Sunday, 6 February 2011

Mencari kisah palsu.

Kata orang sejarah sangat penting untuk kehidupan kita, sejarah adalah petunjuk kepada kisah² silam, sejarah adalah susur galur sebuah perjalanan. Waktu aku disekolah dulu, subjek sejarah memang tidak ada tempat lansung didalam hati, ianya gara² cikgu sejarah aku buat kelakar tak jadi pada hari pertama persekolahan didepan pelajar yang bagi aku dan semua rakan² yang lain rasa tidak kelakar lansung. Dia cuba buka cerita sejarah hidupnya semasa kecil tentang bagaimana dia membuat persiapan hari raya, pada waktu itu bapanya hendak ke pekan untuk beli baju dan kasut raya, lalu bapanya tanya kasut warna apa yang dia suka, lalu dia jawab yang dia mahu kasut berwarna coklat. Bapanya pula jawab tak cair ke coklat bila kena panas, "What the hell man..??", "lawak apa ni??" dan paling sedih sekali selepas cikgu aku bercerita dia ketawa sendiri sampai keluar air mata. Kami semua terpinga² dan sejak dari hari itu aku memang lansung tak beri fokus pada subjek sejarah. Lebih² lagi dengan sejarah penubuhan kerajaan tanah melayu sebelum dan selepas merdeka. Tapi itu kisah 15 - 16 tahun dulu. Nasib baik aku peka dan cuba betulkan keadaan dan nasib baik juga aku tidak beri tumpuan pada subjek sejarah waktu dibangku sekolah dulu. Kenapa aku cakap begitu? sebab sejarah yang diajar lansung tidak tepat dan penuh dengan cerita manipulasi.
Sejauh mana kita suka dengan cerita kemerdekaan negara?? dan sejauh mana kebenarannya??. Well, apa yang aku tahu adalah dari sebelum Jepun menebarkan bendera dan jajahannya di tanah melayu, kita telahpun dikerah dan diperah oleh kolonial British, dasar pecah dan perintah diperkenalkan, dan pada masa yang sama orang- orang Cina dari tanah besar China dibawa datang untuk menjalankan kerja-kerja melombong bijih timah, manakala orang-orang India pula dibawa dari India untuk bekerja diladang getah sebagai penoreh getah, pada waktu itu tanah melayu memang kaya dengan hasil bijih timah dan getah dan pada masa yang sama juga permintaannya sangat tinggi. Manakala orang-orang melayu pula disuruh duduk dikawasan kampung dan bercucuk tanam. Tanpa mengenal warna kulit mahupun pegangan agama, mereka semua ini adalah golongan 'working class' bagi aku. Jadi seperti biasa golongan-golongan ini memang rasa tertindas dan tertekan lalu akibat dari tekanan ini secara senyap tertubuhlah beberapa kumpulan pekerja yang tidak silap aku bermula dikalangan orang-orang cina di kawasan lombong bijih timah. Kesatuan pekerja ini pada asalnya cuba untuk berjuang mendapatkan hak mereka sebagai pekerja dan pada masa yang sama wujud juga kumpulan-kumpulan orang melayu yang mendaat kesedaran untuk menghalau orang-orang British pada ketika itu. Mereka selalu mengadakan perjumpaan dan beri penerangan tentang keburukkan penjajah. Ini tanah kita dan kenapa perlu dikawal oleh orang lain. Apa nak buat, sultan-sultan yang bijak pandai pada waktu itu telah ditipu bulat-bulat oleh penjajah dan menyebabkan tanah kita terjajah. (aku akan terangkan pada entri yang lain). Apabila perang dunia kedua tercetus kuasa Axis yang terdiri dari Jepun telah cuba untuk menakluk tanah melayu dan juga tanah-tanah yang ada disekitar Asia. British tidaklah sekuat mana dan mereka cabut lari ke Singapura meninggalkan tanah melayu, pada masa yang sama juga mereka cuba menubuhkan askar melayu walaubagaimana pun tidak cukup kuat untuk menentang tentera Jepun. Manakala orang-orang cina pula lari kedalam hutan dan sini mulanya petak pertama untuk kumpulan komunis. 3 tahun selepas itu, Jepun menyerang kalah dan cabut pulang. Kesilapan paling silap yang pernah kita lakukan dulu adalah dengan memanggil semula British untuk membersihkan semula kekotoran ditanah melayu selepas peningglan Jepun. Kita memang silap besar, terlalu naif dan akibatnya British menjajah semula. Banyak pertubuhan menuntut kemerdekaan ditubukan seperti API, AWAS. PKM dan yang lain termasuklah PEKEMBAR yang ditubuhkan oleh Onn Jaafar. Yes, itulah nama asal UMNO sebelum British  membuat manipulasi terhadap pertubuhan ini. Jika orang-orang UMNO nak cerita lebih pasal perjuangan melayu, 'ketuanan melayu' sila kaji pasal PEKEMBAR dulu sebelum nak cerita lebih dengan aku slogan utama mereka adalah "merdeka". Lama kelamaan pertubuhan-pertubuhan ini berjaya memberi pengetahuan kepada semua golongan masyarakat pada ketika itu tentang betapa pentingnya kita usir British dan dapatkan kemerdekan walaupun British terlalu liat untuk diusir hinggalah HARI HARTAL wujud pada oktober 1947 iaitu 0 tahun sebelum merdeka. HARI HARTAL lebih kepada melmpuhkan segala yang ada pada ketika itu, seperti orang tidak keluar rumah untuk bekerja, kedai-kedai tutup dan keadaan sangat aman dan tenang. Ianya adalah satu kejayaan bila pihak British rasa mereka ditekan, lalu mereka menjalankan operasi penangkapan secara besar-besaran terhadap pemimpin-pemimpin dan ketua-ketua pertubuhan menuntut kemerdekaan pada ketika itu. Ramai yang lari masuk kedalam hutan lalu bergabung bersama pihak komunis yang terlebih dahulu telah ada didalam hutan sejak Jepun datang ketanah melayu lagi., tapi masih ke kawasan kampung-kampung yang berdekatan untuk dapatkan bekalan makanan, ada juga yang dicekup lalu di kurung di Pulau jerejak. Terlalu ramai nama yang perlu aku senaraikan sebagai manusia-manusia yang berusaha keras menuntut kemerdekaan. Operasi untuk menangkap pejuang menuntut kemerdekaan semakin hebat, pihak British membakar mana-mana kampung yang terlibat dari segi menyalurkan makana pada mereka yang lari kedalam hutan, orang-orang kampung dipindahkan dan lebih dasyat lagi dakyah palsu telah disebarkan dengan meluas, pihak British cuba beritahu pada orang ramai bahawa kumpulan-kumpulan komunis ini telah bertindak ganas dengan membakar kampung serta melarikan makanan dan sebagainya. Padahal ianya hanyalah satu taktik untuk orang membenci komunis. Pihak British mendapat tentangan dan tekanan yang hebat lalu memilih juga mengiktiraf UMNO sebagai satu parti yang layak untuk mengemudi tanah melayu jika pihak British pulang ke England nanti. Tunku Abdul Rahman yang cuba untuk mendapatkan kemerdekaan akibat dari rasa bersalah diatas kesilapan raja-raja terdahulu yang dengan mudah membiarkan tanah melayu dijajah oleh pihak luar telah berusaha keras untuk mendapatkan kemerdekaan. Akibatnya kita mendapat kemerdekaan dengan cara berat sebelah, banyak persetujuaan cuba didapatkan oleh pihak British dengan PKM dari dalam hutan melalui Tunku Abdul Rahman, malangnya kata sepakat lansung tidak berjaya dicipta. Dipendekkan cerita British telah memberi kemerdekaan pada tanah melayu walaupun pada dasarnya kita telah merdeka tapi secara tersurat dan tersirat terlalu banak perkara yang terus berselirat hingga kini. Orang-orang yang duduk didalam hutan dituduh sebagai musuh negara padahal mereka yang pada mulanya mencetuskan gerakan memperjuangkan kemerdekaan. Kisah ini belum lagi dikupas sedalam-dalamnya tapi apa yang aku pasti subjek sejarah yang aku belajar disekolah memang sangat jauh bezanya dengan apa yang aku fahami dan dalami selepas zaman persekolahan.

Terlalu banyak penipuan..

0 comments:

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law