Pada satu malam yang tenang, tiga orang lelaki duduk dalam keadaan tiga penjuru, masing² memberi fokus kepada satu objek yang amat menggairah kan, yes mereka sedang membincangkan tentang sebuah jentera pemusnah paling 'solid' yang pernah mereka nampak. Pertembungan serampang dua mata diantara tiga orang lelaki tersebut disulami dengan jelinga kearah kiri untuk melihat tentang kehebatan jentera pemusnah keluaran Audi iaitu A4 berwarna kelabu. Terdetik dihati masing² untuk memiliki jentera itu sendiri walaupun dipoket hanya cukup untuk minum segelas Teh tarik mahupun kopi panas. Tidak jauh dari jentera pemusnah itu terdapat sebuah gerai menjual burger dan secara tidak sengaja bau haruman daging burger yang dimasak bersama dengan kicap Lea & perins telah berjaya menusuk kehidung semua manusia yang berada disitu.
"Tapi serius, memang handling kereta ni mesti best gile ni, tengoklah body die, memang tegap" Jelas Man dengan bersungguh² seperti sedang membuat review tentang kereta tersebut.
"Hmmmm, aku rase burger daging kat situ mesti sedap kan..cam menarik je.." Jelas Wan dengan muka serius seolah² paham dengan apa yang Man cuba terangkan.
"Tak guna, orang cerita pasal kereta lah.." Aku.
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
3 comments:
rasanya..
wan tu macam selalu blur jerk..
hahaha ~ ~ ~
nope..u silap..Wan tidak blur..tp amat peka pada makanan.. :)
wan macam super sensitive detector yang boleh detect signal (food). passion dia sgt tinggi kepada food.
Post a Comment