Kewujudan laman-laman sosial seperti facebook adalah satu jambatan kepada kewujudan sesebuah pertalian, saudara-mara yang jauh dimata, yang sudah hilang dihati dapat dipertemukan semula, rakan-rakan yang dulunya sehidup semati, yang mahu jumpa hari-hari tapi lesap, kini dapat disatukan semula, itulah kuasa yang ada pada kita sekarang. Arakian dengan kecanggihan teknologi ini, kawan-kawan aku pada zaman persekolahan dahulu cuba untuk buat satu perjumpaan, satu 'reunion' setelah berbelas tahun hilang tanpa khabar berita, maka berduyun-duyun jemputan dilemparkan pada kotak surat 'page' aku, mereka minta untuk semua hadir, bawa anak, bawa isteri, bawa segala kisah-kisah silam untuk dihangatkan kembali. 'Damn' ini bukan cara aku, jika sudah lama tidak jumpa mari duduk semeja dan kita sembang berjela-jela. Tidak perlu makan, tidak perlu aktiviti kekeluargaan seperti sukaneka mahupun ber-karaoke, tidak perlu 'club house' mahupun restoran-restoran mewah. Kita hanya mahu tahu perjalan hidup yang pernah dilalui juga yang seterusnya. Jadi aku ambil keputusan untuk tidak pergi ke majlis 'reunion' kelas aku, dengan alasan.
"Maaf, aku malu untuk berjumpa dengan semua orang kerana aku belum berjaya jadi doktor PHD lagi.."
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
0 comments:
Post a Comment