Dulu semalam, aku tidak bekerja, aku cuti dan berehat, walaubagaimana pun aku harus ke tempat kerja untuk beli tiket penerbagan. Selepas hantar 'super wife' ke tempat kerja nya aku berhenti dan duduk di kedai mamak, tingkah laku rutin bila di kedai mamak adalah untuk minum kopi juga hisap rokok. Ianya seperti valium untuk aku sebelum memulakan hari. Maka duduklah aku keseorangan sambil hirup kopi juga sedut asap rokok. Kedengaran lagu² tamil secara halus masuk kedalam telinga. Semua orang senyap menikmati rezeki masing², aku juga diam tapi neuron² didalam otak aku telah pun mula bekerja akibat dari penangan kafein dan nikotin. aku suka saat ini, saat dimana aku kembali hidup. Mata aku merenung jauh, fikiran aku terus bangun dari jatuh. Disebelah meja aku diduduki oleh 2 orang makcik yang sudah jangkau umur emak aku, mungking. Baru balik dari pasar, mungkin. Atau mahu jumpa kawan lama, mungkin. Mereka mula minum teh tarik. Salah seorang dari mereka sedang menyelah satu persatu helaian surat khabar Kosmo, lalu mereka bersembang sambil pandang keliling aku tidak berapa dengar,
"Budak² sekarang Mah..nak keje pun malas..jadi kutu jelah, mak bapak support semua..."
"Betul..betul.."
Bila aku lihat seorang makcik sambil baca akhbar tabloid dan cuba membuat rumusan tentang kehidupan anak muda, aku teringat kembali tentang petikan didalam artikel yang berbunyi Orang melayu dibahagikan kepada empat kategori. Pertama urban Malays, kedua semi urban Malays, ketiga rural Malays dan keempat Felda Malays."
Jadi aku rasa kedua² makcik itu mungkin dari golongan Urban malays, kan?
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
0 comments:
Post a Comment