Saturday, 26 February 2011

Post - Punk revival.

'Super wife' aku sedang berada dilaluan yang agak cerah dan tersusun dimana dia sedang cuba sebaik mungkin untuk siapkan segala surat-menyurat serta sokongan dari bekas² pensyarahnya. "Its a good sign for us". Jika semuanya berjalan lancar, jika bantuan datang dengan senang kami akan melangkah setapak lagi dengan memulakan satu lagi jilid baru didalam kehidupan kami. Yes, 'super wife' aku kemungkinan besar akan 'futher study' dan dalam erti kata yang lain, kami akan pergi jauh dari sini, sama ada kami 'deserved' atau tidak tapi rasanya aku sudah cukup muak dan penat dengan keadaan sekeliling. Kami akan bawa semuanya kesana. Yes semua, kucing pun kami akan bawa apatah lagi setiap bait² memori yang ada. Kami akan bawa, cuma masa saja belum berjaya ditentukan. Jadi jika semuanya menang dengan tenang dan senang, 'super wife' aku sambung belajar, manakala aku pula aku cuba dapatkan pekerjaan berdasarkan setiap titik pengalaman yang aku sudah kumpul sejak dari 10 tahun yang lalu. Tapi jauh disudut hati aku masih terasa juga untuk sambung belajar, maka aku jadikan penghijrahan aku dan 'super wife' aku nanti sebagai satu titik permulaan kepada setiap pembaharuan. Aku cuba untuk ceburi bidang 'education' mungkin, kenapa?? sebab aku cuba untuk jadi guru tadika dan mungkin boleh serapkan idealogi² punk kepada setiap murid² di tadika satu hari nanti. Baru mereka  tahu tentang 'positive life', tentang kapitalisma, feudalisma dan sebagainya.

Mulia tak cita-cita aku..??

Thursday, 24 February 2011

The great lefthanded.

Orang banyak kata sesiapa yang kidal atau lebih menggunakan tangan kiri dari tangan kanannya adalah terdiri diantara manusia² yang berjaya dalam setiap apa bidang yang diceburinya, tak kiralah sukan, muzik, seni, dan lain², ada juga yang beritahu sesiapa yang kidal lebih bijak dan 'brilliant' dari orang lain. aku seorang kidal, menulis guna tangan kiri, bermain gitar guna tangan kiri, jika hendak makan dengan menggunakan sudu juga kiri, pendek kata setiap pergerakkan aku akan dimulakan dengan tangan kiri, kecuali makan dengan tangan memang aku guna tangan kanan. Jadi aku boleh diangkat sebagai orang tangan kidal. Cuma persoalannya aku masih belum berjaya dengan setiap bidang yang aku ceburi. Jika hendak pusingkan kembali jarum jam, hari, bulan dan tahun² kebelakang, sudah terlalu banyak benda yang aku cuba ceburi tapi semuanya kurang berjaya. Dulu zaman sekolah aku suka menulis dan pernah 1 esei aku masuk kedalam sebuah majalah pendidikan, Dewan Siswa jika aku tidak silap. Maka aku jadikan ianya sebagai satu titik permulaan untuk menulis, aku pujuk emak aku untuk beli sebuah mesin taip, 2 buah cerpen aku berjaya siapkan, tapi cerpen picisan yang tidak ada arah tujuan dan akhirnya mesin taip itu diseliputi debu dan duduk diam didalam almari, lepas zaman sekolah aku buat band dan fokus pada band aku, macam² jenis orang keluar masuk didalam band aku, pelbagai elemen muzik diterapkan kedalam band aku tapi hingga ke hari ini band itu masih tak berjaya buat tour pusing satu Asia pun dalam ertikata lain tak mampu jadi popular pun, dalam pada masa yang sama aku sambung belajar, aku ambil lukisan kejuruteraan mekanikal dengan harapan boleh jadi somebody, sangkaan aku meleset kerana kerja yang aku lakukan sekarang tidak ada kena mengena dengan lukisan kejuruteraan pun, dalam pada masa yang sama juga aku pernah tubuhkan sebuah syarikat rakaman 'indipendent', kami banyak lansungkan gig² disekitar Kuala Lumpur, tak perlu cerita panjang lebar syarikat rakaman inilah yang  menaikkan band ONE BUCK SHORT dipersada seni. Tapi malangnya akibat dari perbezaan pendapat dan prinsip aku angkat kaki, peluang untuk jadi seperti Ahmad Idzham Omar dari Positive Tone hancur berkecai walaupun aku sering 'organized' lebih banyak siri gig selepas itu, kemudian aku dan 2 orang rakan aku keluar modal dan kami buka sebuah kedai makanan barat kecil²an, siapa rasa meliur untuk makan steak di Victoria Station tapi poket tidak cukup boleh datang ke kedai kami, aku berani kerat jari yang rasa steak kami serta sos lada hitamnya sama 'standard' dengan Victoria Station kerana salah seorang 'patner' aku pernah bekerja di Victoria station, sayang sekali selepas aku tahu bagaimana untuk memasak segala jenis masakan barat, kedai kami tutup akibat dari beberapa perkara yang tak mampu untuk dielakkan, aku juga tidak punya kapital yang banyak untuk teruskannya. Maka peluang untuk jadi lebih terkenal dari Jamie Oliver melayang. Tak lama selepas itu aku mula berkecimpung didalam bidang penerbitan majalah pula, ini semua hasil idea dari seorang lagi rakan. Yes aku dan lain² pernah hasilkan sebuah Majalah muzik, aku pernah menjadi editor, penulis malah wartawan untuk majalah ini. Kami berjaya peningkan kepala 'competitor' tapi tidak mampu bertahan lama kerana kami tidak ada pasukan pemasaran yang kuat untuk cari untung dan sekali lagi aku tersungkur. Terlalu banyak untuk disenaraikan kisah dan plot perjalanan hidup aku seperti cuba untuk jadi pakar x-ray kapal terbang, cuba untuk buat band post-rock yang lebih hebat dari SIGUR ROS atau EXPLOSION IN THE SKY, cuba untuk bawa band² dari luar dan beraksi 'live' disini seperti MEW, bikin filem paling 'rare' dan macam-macam lagi dan kebanyakkannya menemui jalan buntu, aku masih belum berjaya, aku masih belum boleh mendabik dada. Jadi bagi aku sama ada aku kidal atau tidak ianya bukan ukuran kepada setiap kejayaan yang aku mahu capai.

When life gives you a hundred reasons to cry, show life that you have a thousand reasons to smile.

Wednesday, 23 February 2011

Tengahari, sambil duduk disebelah Sid Vicious.

Tengahari yang sedang panas menggelegak, aku temankan 'super wife' lunch, sambil straw ditujah kedalam mulut lalu menyedut air untuk terus masuk kedalam kerongkong, perasaan nyaman dan dingin itu datang. Aku mula nyalankan rokok dan kelihatan sekumpulan lelaki datang duduk disebelah meja kami. Telefon 'super wife' aku berbunyi lalu dia mula melampiaskan kata² dari riak bicaranya aku pasti yang pemanggil itu adalah salah satu 'client'. Aku terus hirup dan hembus asap sambil perhatikan salah seorang lelaki yang duduk disebelah meja kami, rambutnya eksterm, potongannya berani mati, dia pacakkan rambutnya ketahap paling maksima, aku teringat pada Sid Vicious dan rakan². Yes rambutnya terpacak ala² mohawk, mukanya ganas, tapi tiada tindikan pada telinga mahupun bibir, mungkin dia tidak faham erti 'rebel', atau mungkin dia mangsa fesyen Glen Matlock dan isteri. Dalam hati sudah ketawa tapi aku buat macam biasa saja. tiba² aku terdengar bunyi telefon bimbitnya berbunyi, satu nada dering yang selalu aku dengar. Nope..!! bukan lagu Anarchy in UK, tapi lagu Rihana. WTF..!!

Rupa-rupanya dia mangsa keadaan.

Tuesday, 22 February 2011

Susuk tubuh bernama Teoh Beng Hock.

Teoh Beng Hock, siapa yang kenal lelaki ini?? namanya terjulang tinggi setelah dia mati akibat jatuh dari banggunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, tujuan utama dia ke pejabat SPRM adalah untuk membuat satu laporan tentang kes rasuah, walaubagaimana pun ajal terlebih dahulu menyapanya. Persoalan yang paling 'solid' adalah bagaimana dia mati?? pihak keluarganya tidak berpuashati seluruh umat yang menyokongnya juga rasa makan hati. Maka satu perbicaraan telah dijalankan mengikut lunas undang-undang, Aku selalu baca 'update' kisahnya dari kamar mahkamah, pihak polis beritahu yang dia mati bunuh diri, pihak sebaliknya pula rasa ianya dibunuh. Pelbagai jenis saksi dipanggil hinggakan ada secebis nota bunuh diri dijumpai pada beg si mati jika aku tidak silap, hari demi hari, bulan demi bulan dan seterusnya, peguam membacakan keputusan yang berbunyi Teoh Beng Hock tidak dibunuh dan Teoh Beng Hock juga tidak mati kerana bunuh diri. Persoalan paling unik berselerak keluar kesetiap bibir orang² yang mengikuti perjalanan perbicaraannya. Aku hanya ampu tersenyum simpul sambil tersipu². Maka pihak kerajaan pula menubuhkan satu suruhanjaya untuk menyiasat keputusan ini. Jadi kes kematian Teoh Beng Hock masih terus bercelaru. Tiba² hari ini ada seorang rakan cuba buka cerita ini pada aku, cuba tanya apa yang aku tahu dan aku beri jawapan.

"Rilek je..dia tak mati kena bunuh, dia jugak tak mati bunuh diri.." Jawab Aku.

Kawan bingung lalu tanya lagi "Abistu macamane tu???"

"Malaikat tersilap cabut nyawa...dah settle, tak payah nak pening kepala.." Aku.

Kawan "Macam sial lah.."

Kurt Donald Cobain.



Kurt Cobain telah lama tinggalkan aku, Kurt Cobain telah lama tinggalkan kita. Dulu disaat aku masih sibuk dengan band-band glamrock tanah air, Kurt Cobain muncul bersama NIRVANA dengan satu aspirasi muzik yang sangat berbeza, aku kagum, aku terkedu, lidah juga kelu bila dengar lagu-lagu mereka, yang bergerak hanya kepala mengangguk-angguk kedepan dan kebelakang pada zaman itu. Kurt Cobain satu simbol paling 'cool' yang pernah wujud dizaman aku membesar, dizaman aku memberontak, dizaman jerawat sedang pesat tumbuh pada liang-liang roma. Kurt Cobain antara mekanisma paling penting yang beri dorongan pada aku untuk belajar main gitar. Yes lagu paling kacang yang aku mula-mula belajar adalah 'About a girl', lagu yang paling senang aku cari dengan gitar ku adalah 'Plateu' dan 'come as you are' walaupun hanya 'intro' sahaja yang aku mampu cari tapi aku percaya wujudnya 'chemistry' diantara aku dan lagu-lagu itu. Hari ini Kurt Cobain sudah tiada, tapi dia tetap berada didalam senarai simbol paling 'cool' dalam diri aku walaupun ramai yang angkat dia sebagai hero idaman masing-masing sedangkan hanya tahu 3 lagu NIRVANA sahaja, aku tak mahu ambil peduli, cuma persoalan yang sering timbul adalah apa akan jadi pada 'scene' music sekarang jika Kurt Cobain masih hidup??, bagaimanakah bunyi lagu-lagu yang bakal dihasilkan oleh NIRVANA??, apakah jenis fesyen pakaian terbaru yang akan dikenakan oleh Kurt Cobain sekarang??. Jawapan aku mudah saja, NIRVANA akan tetap unggul jika Dave Grohl masih ada didalam band tersebut, tidak perlu dipersoalkan, kerana Kurt Cobain sendiri pernah mengaku yang Dave Grohl lebih 'genius' lebih 'brilliant' dari dia dan NIRVANA bukanlah band yang mampu diangkat sebagai 'legend' jika Kurt Cobain tidak mempelawa Dave untuk menyertai bandnya dahulu. Jadi siapa lebih hebat??

Happy Birthday to you, Kurt Cobain February 20, 1967

Reunion.

Kewujudan laman-laman sosial seperti facebook adalah satu jambatan kepada kewujudan sesebuah pertalian, saudara-mara yang jauh dimata, yang sudah hilang dihati dapat dipertemukan semula, rakan-rakan yang dulunya sehidup semati, yang mahu jumpa hari-hari tapi lesap, kini dapat disatukan semula, itulah kuasa yang ada pada kita sekarang. Arakian dengan kecanggihan teknologi ini, kawan-kawan aku pada zaman persekolahan dahulu cuba untuk buat satu perjumpaan, satu 'reunion' setelah berbelas tahun hilang tanpa khabar berita, maka berduyun-duyun jemputan dilemparkan pada kotak surat 'page' aku, mereka minta untuk semua hadir, bawa anak, bawa isteri, bawa segala kisah-kisah silam untuk dihangatkan kembali. 'Damn' ini bukan cara aku, jika sudah lama tidak jumpa mari duduk semeja dan kita sembang berjela-jela. Tidak perlu makan, tidak perlu aktiviti kekeluargaan seperti sukaneka mahupun ber-karaoke, tidak perlu 'club house' mahupun restoran-restoran mewah. Kita hanya mahu tahu perjalan hidup yang pernah dilalui juga yang seterusnya. Jadi aku ambil keputusan untuk tidak pergi ke majlis 'reunion' kelas aku, dengan alasan.

"Maaf, aku malu untuk berjumpa dengan semua orang kerana aku belum berjaya jadi doktor PHD lagi.."

Sekelumit harapan pada hari kekasih.

Valentines day atau hari kekasih akan jadi isu besar setiap tahun, samada isunya di politikkan oleh para-para pendobrak mahupun disumbang-sumbingkan oleh para-para alim ulama, namun isi ini sentiasa panas setiap tahun. Ada juga yang cakap setiap hari adalah hari kekasih, jadi kenapa perlu disambut pada setiap 14 haribulan Februari setiap tahun sahaj, hinggakan ada ustazah yang gila glam sanggup melacukan kebodohannya dengan membei ulasan yang sangat cetek pada media tentang budaya-budaya maksiat yang sedang berpusing-pusing disekitar kehidupan kita adalah datangnya dari budaya Kristian, 'come on' setiap agama melarang pengikutnya melakukan kerja-kerja yang salah, yang ditentang adalah keruntuhan akhlak para muda-mudi bukannya menunding jari pada kesilapan ajaran kristian. Sungguh kasihan bila orang yang tumpul pengetahuan tapi cuba untuk menikam. Nah biarkan mereka. Bagi aku senang saja, kita cuba pandang pada sudut ekonomi, sudut sara diri, dihari kekasih inilah ada diantara kita berhempas pulas bawa jambakan dan kuntuman bunga, berdiri di sudut jalan disetiap kota lalu cuba untuk jual pada setiap pasangan kekasih yang melewatinya. Malah ada juga yang jual 'teddy bear' atau apa-apa saja barang yang mampu dijual demi untuk dapatkn sekelumit rezeki. Itu yang aku nampak pada malam Valentines dan ianya berlarutan sampai 10 tahun lagi atau mungkin 100 tahun lagi. Mereka yang sangkal, mereka yang berfikiran dangkal hanya tahu untuk lacurkan isu ini sahaja. Manusia-manusia yang hidup tidak terbela siapa yang mahu jawapkan???

Sunday, 20 February 2011

And later on I'll cry my stupid eyes out.

Mana pernah hidup ini adil, mana pernah hidup ini selalu menyebelahi kau, jika hari semalam kau dan yang lain-lain bergembira seperti tidak akan ada hari esok, hari ini mereka semua telah pergi cipta hala tuju masing-masing, sama ada mereka semua masih bersama-sama dan kau pula sudah tercicir lama, itu bukan kepastian didalam pencarian sebuah kegembiraan. Lambat laun mereka juga akan rapuh, tidak perlu gusar atau gentar, mereka juga tidaklah sekukuh mana untuk buat kau terkilan. Lepaskan, luahkan dan hembuskan.

Being sad with the right people is better than being happy with the wrong ones.

Friday, 18 February 2011

Terkangkang terkobak.

Lewat petang, aku sudah mula kejang, rasa ingin bagi penerajang. Yes kerja sudah tiada tapi aku perlu bantu orang lain pula, itu tradisi disini, jika kau terkangkang terkobak untuk siapkan kerja kau memang tiada siapa akan ambil peduli, tapi jika kau sedang tarik dan hembus nafas dengan tenang pasti kerja berat untuk orang lain akan datang. Aku akur, aku pergi bantu juga walaupun aku kurang senang dengan orang yang aku ingin bantu. Tetapi seorang lelaki yang budiman harus tunjukkan budi pekerti yang baik, lalu akibat rasa seperti seorang lelaki budiman aku hanya duduk dalam keadaan keras sambil otak juga jadi tidak cerdas. Sambil mengerutkan dahi, sambil mata melilau² ke kiri dan kanan didalam perut pejabat orang lain, bunyi beep dari telefon bimbit kedengaran menandakan ada teks ringkas. Aku seluk poket dan keluarkan telefon bimbit.

"Geng, bulan 6 ni ade bdk invite kite main gig kt 1cafe,aku dh on je dgn bdk tu.." mesej dari Aji.

Aku senyum tanda hilang bosan dan terus balas "OK je..tapi kau tanye Wan skali takut die bz time tu.."

"Aku dh tanye dh,tp hp letak dlm kasut mmg x dgr lah..bukan reti nk reply.." Balas Aji pula.

Aku senyum lagi dan terus balas "Entah² time mkn lunch td,hp die termasuk dlm nasi ,pastu die main belasah je mkn..die smue bende nk mkn..bukan sedar kalau dh nmpak food.."

"KahKahKah...

Switzerland.

Antara tempat yang perlu pegi sebelum jantung meletup dan mata terpejam.




 






Thursday, 17 February 2011

Amis ou ennemis

Sejak dari remaja kau punya kawan, setiap hari kau jumpa dia, setiap hari kau buang masa dengan dia, cerita perihal gadis² panas juga jejaka² tampan, cerita perihal impian dan harapan, cerita perihal minat, cerita perihal keluarga kau juga keluarga dia, cerita perihal 'futher study'. Pendek kata semua benda kau nak kongsi sama². Makan sepinggan, minum secawan, tidur nak sebantal, mimpi juga mahu sama kekal, seluar dalam serupa, kekasih juga mahu sama paras rupa. Itulah penangan teman rapat. Tapi lama kelamaan bila usia meningkat dewasa masing² punya cara hidup berbeza, masing² ada idealogi sendiri, masing² akan tunding jari, masing² akan rasa tidak puas hati, lalu tidak bertegur sapa hingga berhari². Kemudian mula lah cari rakan lain, teman yang lebih stabil, teman yang kurang membebel, kawan lama boleh pergi mati, kawan lama boleh pergi jahanam. Lalu bermusuh-musuh, lalu kutuk berpuluh-puluh. Yes aku pernah lalui semua ini. Tapi aku buat² 'cool'

Forgive your enemies, but never, never forget their names.

Frank Tan.

Frank Tan adalah seorang lelaki berketurunan cina yang sudah menjangkau 50an, dia seorang jurutera ditempat kerja aku, dia orang Malaysia tapi disebabkan dari kecil dia sudah tinggalkan negara ini, dia sudah jadi PR untuk negara Australia, dia mempunyai 2 orang anak yang kini sudah memasuki umur 20an, walaubagaimana pun dia sudah berpisah dengan isterinya, perpisahan itu menyebabkan dia pulang semula ke Malaysia berseorangan. dia obses pada PINK FLOYD, dia kaki makan dan dia juga seorang yang 'cool'. Tetapi malangnya dia tidak fasih berbahasa mandarin juga kurang tahu berbahasa melayu. Bahasa ibundanya adalah inggeris. 2 tahun yang lalu kami bekerja dibawah satu bumbung yang sama, dan hasil dari itu aku amat rapat dengan dia, kami keluar tonton movie, pergi makan², lepak minum², pergi ke kedai alat muzik kerana hobi nya adalah bermain gitar. aku faham, disebabkan dia jauh dari anak²nya buatkan dia seperti rasa aku ni adalah anaknya disini. Mungkin aku adalah tempat untuk dia lempiaskan rasa rindunya pada anak². Aku tidak kisah pun, aku ikhlas berkawan dan selain dari itu dia juga boleh diangkat sebagai seorang 'playboy' paling gentleman sebab selalunya dia akan beritahu pada aku setiap gadis yang dia berjaya jumpa. Pelbagai jenis etnik perempuan dia berjaya dapat. Mungkin status dia sebagai seorang jurutera dan juga nampak seperti seorang yang punya banyak kapital telah  berjaya menyeret mana² gadis, perempuan mahupun wanita di kelab² kelab malam untuk pulang kerumahnya. Aku tumpang gembira bila dia rasa gembira. Itu kehidupannya. Pada Majlis perkahwinan aku, dia datang dan jadi antara penyumbang kewangan yang paling tinggi yang pernah aku terima. Tapi sejak aku sudah berkahwin kami jarang bercerita tentang perempuan² yang dia jumpa. Cuma pagi tadi dia sudah cerita pada aku pasal hal perjudian di Kasino pula.

Aku hanya mampu tepuk dahi.

Palestin dan Israel.

Orang sibuk pasal yahudi, Israel, Islam, kristian, Palestine, Lubnan. Perang sana, perang sini, sekat sana juga sekat sini, derma sana derma sini, bantu itu dan bantu ini. Semua nak tunjuk kuat, semua nak bagi tahu yang dialah hero sebab banyak bagi bantuan.

Bagi aku yang ditentang adalah 'Zionisma'. Tak semua orang yahudi di Israel menyokong penindasan orang islam di Palestine.

Wednesday, 16 February 2011

DIMANA ADA PENINDASAN – DISITU ADA PERLAWANAN

Sebelum saya berkesah tentang Mesir lebih baik saya buka sadikit tentang sejarah politik yang lebih dekat dengan wilayah kita sendiri. Biar saya surahkan kepada anak anak muda yang masih muda sangat ketika Presiden Marcos dari Pilipina dan Presiden Suharto dari Indonesia berada dipuncak kuasa. Mereka berdua adalah diantara beberapa orang ditaktor ganas yang pernah muncul di arena politik Asia Tenggara.
Di zaman Perang Dingin – perang idealoji sosialis lawan kapitalis - Amerika memilihara berpuluh puluh ekor ditaktor. Di Latin Amerika dan di Afrika bersepah sepah kepala negara yang merampas kuasa dan menjadi ditaktor. Bagitu juga di Assia Tenggara – Vietnam, Laos, Burma , Thailand dan Korea Selatan semuanya dibawah junta tentera dan ditaktor. Di zaman inilah Marcos dan Suharto wujud. Kedua-dua Presiden ini adalah budak suruhan Amerika Syarikat yang amat setia. Mereka naik tahtha kerana Amerika memerlukan khidmat mereka. Amerika syarikat memberi sokongan politik, sokongan ekonomi dan membekalkan alat senjata kepada para ditaktor ini. Sifat ditaktor ini sama sahaja ketika Perang Dingin : mereka anti demokrasi, anti kebebasan yang bertopengkan anti komunis. Akhirnya Ferdinand Marcos telah dihumbankan oleh rakyat Pilipina pada tahun 1986 setelah berkuasa selama 21 tahun. Manakala Haji Ahmad Suharto di humbankan oleh rakyat Indonesia pada tahun 1998 setelah menjadi Presiden selama 30 tahun. Kedua-dua Presiden ini telah dihumbankan ke dalam tong sampah sejarah bukan melalui pilihanraya. Rakyat Filipina dan Indonesia telah memilih jalan raya untuk menghumbankan kedua dua ditaktor ini. Ini fakta sejarah dan bukan berita dongeng yangh direka-reka. Mari kita kembali kepada Hosni Mubarak Presiden Mesir yang ketika ini sedang dikepong oleh rakyatnya. Dari segi pensejarahan Presiden Mubarak ini lebih mirip dengan Presiden Suharto. Mereka memiliki latar belakang budaya politik yang sama. Dua-dua berlatarkan tentera. Jangan silap baca – politik moden Mesir sesudah perang dunia ke dua bukan politik pro Amerika. Mesir memiliki sejarah nasionalis Arab yang kukuh, sejarah menentang zionis Israel, dan dasar anti imperialis yang jelas. Ini sama seperti sejarah negara bangsa Indonesia. Mesir negara Arab yang terbesar dengan 86 juta penduduk. Manakala Indonesia adalah negara penganut Islam terbesar dengan 238 juta penduduk. Dari segi strateji politik, perniagaan dan militer kedua-dua negara ini amat penting untuk kuasa imperial dan kaum pemodal. Kalau Indonesia moden dilahirkan bersama watak Presiden Sukarno, Mesir moden muncul bersama watak Presiden Nasser. Dua protoganis ini adalah nasionalis hebat yang mucul sesudah perang dunia ke dua. Mereka telah mengemudi tanah air mereka untuk bebas dari pengaruh Amerika mahu pun Russia.
Nasser lahir dari gerakan Free Officers Movement. Ini satu gerakan bawah tanah yang anti British. Sebelum perang dunia kedua, Mesir sebagai saki baki dari Empire Ottoman sedang diperintah oleh Raja Farouk. Mesir adalah tanah jajahan British. Sebagai pegawai tentera Naseer telah melihat bagaimana bumi Arab di racik-racik oleh kuasa kolonial British dan Peranchis. Nasser juga melihat bagaimana negara Arab tewas dan Israel dilahirkan di bumi Arab. Pada tahun 1952 Naseer dengan gerakan bawah tanah ini telah melakukan satu revolusi dan merampas kuasa. Raja Farouk telah diturunkan dari tahtha dan dilayarkan ke Itali. Mesir kini merdeka dari British. Maka bermulalah dasar Pan Arabism atau nasionalisma Arab yang disebarkan oleh Naseer dari Mesir. Pengaruh Naseer bagitu kuat sekali. Semangat kesedaran bangsa Arab naik menjulang. Malah Mesir dan Syrian pernah bersatu sebagai Republik Arab Bersatu pada tahun 1958 hingga tahun 1961. Inilah rancangan stratejik Nasser untuk menentang pengaruh zionis di bumi Arab. Ini kerana Naseer sedar bahawa Mesir ialah tembok dan kunci untuk bumi Arab melawan Israel. Pada tahun 1955 , Naseer, Chao En Lai dan Sukarno telah mengadakan Konferensi Bandung. Konferensi Bandung inilah yang melahirkan blok Negara-Negara Berkecuali. Sekali lagi kuasa imperial Amerika merasa bahawa orang yang bernama Naseer dan kaum nasionalis dari Dunia Ketiga ini amat merbahayakan. Mesir di bawah Naseer dilihat amat merbahaya buat Isreal yang baru bertapak pada tahun 1948. Kuasa imperial British, Peranchis dan Israel tidak senang tidor dengan Mesir di bawah pimpinan Naseer. President Nasser telah mengambil dasar nasionalis Arab. Naseer telah memilik negarakan Terusan Suez pada 26 Julai 1956. Kuasa kolonial Britaian, Peranchis dan Israel telah menyerang Mesir. Ketika ini muncul kuasa imperial baru yang mencelah masuk dan berusaha untuk menamatkan perang ini. Kuasa baru ini ialah kuasa imperial Amerika - satu kuasa yang terkuat sesudah selesai perang dunia ke dua. Kuasa imperilis Amerika mencelah masuk seolah-olah menyebelahi Mesir kerana ingin mencari kawan dan sahabat di timur tengah. Pada awalnya – seperti Perjanjian Bandung - Presiden Nasser telah mengambil dasar berkecuali tetapi apabila projek empangan Aswan cuba digagalkan oleh British maka Presiden Nasser telah mula berbaik-baik dengan blok Soviet Russia. Akhirnya Russia telah menjadi rakan setia kepada Mesir. Russia bukan sahaja telah membantu menyiapkan empangan Aswan , malah telah membekalkan senjata terkini dan tercanggih buatan Blok Soviet untuk tentera Mesir. Semua ini berlaku di zaman Perang Dingin. Pada ketika ini kuasa imperialis Amerika sedang di tentang oleh rakyat dunia ketiga. Di Indo China Amerika sednag dipukul hebat oleh rakyat Vietnam. Rakyat Dunia Ketiga dengan sokongan politik dan persenjataan dari Russia telah berani bangun menentang Amerika. Di era inilah Soviet Union telah berjaya mendapat rakan yang paling berpengaruh di bumi Arab- Mesir. Di zaman ini tidak ada seorang pun pemimpin Arab yang berani membuat hubungan sulit dengan Israel. Malah banyak negara Arab ketika ini memiliki dasar luar yang tidak pro Amerika atau berkecuali. Saudi yang dijelamakan sebagai raja oleh kuasa British pun tidak berani menunjukan sentimen pro-Israel-nya. Ini kerana sesiapa sahaja pemimpin Arab yang dilihat bersubahat walau pun secara sulit dengan Israel pasti akan digugurkan oleh rakyat. Dizaman Nasserlah kuasa imperial Amerika terdesak. Kaum buruh di Mesir mula menyusun kasatuan sekerja. Kaum tani di Mesir telah berani menuntut hak tanah mereka. Kaum pelajar dan anak muda bebas berpersatuan. Naseer juga telah memulakan dasar ekonomi sosialis. Melihatkan semua ini berlaku maka kuasa imperial Amerika malalui CIA telah mula menjalankan jarumnya. CIA telah berjaya menanamkan bibit-bibit Islam yang anti komunis dan anti gulungan progresif. CIA telah memilihara dan mendukong parti Muslim Adik Beradik atau Ikhwan Muslimin. Parti ini pada awalnya bekerjasama dengan Nasser tetapi telah menjadi sebuah parti reaksioner yang anti kaum buruh dan anti gerakan nasionalis Arab. Dasar-dasar Naseer yang anti Amerika selalu mendapat tentang dari parti Muslim Adik Beradik. Amat jelas di zaman ini parti Muslim Adik Beradik ini telah diperalatkan oleh CIA untuk menentang Nassser. Dokumen-dokumen yang baru ditemui telah membuktikan jelas hubungan CIA dengan Parti Muslim Adik Beradik Mesir. Ketika ini musuh agung Mesir dan warga Arab ialah zionis Isreal. Amerika bersama Isreal terus merancang untuk menumpaskan pengaruh Nasser dari bumi Arab. Pelbagai rancangan licik dijalankan. Akhirnya perang meletus pada bulan Jun 1967. Israel terlebih dahulu secara mengejut telah menyerang Mesir. Kapal terbang tentera udara Mesir menjadi sasaran pertama Israel. Pertahanan udara Mesir lumpuh. Perang Enam Hari atau Perang Bulan Jun ini adalah kekalahan yang amat sangat untuk umat Arab. Bukit Gholan milik Syria dirampas Israel hingga ke hari ini. Tebing Barat bumi Palestin di rampas Israel hingga ke hari ini. Sinai wilayah Mesir di rampas oleh Isreal. Kekalahan ini juga adalah pukulan yang maha hebat secara pribadi untuk Presiden Naseer. Ini adalah pukulan maut dari segi politik, diplomasi dan ketenteraan. Tiga tahun kemudian pada 28 September 1970 Nasser diserang penyakit jantung dan wafat. Maka sekali lagi politik Mesir berubah. Pengganti Naseer ialah Anwar Sadat. Anwar Sadt juga adalah dari kumpulan Free Officerrs Movement. Malah pernah dipenjarakan oleh British kerana gerakan anti-penjajah. Dari segi sejarah Anwar Sadatlah yang bertanggung jawab menghebohkan berita di radio kepada rakyat Mesir ketika gerakan Free Officer Movement melakukan rampasan kuasa dan menurunkan Raja Farouk dari takhta. Sekali imbas, Anwar Sadat dengan sejarah politk yang baik adalah sosok yang unggul untuk menyambung dan meneruskan garis politik dan ekonomi nasionalis President Naseer. Tetapi di zaman Perang Dingin – Mossad dan CIA – terus bergerak untuk memastikan negara Arab yang berpengaruh ini akan mandul.

PEMANDULAN MESIR 

Pada 28 September 1970 Dia diberitakan wafat. Matilah seorang nasionalis Arab. Maka menangislah seluruh warga Mesir. Menangislah seluruh warga Arab. Radio Republik Mesir hanya menyiarkan ayat-ayat Quran. Hanya Umi Kalthum perawi Mesir yang kedengaran di radio membawakan shaer dan qasidah tentang perjuangan bangsa Arab. Dataran Tahrir - dataran yang itulah – muntah ruah dengan manusia. Berpuluh ribu warga Mesir berduyun- duyun ke jalan raya untuk menyatakan selamat tinggal kepada seorang lelaki Arab. Lelaki ini - Gamel Abdel Nasser saorang sosialis, saorang nasionalis – pemula sejarah moden dunia Arab sama seperti Bung Karno untuk dunia Melayu. Anwar Sadat – ketika itu Naib Presiden dari Parti Sosialis Nasional telah dilantik untuk menggantikan Nasser. Anwar Sadat juga datang dari kumpulan Free Officers Movement yang telah merampas kuasa pada tahun 1952 dan menjadikan Mesir sebuah republik.
Ketika Anwar Sadat mula duduk di kerusi Presiden, Perang Dingin sedang bergolak dengan hangat. Timur Tengah sedang panas membara. Kuasa imperialis Amerika sedang diguddam. Bala tentera Amerika – kuasa yang terkuat dalam dunia ini sedang sedang senak digasak oleh gerila pembebasan rakyat Indo-China. Zionis Israel anak piliharan Amerika adalah musuh utama rakyat Arab. Di waktu ini juga Soviet Union masih tegak memimpin rakyat dunia untuk bangun menentang kuasa imperialis Amerika. Republik Mesir adalah kawan baik Soviet Union. Tentera Mesir dilatih dan dibekalkan senjata oleh Russia dan Eropah Timur. Senjata-senjata tercanggih Soviet Union semuanya dibekalkan kepada Mesir yang dilihat sebagai pemimpin negara-negara Arab yang lain. Anwar Sadat pada awalnya tidak memiliki ketrampilan saperti Nasser. Malah dijangkakan sosok yang bernama Sadat ini mungkin duduk di kerusi Presiden untuk sementara sebelum muncul seorang lagi pemimpinan Arab seunggul Naseer. Anggapan ini salah. Sadat merancang dengan licik.
Tiga tahun sesudah menjadi Presiden Mesir, Anwar Sadat bersama Hafeez Al-Assad dari Syria telah menyerang Israel. Ini berlaku di bulan Ramadan 1973. Perang Ramadan ini memeranjatkan Israel. Tentera Mesir telah berjaya menerbus masuk dan memecahkan tembok Bar Lev. Ini ialah kubu dan tembok pertahanan tentera Israel yang dibuat di sebelah Timur Terusan Suez. Bar Lev di heboh heboh sebagai wilayah yang tidak mungkin dapat dibolos. Wilayah ini asalnya telah dirampas oleh Isreal dari Mesir pada perang tahun 1967. Hampir dua minggu perang berterusan sehingga Majlis Keselamatan Bangsa Bangsa Bersatu memaksa perang dihentikan. Dua kuasa imperial – Amerika dan Soviet Union – hampir bertelagah. Amerika menyokong Israel. Soviet Union menyokong Mesir. Dunia ketika itu tegang. Perang Ramadan ini mengubah rupa bentuk dunia Arab. Kekalahan pada tahun 1967 kini telah dibalas. Ketika perang ini juga gerila-gerila Palestin yang telah berkampong di Lebanon telah bergerak cergas menyerang Israel dari Selatan Lebanon. Tentera zionis kelihatan telah dipukul hebat. Malah dari segi saikoloji apabila tembok pertahan Bar Lev dapat ditembusi maka semua pertahanan zionis Israel tidak lagi selamat. Mitos tentang kekebalan Israel punah ranah. Mitos tentang kecekapan tentera Israel terbongkar. Arang yang terconteng di muka Mesir dan Arab telah dibersihkan. Anwar Sadat yang dahulu dianggap ‘ budak kemetot’ kini dinobatkan sebagai wira baru untuk dunia Arab. Sadat telah berjaya mengalahkan bala tentera Israel. Hafiz al-Assad Presiden Syria juga turut sama menerima julangan dari warga Arab. Paling memeranjatkan ialah tindakan solidariti bersama rakyat Mesir dari al-Malik Faizal. Raja Saudi ini telah mengarahkan semua pam, saluran, talian, laluan dan tangki minyak dihentikan. Tidak ada setitik minyak yang mengalir keluar dari Saudi Arabia. Langkah al-Malik Faizal ini menggemparkan dunia kapitalis. Harga minyak mentah melonjak naik. Dari sinilah munculnya sejarah petrodolar dan kuasa Opec. Disinilah bermulanya kesah kekayaan negara negara Arab pengeluar minyak. Tetapi kaum zionis dan kaum pemodal terus merancang. Setahun kemudian al-Malik Faizal ditembak mati oleh anak buahnya yang baru balik dari Amerika Syarikat. Si pembunuh ini telah ditafsirkan tidak waras. Tetapi kematian raja Saudi ini dilihat sebagai satu konspirasi untuk memastikan tidak ada lagi raja atau emir atau pemimpin Arab yang berani melakukan tindakan yang menentang kepentingan imperilais dan kaum pemodal. Pembunuhan Faizal adalah langkah untuk menakutkan pemimpin Arab dan pemimpin negara Dunia Ketiga yang lain agar jangan berani ‘ngelencong’ dari dasar pro Amerika dan pro Israel.
Sementara itu di Mesir Presiden Anwar Sadat semakin menampakan belang politiknya. Dengan enghormatan yang telah diberikan oleh rakyat Mesir dan warga Arab, Sadat telah menjadikan dirinya lebih berani. Sadat perlahan-lahan meninggalkan dasar ekonomi sosialis Naseer. Kuasa dan harta kekayaan telah mula mengkaburi mata Sadat. Dalam masa yang sama jarum Amerika dan zionis telah mula merasok Anwar Sadat. Dengan alasan Soviet Union enggan memberikan senjata senjata terbaru dan tercanggih, Sadat mula rapat dengan Amerika. Ketika ini seorang zionis bernama Henry Kessinger telah melihat bahawa Sadat boleh dimasukan ke dalam saku Amerika. Maka bemulalah apa yang dipanggil ‘ diplomasi ulang alik ‘ – Kessinger berulang alik antara Cairo dan Tel Aviv untuk menyediakan pentas agar dua musuh ketat ini dapat duduk semeja dan berunding. Ini sebenarnya ialah perancangan licik kaum zionis untuk memisahkan Mesir – negara Arab terkuat - dari perjuangan Arab Palestine. Rancangan telah dibuat untuk memandulkan Mesir dari memainkan peranan sebagai pemimpin negara Arab. Satu ketika dahulu pernah menjadi kata-kata klise : buku ditulis di Mesir, di cetak di Lebanon dan di baca di seluruh bumi Arab. Inilah hakikat penghormatan yang diberikan kepada Mesir pada satu ketika dahulu. Ini kerana Mesir ada gudang dan sarang pemikir Arab manakala Lebanon hanya penuh dengan kaum pedagang. Akhirnya kaum zionis dan imperialis Amerika berjaya dengan projek memandulkan Mesir. Perjanjian antara Mesir dan Israel ditanda tangani oleh Anwar Sadat dengan Menachem Begin bagai pihak Israel pada thun 1978. Jimmy Carter sebagai Presiden Amerika telah menjadi saksi. Ini dinamakan Perjanjian Camp David. Perjanjian damai antara zionis Israel dengan Mesir ini membawa implikasi yang maha dalam. Ianya menusuk ke jantung dan nadi perjuangan rakyat Palestine. Mungkin ramai yang kurang sedar bahawa PLO itu ditubuhkan di Mesir atas dorongan Presiden Nassser. Di zaman Naseerlah PLO memulakan slogan : berjuang hingga menang. Kini perjuangan rakyat Arab menentang zionis Israel telah tempang. Dari segi ekonomi Sadat memulakan apa yang dipanggil dasar ‘infitah’. Infitah adalah dasar penswataan dan keterbukaan. Mesir mula dibuka kepada kaum pemodal antarabangsa. Banyak syarikat kepunyaan negara kini di swastakan. Dengan perlahan-lahan tentera yang dibangunkan oleh Nasser sebagai perjuang Arab kini dirasuah dan di beli oleh oleh Sadat. General dan ketua tentera mula menjadi CEO, pengarah syarikat atau peniaga. Israel yang dahulunya dilihat sebagai musuh kini menjadi rakan niaga. Dasar Sadat ini ditentang oleh kaum kiri, parti Ikhawan dan parti lama Anwar Sadat sendiri. Parti Islam terus menjadi sasaran kerana Ikhwan Muslimin atau Parti Muslimin Adik Beardik ini dibaca oleh Sadat sebagai penentang tegar dasarnya. Kaum komunis dan kaum kiri Mesir juga menerima pukulan hebat dari Sadat. Penentang-penentang Sadat ini banyak yang berakhir dalam penjara dan diseksa.
Kaum kapitalis, kaum pemodal, imperialis Amerika dan Israel merayakan Sadat. Sadat diperlihatkan sebagai contoh pemimpin Arab yang berani membawa perubahan untuk rakyatnya. Lubang-lubang Sadat - lubang atas dan lubang bawah kembang kempis kerana julangkan ini. Pembelotan dan kezaliman Sadat ini sentiasa diperhatikan dengan rapi oleh rakyat Mesir dan Palestine. Kritikan dari pemimpin Arab yang melihat Sadat belot dari perjuangan Arab telah tidak diendahkan oleh Anwar sadat. PLO dan perjuangan rakyat Palestine menerima pukulan yang terok. Tanpa sokongan Mesir PLO kini menghadapai banyak masalaah. Tekaan terus dikenakan kepada PLO dan orang-orang pelarian Palestine. Wilayah selamat PLO di Lebanon juga berakhir. Perjuangan gerila Palestin makin terdesak. Anwar Sadat kini merasa bahawa dirinya telah diterima sebagai salah seorang pemimpin dunia yang unggul. Sadat mendapat hadiah Nobel. Dia disambut dengan permaidani merah di Rumah Puteh dan di Tel Aviv. Media barat juga mengangkat-angkat Sadat hingga ke awan. Media Barat juga tidak jujur. Medua Barat tidak melaporkan tentang penjara Sadat yang penuh dengan tahanan politik. Semuanya berubah pada pagi 6 – Oktober 1981 apabila Lefternan Khalid Islambouli dari kumpulan Jihad Islam menembak mati Presiden Anwar Sadat. Presiden Sadat ketika itu sedang menyaksikan perarakan tentera untuk mengingati hari tentera Mesir berjaya melintasi terusan Suez dan memecahkan tembok Bar Lev Israel pada Oktober 1973. Di hari yang bersejarah itu Anwar Sadat dibunuh. Anwar Sadat digantikan pula oleh Hosni Mubarak.

Mungkin bersambung ..

Hasil nukilan Hishamudin Rais.

Akhbar tabloid, anak muda juga urban malays.

Dulu semalam, aku tidak bekerja, aku cuti dan berehat, walaubagaimana pun aku harus ke tempat kerja untuk beli tiket penerbagan. Selepas hantar 'super wife' ke tempat kerja nya aku berhenti dan duduk di kedai mamak, tingkah laku rutin bila di kedai mamak adalah untuk minum kopi juga hisap rokok. Ianya seperti valium untuk aku sebelum memulakan hari. Maka duduklah aku keseorangan sambil hirup kopi juga sedut asap rokok. Kedengaran lagu² tamil secara halus masuk kedalam telinga. Semua orang senyap menikmati rezeki masing², aku juga diam tapi neuron² didalam otak aku telah pun mula bekerja akibat dari penangan kafein dan nikotin. aku suka saat ini, saat dimana aku kembali hidup. Mata aku merenung jauh, fikiran aku terus bangun dari jatuh. Disebelah meja aku diduduki oleh 2 orang makcik yang sudah jangkau umur emak aku, mungking. Baru balik dari pasar, mungkin. Atau mahu jumpa kawan lama, mungkin. Mereka mula minum teh tarik. Salah seorang dari mereka sedang menyelah satu persatu helaian surat khabar Kosmo, lalu mereka bersembang sambil pandang keliling aku tidak berapa dengar,

"Budak² sekarang Mah..nak keje pun malas..jadi kutu jelah, mak bapak support semua..."

"Betul..betul.."

Bila aku lihat seorang makcik sambil baca akhbar tabloid dan cuba membuat rumusan tentang kehidupan anak muda, aku teringat kembali tentang petikan didalam artikel yang berbunyi Orang melayu dibahagikan kepada empat kategori. Pertama urban Malays, kedua semi urban Malays, ketiga rural Malays dan keempat Felda Malays."

Jadi aku rasa kedua² makcik itu mungkin dari golongan Urban malays, kan?

One love.

Malam itu, kami berselerak², kami berpeluh², kami berasak² kami juga bernafas dengan luapan adrenalin, 'moshpit' padat, cahaya lampu melilau² hingga sesat barat, tolak ke kiri juga tolak ke kanan. Chino Moreno muncul bersama² yang lain. Lebih 15 tahun aku tunggu saat ini dan aku masih berdiri disini. Aku tak peduli, aku juga tidak sangsi, kami berpegang tangan, kami juga berpelukan. Lagu demi lagu dinyanyikan, dari album 'Around the fur' ke 'White Pony', dari 'Deftones' ke 'Saturday night wrist' dan yang paling baru' Diamond Eyes', tidak ketinggalan juga dua lagu terakhir dari album pertama iaitu 'Adrenalin'. Luna demi luna disuratkan. Bunyi gitar Stephen Capenter masih jahat, hentakan drum Abe Cunningham masih lagi padat, bunyi² dari Frank Delgado terus berselirat, Sergio Vega teruskan semangat Chi Cheng, Chino Moreno masih kekal macam dulu. Aku hanya julangkan tangan keatas, hayunkan kepala dan nyanyi bersama². Yes, rindu terubat, luka terawat, 'super wife' aku juga hebat. Walaupun kepuasan belum capai tahap tertinggi, tapi sekurang²nya kami sudah ada jalan atau tangga untuk pergi lihat DEFTONES sekali lagi satu hari nanti.

Cuma Jason Lo dan rakan² tak perlu lah lipat duit banyak sangat, jadilah 'organizer' bermaruah dengan sewa venue yang lebih besar juga 'sound system' yang lebih padu dan "what the hell with the black carpet dude???"

* maaf tidak ada sebarang rakaman bergambar.

Monday, 14 February 2011

Du är mitt liv.

"There will be a day when you ask me what's more important, my life or you, I will say my life, you will turn around and walk away not knowing that you are my life.."

Pondok pengawal berdarah.

Pagi semalam, juga pagi-pagi yang sebelumnya dan mungkin seterusnya, apabila sudah sampai di tempat parking motorsikal di tempat kerja, aku dan yang lain pasti akan berjalan melewati satu pondok pengawal keselamatan, dan rutin harian mereka adalah untuk memastikan semua pekerja yang keluar masuk harus mempamerkan pas pengenalan yang selalunya tergantung dileher masing-masing, di pas pengenalan tersebut akan ada gambar setiap personel dan juga nama masing-masing. Ketika sedang aku sedang berjalan dihadapan aku juga ada seorang lelaki muda turut sama berjalan untuk melewati pondok pengawal tersebut. Setibanya dia di pondok tersebut pengawal keselamatan yang duduk dalam keadaan segak telah memaki hamun lelaki muda tersebut. yang aku dengar

"Orang bagi kau ID,pakai lah.. yang pergi simpan dalam poket nak buat apa?? ingat kerja aku nak masuk dalam poket kau tengok ID ke??"

Aku kurang selesa bila awal pagi dengar bunyi atau tone maki hamun. Its not a good start for me, lalu aku teringat pada satu artikel yang pernah aku baca,

"Orang melayu dibahagikan kepada empat kategori. Pertama urban Malays, kedua semi urban Malays, ketiga rural Malays dan keempat Felda Malays."


Jadi aku rasa pengawal keselamatan itu mesti 'urban malays' kan??

The sea would electrocute us all.




 
 



Sunday, 13 February 2011

Satu petang tanpa oksigen dan karbon dioksida.

Hari-hari terakhir sebelum kapal aku hendak terbang adalah saat dan detik paling genting buat aku juga rakan sekerja aku. Segala kertas kerja harus disiapkan dan lebih mencabar lagi, aku harus terus hantar email secepat mungkin segala dokumen-dokumen penting ke pejabat syarikat Strategic Air di Brisbane. Jika tidak dapat 'clearence' dari mereka kapal tidak boleh terbang, pilot yang datang dari Brisbane sejak semalam pasti akan mengamuk, 'higher management' akan panas bontot, aku pula akan kena panah petir. Damn!! segala urusan harus disiapkan cepat, aku pandang ke arah jam sudah masuk pukul 5, jika di Malaysia pukul 5 maka di Brisbane akan lebih cepat 3 jam. Pukul 8 malam, rasanya Slavika si pegawai perancang di Brisbane pasti sudah balik. Sebab aku pernah bekerja dengan dia dua minggu yang lalu sewaktu dia berada disini dan aku seperti faham yang dia takkan tunggu sampai habis.  Nah lupakan tugas paling utama adalah hantar email kepadanya apabila semuanya selesai, jadi dia sepatutnya tunggu hingga aku email segala dokumen kepada dia dan terus dapatkan 'clearance' disana. "This is an aviation industry, the price that she have to pay". Jika kami di sini berkorban untuk terbangkan kapal milik syarikatnya, maka dia pun sepatutnya turut sama bantu kami. Berbalik pada situasi di dalam perut pejabat aku. Nazry sedang sibuk 'scan' segala dokumen yang sudah siap, ianya melebihi 200 mukasurat, aku pula sedang semak satu persatu, helai demi helai segala hitam dan putih, segala tandatangan, 'approval stamp' juga cari apa-apa kesalahan yang berlaku diatas kertas, 'engineer' yang lain sedang sibuk siapkan segala kertas kerja yang masih belum selesai. Matt selaku wakil yang tinggal dari Strategic Air juga sedang menyemak segala perkara-perkara teknikal diatas kertas, masing-masing dengan kerja masing, semua sedang beri fokus, objektif utama untuk pastikan kapal terbang siap dan sedia untuk berlepas pada esok paginya. Dalam keadaan yang aak tegang dan genting tiba-tiba datang seorang budak lelaki meluru kearah aku dan Nazry, dia tanya.

"Bang...ada tisu tak..?? bagi sikit??"  Tanya budak itu.

Nazry toleh "Hah...??"

"Tisu...ade tak??" Tanya budak itu lagi.

Aku terkejut dengan soalan dia lalu cakap "Come on..we just handle paperwork not tissue.."

Bila masa pula meja aku tukar jadi kaunter kedai mamak.

"WTF.."

Tuesday, 8 February 2011

Sunday, 6 February 2011

Russian toy camera





 



Life begin at 4 o'clock.

Pada hari ahad yang mulia, hidup baru bermula selepas jarum jam di dinding melepasi angka 4. Yes sudah lebih dari pukul 4 petang, hidup kami baru hendak mula, semalam 'super wife' kata mahu buat Yorkshire pudding untuk brunch, tapi hari ini lebih hebat, brunch sudah lepas dia buat butter rice dan daging masak kicap ciptaannya sendiri. Hidung sudah ditujah dengan bau yang harum, hati meronta-ronta ingin makan, perut meminta-minta untuk dipenuhkan, jiwa gembira mahu dilepaskan. Good escapade since yesterday, after 3 weeks of disaster.

Life so sweet at home.


The Green Hornet.

Aku sukar untuk buat review tentang filem-filem perdana, filem-filem yang mengeluarkan jutaan dollar, lebih-lebih lagi filem dari Hollywood. Muak, senak, sesak, bosan tak cool, semua ada. Lagipun benda yang tidak 'rare' memang jarang digunakan dalam setiap 'chapter' tentang aku. Tapi ianya tidak bermakna aku 'against' semua perkara yang aku ceritakan tadi, tipulah jika aku tidak keluar menonton wayang filem-filem dari Hollywood. Cuma jika filem itu berunsur 'super hero', aksi ganas dan sains fiksyen memang awal-awal aku sudah tolak. Biasalah cerita super hero memang akhir cerita dia akan menang. Aku lebih gemarkan cerita komedi, cerita yang buat aku berfikir. Jadi minggu lalu akibat kepala sangat sarat dan berselirat dengan segala sepak terajang ditempat kerja aku dan 'super wife' ambil keputusan untuk pergi tonton wayang, tapi malangnya tidak ada filem yang mampu lepaskan aku dari bilik penjara, yang ada cuma THE GREEN HORNET. Yes, sebuah cerita super hero. Aku gagahkan juga tonton kerana watak utamanya adalah Seth Rogen, aku sangat suka Seth Rogen terutama selepas tonton filem dia yang lalu iaitu PINEAPLLE EXPRESS. Bila ada Seth Rogen pasti ada gelak ketawa, bila berjaya gelak mungkin boleh lepas dari penjara. Pilihan kami tidak sia-sia, Seth Rogen berjaya jadi kunci utama, Jay Chou agak 'cool', Cameon Diaz tidak ada peluang lansung untuk jadi seperti apa yang dia selalu jadi dalam filem-filemnya yang lalu juga Christoph Waltz yang berjaya pegang watak jahat. Filem 'super hero' yang taklah berapa nak hero sangat, filem 'super hero' yang berjaya lari dari naratif sebenar dan komedinya 'A'. Seth Rogn yang tulis cerita ini dan aku percaya dari situ dia berjaya memanipulasikan watak dan skripnya.

Siapa mahu ketawa sila tonton filem ini.





Mencari kisah palsu.

Kata orang sejarah sangat penting untuk kehidupan kita, sejarah adalah petunjuk kepada kisah² silam, sejarah adalah susur galur sebuah perjalanan. Waktu aku disekolah dulu, subjek sejarah memang tidak ada tempat lansung didalam hati, ianya gara² cikgu sejarah aku buat kelakar tak jadi pada hari pertama persekolahan didepan pelajar yang bagi aku dan semua rakan² yang lain rasa tidak kelakar lansung. Dia cuba buka cerita sejarah hidupnya semasa kecil tentang bagaimana dia membuat persiapan hari raya, pada waktu itu bapanya hendak ke pekan untuk beli baju dan kasut raya, lalu bapanya tanya kasut warna apa yang dia suka, lalu dia jawab yang dia mahu kasut berwarna coklat. Bapanya pula jawab tak cair ke coklat bila kena panas, "What the hell man..??", "lawak apa ni??" dan paling sedih sekali selepas cikgu aku bercerita dia ketawa sendiri sampai keluar air mata. Kami semua terpinga² dan sejak dari hari itu aku memang lansung tak beri fokus pada subjek sejarah. Lebih² lagi dengan sejarah penubuhan kerajaan tanah melayu sebelum dan selepas merdeka. Tapi itu kisah 15 - 16 tahun dulu. Nasib baik aku peka dan cuba betulkan keadaan dan nasib baik juga aku tidak beri tumpuan pada subjek sejarah waktu dibangku sekolah dulu. Kenapa aku cakap begitu? sebab sejarah yang diajar lansung tidak tepat dan penuh dengan cerita manipulasi.
Sejauh mana kita suka dengan cerita kemerdekaan negara?? dan sejauh mana kebenarannya??. Well, apa yang aku tahu adalah dari sebelum Jepun menebarkan bendera dan jajahannya di tanah melayu, kita telahpun dikerah dan diperah oleh kolonial British, dasar pecah dan perintah diperkenalkan, dan pada masa yang sama orang- orang Cina dari tanah besar China dibawa datang untuk menjalankan kerja-kerja melombong bijih timah, manakala orang-orang India pula dibawa dari India untuk bekerja diladang getah sebagai penoreh getah, pada waktu itu tanah melayu memang kaya dengan hasil bijih timah dan getah dan pada masa yang sama juga permintaannya sangat tinggi. Manakala orang-orang melayu pula disuruh duduk dikawasan kampung dan bercucuk tanam. Tanpa mengenal warna kulit mahupun pegangan agama, mereka semua ini adalah golongan 'working class' bagi aku. Jadi seperti biasa golongan-golongan ini memang rasa tertindas dan tertekan lalu akibat dari tekanan ini secara senyap tertubuhlah beberapa kumpulan pekerja yang tidak silap aku bermula dikalangan orang-orang cina di kawasan lombong bijih timah. Kesatuan pekerja ini pada asalnya cuba untuk berjuang mendapatkan hak mereka sebagai pekerja dan pada masa yang sama wujud juga kumpulan-kumpulan orang melayu yang mendaat kesedaran untuk menghalau orang-orang British pada ketika itu. Mereka selalu mengadakan perjumpaan dan beri penerangan tentang keburukkan penjajah. Ini tanah kita dan kenapa perlu dikawal oleh orang lain. Apa nak buat, sultan-sultan yang bijak pandai pada waktu itu telah ditipu bulat-bulat oleh penjajah dan menyebabkan tanah kita terjajah. (aku akan terangkan pada entri yang lain). Apabila perang dunia kedua tercetus kuasa Axis yang terdiri dari Jepun telah cuba untuk menakluk tanah melayu dan juga tanah-tanah yang ada disekitar Asia. British tidaklah sekuat mana dan mereka cabut lari ke Singapura meninggalkan tanah melayu, pada masa yang sama juga mereka cuba menubuhkan askar melayu walaubagaimana pun tidak cukup kuat untuk menentang tentera Jepun. Manakala orang-orang cina pula lari kedalam hutan dan sini mulanya petak pertama untuk kumpulan komunis. 3 tahun selepas itu, Jepun menyerang kalah dan cabut pulang. Kesilapan paling silap yang pernah kita lakukan dulu adalah dengan memanggil semula British untuk membersihkan semula kekotoran ditanah melayu selepas peningglan Jepun. Kita memang silap besar, terlalu naif dan akibatnya British menjajah semula. Banyak pertubuhan menuntut kemerdekaan ditubukan seperti API, AWAS. PKM dan yang lain termasuklah PEKEMBAR yang ditubuhkan oleh Onn Jaafar. Yes, itulah nama asal UMNO sebelum British  membuat manipulasi terhadap pertubuhan ini. Jika orang-orang UMNO nak cerita lebih pasal perjuangan melayu, 'ketuanan melayu' sila kaji pasal PEKEMBAR dulu sebelum nak cerita lebih dengan aku slogan utama mereka adalah "merdeka". Lama kelamaan pertubuhan-pertubuhan ini berjaya memberi pengetahuan kepada semua golongan masyarakat pada ketika itu tentang betapa pentingnya kita usir British dan dapatkan kemerdekan walaupun British terlalu liat untuk diusir hinggalah HARI HARTAL wujud pada oktober 1947 iaitu 0 tahun sebelum merdeka. HARI HARTAL lebih kepada melmpuhkan segala yang ada pada ketika itu, seperti orang tidak keluar rumah untuk bekerja, kedai-kedai tutup dan keadaan sangat aman dan tenang. Ianya adalah satu kejayaan bila pihak British rasa mereka ditekan, lalu mereka menjalankan operasi penangkapan secara besar-besaran terhadap pemimpin-pemimpin dan ketua-ketua pertubuhan menuntut kemerdekaan pada ketika itu. Ramai yang lari masuk kedalam hutan lalu bergabung bersama pihak komunis yang terlebih dahulu telah ada didalam hutan sejak Jepun datang ketanah melayu lagi., tapi masih ke kawasan kampung-kampung yang berdekatan untuk dapatkan bekalan makanan, ada juga yang dicekup lalu di kurung di Pulau jerejak. Terlalu ramai nama yang perlu aku senaraikan sebagai manusia-manusia yang berusaha keras menuntut kemerdekaan. Operasi untuk menangkap pejuang menuntut kemerdekaan semakin hebat, pihak British membakar mana-mana kampung yang terlibat dari segi menyalurkan makana pada mereka yang lari kedalam hutan, orang-orang kampung dipindahkan dan lebih dasyat lagi dakyah palsu telah disebarkan dengan meluas, pihak British cuba beritahu pada orang ramai bahawa kumpulan-kumpulan komunis ini telah bertindak ganas dengan membakar kampung serta melarikan makanan dan sebagainya. Padahal ianya hanyalah satu taktik untuk orang membenci komunis. Pihak British mendapat tentangan dan tekanan yang hebat lalu memilih juga mengiktiraf UMNO sebagai satu parti yang layak untuk mengemudi tanah melayu jika pihak British pulang ke England nanti. Tunku Abdul Rahman yang cuba untuk mendapatkan kemerdekaan akibat dari rasa bersalah diatas kesilapan raja-raja terdahulu yang dengan mudah membiarkan tanah melayu dijajah oleh pihak luar telah berusaha keras untuk mendapatkan kemerdekaan. Akibatnya kita mendapat kemerdekaan dengan cara berat sebelah, banyak persetujuaan cuba didapatkan oleh pihak British dengan PKM dari dalam hutan melalui Tunku Abdul Rahman, malangnya kata sepakat lansung tidak berjaya dicipta. Dipendekkan cerita British telah memberi kemerdekaan pada tanah melayu walaupun pada dasarnya kita telah merdeka tapi secara tersurat dan tersirat terlalu banak perkara yang terus berselirat hingga kini. Orang-orang yang duduk didalam hutan dituduh sebagai musuh negara padahal mereka yang pada mulanya mencetuskan gerakan memperjuangkan kemerdekaan. Kisah ini belum lagi dikupas sedalam-dalamnya tapi apa yang aku pasti subjek sejarah yang aku belajar disekolah memang sangat jauh bezanya dengan apa yang aku fahami dan dalami selepas zaman persekolahan.

Terlalu banyak penipuan..

Flying canoes.

Ini produk baru, ini produk panas, jika duit cukup aku akan ke Oslo,Norway bulan April ini untuk lihat mereka. Jika tidak aku hanya dengar dari jauh sahaja.

Saturday, 5 February 2011

The Swell Season, fluffy pancake, coffee and fresh milk.

Mata aku terbuka selepas hidung ditujah dengan bau kopi yang sedang hangat diseduh, telinga tenang menyerap alunan suara Glen Hansard dan Marketa Irglova. Badan menggeliat ke kiri dan kanan, aku dikejutkan dengan satu suapan dari 'super wife'. Oh secebis pan cake didalam mulut, aku bingkas bangun, beri pelukan, genyeh mata capai mug tuang susu dan tuang kopi. Duduk dikerusi sekeping pan cake juga bersama jam blueberry diberi. Aku tujah kedalam mulut segigit demi segigit. Aku lihat keadaan sekeliling, aku lihat dinding berwarna biru, aku lihat cahaya matahari masuk menyelinap kedalam, aku lihat 'super wife' tersenyum, aku lihat gitar, aku lihat pasu berisi daun teh ditengah meja, aku lihat coffee maker, aku juga lihat diri aku. Satu lagi sejarah sudahpun dilakar, satu lagi plot sudah tertulis, satu lagi kisah kegembiraan , satu lagi kisah senyuman milik aku dan dia. Walaupun apapun hidup memang terus menerus berpusing dan kita adalah objeknya. Hidup memang akan terus tinggalkan hari semalam dan kita mangsanya.

Tapi aku gembira dan aku tenang sekarang bila lihat setiap pusingan kehidupan aku.

Wednesday, 2 February 2011

31 hari di neraka.

Sudah masuk minggu ketiga aku bekerja tanpa henti, isnin sampai jumaat,sabtu dengan ahad, isnin lagi sampai jumaat dan seterusnya sampai ke hari ini. Esok, lusa, tulat dan tonggeng juga aku kerja selagi pesawat yang diselenggara ini tidak terbang pulang ke Brisbane. Ini hakikat yang terpaksa aku terima, ini juga perjalanan hidup yang terpaksa aku lalui sebelum aku jumpa jalan lain. Terlalu banyak benda berharga terpaksa aku korbankan, terlalu banyak tenaga terpaksa aku kerahkan dan terlalu banyak sel² otak terpaksa aku perahkan.

Damn..!! bila aku boleh cuti??

Not this time.

Sekarang bukannya masa untuk kita kenang kisah lama hingga bergenang air mata, sekarang bukannya masa untuk kita sesalkan apa yang sepatutnya kita perlu kesal, sekarang juga bukan masanya untuk kita tangis atau tagih segala kesempitan dan keperitan hasil dari kisah lama.

"I always knew looking back on the tears would make me laugh, but I never knew looking back on the laughs would make me cry."

Tuesday, 1 February 2011

Bangun melawan.











Diatas adalah beberapa cebis gambar tentang revolusi menggulingkan kerajaan korup di Mesir. Norma-norma serta aura mereka sedang berselirat dari satu negara ke satu negara yang lain dimana pemimpinya kotor lagi jijik. Dari Tunisia ke Jordan lalu ke Yaman dan kini di Cairo, Mesir.
Kalau kau tengok kotak tv semalam, dalam berita mereka cakap akibat dari rusuhan ini berlakunya kes kecurian, pecah rumah dan rompakan. bullshit!! itu semua kencing, tu semua taktik lembap. Hosni mubarak (presiden Mesir) upah polis utk menyamar jadi penyamun, pencuri dan perompak dengan tujuan untuk menakut²kan orang lain, dengan tujuan untuk beri gambaran yang rusuhan demo di jalanan adalah punca kepada kecurian dan rompakan.

"Viva la revolution"
© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law