Mata aku terbuka selepas hidung ditujah dengan bau kopi yang sedang hangat diseduh, telinga tenang menyerap alunan suara Glen Hansard dan Marketa Irglova. Badan menggeliat ke kiri dan kanan, aku dikejutkan dengan satu suapan dari 'super wife'. Oh secebis pan cake didalam mulut, aku bingkas bangun, beri pelukan, genyeh mata capai mug tuang susu dan tuang kopi. Duduk dikerusi sekeping pan cake juga bersama jam blueberry diberi. Aku tujah kedalam mulut segigit demi segigit. Aku lihat keadaan sekeliling, aku lihat dinding berwarna biru, aku lihat cahaya matahari masuk menyelinap kedalam, aku lihat 'super wife' tersenyum, aku lihat gitar, aku lihat pasu berisi daun teh ditengah meja, aku lihat coffee maker, aku juga lihat diri aku. Satu lagi sejarah sudahpun dilakar, satu lagi plot sudah tertulis, satu lagi kisah kegembiraan , satu lagi kisah senyuman milik aku dan dia. Walaupun apapun hidup memang terus menerus berpusing dan kita adalah objeknya. Hidup memang akan terus tinggalkan hari semalam dan kita mangsanya.
Tapi aku gembira dan aku tenang sekarang bila lihat setiap pusingan kehidupan aku.
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
0 comments:
Post a Comment