Hari-hari terakhir sebelum kapal aku hendak terbang adalah saat dan detik paling genting buat aku juga rakan sekerja aku. Segala kertas kerja harus disiapkan dan lebih mencabar lagi, aku harus terus hantar email secepat mungkin segala dokumen-dokumen penting ke pejabat syarikat Strategic Air di Brisbane. Jika tidak dapat 'clearence' dari mereka kapal tidak boleh terbang, pilot yang datang dari Brisbane sejak semalam pasti akan mengamuk, 'higher management' akan panas bontot, aku pula akan kena panah petir. Damn!! segala urusan harus disiapkan cepat, aku pandang ke arah jam sudah masuk pukul 5, jika di Malaysia pukul 5 maka di Brisbane akan lebih cepat 3 jam. Pukul 8 malam, rasanya Slavika si pegawai perancang di Brisbane pasti sudah balik. Sebab aku pernah bekerja dengan dia dua minggu yang lalu sewaktu dia berada disini dan aku seperti faham yang dia takkan tunggu sampai habis. Nah lupakan tugas paling utama adalah hantar email kepadanya apabila semuanya selesai, jadi dia sepatutnya tunggu hingga aku email segala dokumen kepada dia dan terus dapatkan 'clearance' disana. "This is an aviation industry, the price that she have to pay". Jika kami di sini berkorban untuk terbangkan kapal milik syarikatnya, maka dia pun sepatutnya turut sama bantu kami. Berbalik pada situasi di dalam perut pejabat aku. Nazry sedang sibuk 'scan' segala dokumen yang sudah siap, ianya melebihi 200 mukasurat, aku pula sedang semak satu persatu, helai demi helai segala hitam dan putih, segala tandatangan, 'approval stamp' juga cari apa-apa kesalahan yang berlaku diatas kertas, 'engineer' yang lain sedang sibuk siapkan segala kertas kerja yang masih belum selesai. Matt selaku wakil yang tinggal dari Strategic Air juga sedang menyemak segala perkara-perkara teknikal diatas kertas, masing-masing dengan kerja masing, semua sedang beri fokus, objektif utama untuk pastikan kapal terbang siap dan sedia untuk berlepas pada esok paginya. Dalam keadaan yang aak tegang dan genting tiba-tiba datang seorang budak lelaki meluru kearah aku dan Nazry, dia tanya.
"Bang...ada tisu tak..?? bagi sikit??" Tanya budak itu.
Nazry toleh "Hah...??"
"Tisu...ade tak??" Tanya budak itu lagi.
Aku terkejut dengan soalan dia lalu cakap "Come on..we just handle paperwork not tissue.."
Bila masa pula meja aku tukar jadi kaunter kedai mamak.
"WTF.."
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
0 comments:
Post a Comment