Sudah masuk minggu ketiga aku bekerja tanpa henti, isnin sampai jumaat,sabtu dengan ahad, isnin lagi sampai jumaat dan seterusnya sampai ke hari ini. Esok, lusa, tulat dan tonggeng juga aku kerja selagi pesawat yang diselenggara ini tidak terbang pulang ke Brisbane. Ini hakikat yang terpaksa aku terima, ini juga perjalanan hidup yang terpaksa aku lalui sebelum aku jumpa jalan lain. Terlalu banyak benda berharga terpaksa aku korbankan, terlalu banyak tenaga terpaksa aku kerahkan dan terlalu banyak sel² otak terpaksa aku perahkan.
Damn..!! bila aku boleh cuti??
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
0 comments:
Post a Comment