Thursday, 24 February 2011

The great lefthanded.

Orang banyak kata sesiapa yang kidal atau lebih menggunakan tangan kiri dari tangan kanannya adalah terdiri diantara manusia² yang berjaya dalam setiap apa bidang yang diceburinya, tak kiralah sukan, muzik, seni, dan lain², ada juga yang beritahu sesiapa yang kidal lebih bijak dan 'brilliant' dari orang lain. aku seorang kidal, menulis guna tangan kiri, bermain gitar guna tangan kiri, jika hendak makan dengan menggunakan sudu juga kiri, pendek kata setiap pergerakkan aku akan dimulakan dengan tangan kiri, kecuali makan dengan tangan memang aku guna tangan kanan. Jadi aku boleh diangkat sebagai orang tangan kidal. Cuma persoalannya aku masih belum berjaya dengan setiap bidang yang aku ceburi. Jika hendak pusingkan kembali jarum jam, hari, bulan dan tahun² kebelakang, sudah terlalu banyak benda yang aku cuba ceburi tapi semuanya kurang berjaya. Dulu zaman sekolah aku suka menulis dan pernah 1 esei aku masuk kedalam sebuah majalah pendidikan, Dewan Siswa jika aku tidak silap. Maka aku jadikan ianya sebagai satu titik permulaan untuk menulis, aku pujuk emak aku untuk beli sebuah mesin taip, 2 buah cerpen aku berjaya siapkan, tapi cerpen picisan yang tidak ada arah tujuan dan akhirnya mesin taip itu diseliputi debu dan duduk diam didalam almari, lepas zaman sekolah aku buat band dan fokus pada band aku, macam² jenis orang keluar masuk didalam band aku, pelbagai elemen muzik diterapkan kedalam band aku tapi hingga ke hari ini band itu masih tak berjaya buat tour pusing satu Asia pun dalam ertikata lain tak mampu jadi popular pun, dalam pada masa yang sama aku sambung belajar, aku ambil lukisan kejuruteraan mekanikal dengan harapan boleh jadi somebody, sangkaan aku meleset kerana kerja yang aku lakukan sekarang tidak ada kena mengena dengan lukisan kejuruteraan pun, dalam pada masa yang sama juga aku pernah tubuhkan sebuah syarikat rakaman 'indipendent', kami banyak lansungkan gig² disekitar Kuala Lumpur, tak perlu cerita panjang lebar syarikat rakaman inilah yang  menaikkan band ONE BUCK SHORT dipersada seni. Tapi malangnya akibat dari perbezaan pendapat dan prinsip aku angkat kaki, peluang untuk jadi seperti Ahmad Idzham Omar dari Positive Tone hancur berkecai walaupun aku sering 'organized' lebih banyak siri gig selepas itu, kemudian aku dan 2 orang rakan aku keluar modal dan kami buka sebuah kedai makanan barat kecil²an, siapa rasa meliur untuk makan steak di Victoria Station tapi poket tidak cukup boleh datang ke kedai kami, aku berani kerat jari yang rasa steak kami serta sos lada hitamnya sama 'standard' dengan Victoria Station kerana salah seorang 'patner' aku pernah bekerja di Victoria station, sayang sekali selepas aku tahu bagaimana untuk memasak segala jenis masakan barat, kedai kami tutup akibat dari beberapa perkara yang tak mampu untuk dielakkan, aku juga tidak punya kapital yang banyak untuk teruskannya. Maka peluang untuk jadi lebih terkenal dari Jamie Oliver melayang. Tak lama selepas itu aku mula berkecimpung didalam bidang penerbitan majalah pula, ini semua hasil idea dari seorang lagi rakan. Yes aku dan lain² pernah hasilkan sebuah Majalah muzik, aku pernah menjadi editor, penulis malah wartawan untuk majalah ini. Kami berjaya peningkan kepala 'competitor' tapi tidak mampu bertahan lama kerana kami tidak ada pasukan pemasaran yang kuat untuk cari untung dan sekali lagi aku tersungkur. Terlalu banyak untuk disenaraikan kisah dan plot perjalanan hidup aku seperti cuba untuk jadi pakar x-ray kapal terbang, cuba untuk buat band post-rock yang lebih hebat dari SIGUR ROS atau EXPLOSION IN THE SKY, cuba untuk bawa band² dari luar dan beraksi 'live' disini seperti MEW, bikin filem paling 'rare' dan macam-macam lagi dan kebanyakkannya menemui jalan buntu, aku masih belum berjaya, aku masih belum boleh mendabik dada. Jadi bagi aku sama ada aku kidal atau tidak ianya bukan ukuran kepada setiap kejayaan yang aku mahu capai.

When life gives you a hundred reasons to cry, show life that you have a thousand reasons to smile.

0 comments:

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law