Thursday, 29 January 2009

This is story of hope.

Setiap kali jarum jam berpusing² melengkapkan malam dan siang, setiap kali udara berlegar² memuaskan cahaya. Hati dan jiwa aku selalu meronta². Aku sudah tidak mahu kerja lagi, aku hendak berhenti. Aku bosan, aku give up, dan itulah yang sering aku lalakkan yang sering aku luahkan yang sering aku tangiskan. Hari berganti hari dan seterusnya aku masih tetap disini, tiada perubahan, tiada anjakan dan hentakan. Aku benci tetapi sudah lali dan akibatnya aku terlupa yang aku secara tidak langsung telah mengikut adat resam kehidupan manusia² tipikal. Lupa dan lansung tidak mahu berfikir sebelum mengeluarkan kata² sebelum membuat keputusan dan sebelum beri peluang kepada orang lain untuk membenci aku, yang mampu aku buat hanyalah pandang kebelakang dan cuba mencari kegemilangan..Bullshit!! aku masih tak mahu berubah..!!

0 comments:

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law