Frank Tan adalah seorang lelaki berketurunan cina yang sudah menjangkau 50an, dia seorang jurutera ditempat kerja aku, dia orang Malaysia tapi disebabkan dari kecil dia sudah tinggalkan negara ini, dia sudah jadi PR untuk negara Australia, dia mempunyai 2 orang anak yang kini sudah memasuki umur 20an, walaubagaimana pun dia sudah berpisah dengan isterinya, perpisahan itu menyebabkan dia pulang semula ke Malaysia berseorangan. dia obses pada PINK FLOYD, dia kaki makan dan dia juga seorang yang 'cool'. Tetapi malangnya dia tidak fasih berbahasa mandarin juga kurang tahu berbahasa melayu. Bahasa ibundanya adalah inggeris. 2 tahun yang lalu kami bekerja dibawah satu bumbung yang sama, dan hasil dari itu aku amat rapat dengan dia, kami keluar tonton movie, pergi makan², lepak minum², pergi ke kedai alat muzik kerana hobi nya adalah bermain gitar. aku faham, disebabkan dia jauh dari anak²nya buatkan dia seperti rasa aku ni adalah anaknya disini. Mungkin aku adalah tempat untuk dia lempiaskan rasa rindunya pada anak². Aku tidak kisah pun, aku ikhlas berkawan dan selain dari itu dia juga boleh diangkat sebagai seorang 'playboy' paling gentleman sebab selalunya dia akan beritahu pada aku setiap gadis yang dia berjaya jumpa. Pelbagai jenis etnik perempuan dia berjaya dapat. Mungkin status dia sebagai seorang jurutera dan juga nampak seperti seorang yang punya banyak kapital telah berjaya menyeret mana² gadis, perempuan mahupun wanita di kelab² kelab malam untuk pulang kerumahnya. Aku tumpang gembira bila dia rasa gembira. Itu kehidupannya. Pada Majlis perkahwinan aku, dia datang dan jadi antara penyumbang kewangan yang paling tinggi yang pernah aku terima. Tapi sejak aku sudah berkahwin kami jarang bercerita tentang perempuan² yang dia jumpa. Cuma pagi tadi dia sudah cerita pada aku pasal hal perjudian di Kasino pula.
Aku hanya mampu tepuk dahi.
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
0 comments:
Post a Comment