Sunday, 6 February 2011

The Green Hornet.

Aku sukar untuk buat review tentang filem-filem perdana, filem-filem yang mengeluarkan jutaan dollar, lebih-lebih lagi filem dari Hollywood. Muak, senak, sesak, bosan tak cool, semua ada. Lagipun benda yang tidak 'rare' memang jarang digunakan dalam setiap 'chapter' tentang aku. Tapi ianya tidak bermakna aku 'against' semua perkara yang aku ceritakan tadi, tipulah jika aku tidak keluar menonton wayang filem-filem dari Hollywood. Cuma jika filem itu berunsur 'super hero', aksi ganas dan sains fiksyen memang awal-awal aku sudah tolak. Biasalah cerita super hero memang akhir cerita dia akan menang. Aku lebih gemarkan cerita komedi, cerita yang buat aku berfikir. Jadi minggu lalu akibat kepala sangat sarat dan berselirat dengan segala sepak terajang ditempat kerja aku dan 'super wife' ambil keputusan untuk pergi tonton wayang, tapi malangnya tidak ada filem yang mampu lepaskan aku dari bilik penjara, yang ada cuma THE GREEN HORNET. Yes, sebuah cerita super hero. Aku gagahkan juga tonton kerana watak utamanya adalah Seth Rogen, aku sangat suka Seth Rogen terutama selepas tonton filem dia yang lalu iaitu PINEAPLLE EXPRESS. Bila ada Seth Rogen pasti ada gelak ketawa, bila berjaya gelak mungkin boleh lepas dari penjara. Pilihan kami tidak sia-sia, Seth Rogen berjaya jadi kunci utama, Jay Chou agak 'cool', Cameon Diaz tidak ada peluang lansung untuk jadi seperti apa yang dia selalu jadi dalam filem-filemnya yang lalu juga Christoph Waltz yang berjaya pegang watak jahat. Filem 'super hero' yang taklah berapa nak hero sangat, filem 'super hero' yang berjaya lari dari naratif sebenar dan komedinya 'A'. Seth Rogn yang tulis cerita ini dan aku percaya dari situ dia berjaya memanipulasikan watak dan skripnya.

Siapa mahu ketawa sila tonton filem ini.





0 comments:

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law