu, selepas melalui proses pengadunan kami masih tidak puas hati, beringgit² telah dikeluarkan tetapi jawapan yang diterima adalah kegagalan. Kami bawa lagu ke studio lain. Malam tadi setelah diberitahu yang lagu sudah siap diadun kami pun berdondon² ke studio dan akhirnya segala keresahan dan segala persoalan terjawab. Semuanya betul² puas hati, turun dari studio buat 'car test' dan seperti dipetik dari dialog Rainn Wilson dalam cerita THE ROCKER, "jika kita tidak bosan mendengar lagu kita sendiri berulang² kali maknanya kita sedang menuju ke pentas Hall of fame". Perasaan membuak² seperti hendak terbang ke Cleveland pada malam yang sama jugak walaupun tidak pernah ambil kisah tentang duit poket. Ketika berhenti di stesyen minyak untuk memberi makan pada jentera pemusnah dan pada masa yang sama lalu sekawan gadis² yuppies yang ayu dan cuba mendapatkan kredit dengan berpakaian separa bogel juga tidak mampu untuk menarik perhatian kami didalam kereta kerana terlalu fokus dengan lagu dari corong kotak suara dan kata² dari Rainn Wilson, hanya cukup pandang sekali dan terus berlalu. Jika dalam masa terdekat ini terdengar tentang sebuah band yang berjaya membuat rilisan dan berjaya mendapat sambutan, jika dalam masa terdekat ini terdengar sebuah band bersiap untuk membuat tour ke seluruh Asia Tenggara dan tak lama selepas itu pula kedengaran hendak buat tour ke sekitar bandar² penting di Eropah hingga ke Sacramento. Jangan ragu mahupun sangsi terima dengan hati terbuka itulah band aku. Maaf android juga sudah pandai pasang angan².
2 comments:
congrats...all the best.. ;-)
~nil~
Thank u.. :)
Post a Comment