Thursday, 30 April 2009

Keputusan drastik.

Beberapa bulan yang lalu ketika aku ke Penang bersama rakan² salah satu perkara pelik yang kami nampak disana adalah, kebanyakkan kenderaan yang lalu-lalang majoriti pemandunya atau penumpangnya pasti sedang makan. Tidak kiralah makanan berat atau ringan tetapi kebanyakkannya memang sedang makan. Setelah lama berfikir kami membuat keputusan drastik untuk pergi ke Penang semula dan buat kajian. So esok aku dan rakan² akan ke Penang.

Ada sesiapa nak ikut??

sepuluh hari sudah berlalu.

Hari-hari aku kurang makan, hari-hari lepas balik kerja aku pergi jogging, hari-hari jika ada aktiviti makan bersama rakan² aku pasti akan elak atau jika pergi aku akan kurang makan, jika dulu ditempat kerja kalau hendak pergi ke pejabat lain ditingkat atas aku akan naik lif, tetapi sekarang akan berkejar pakai tangga, hari-hari juga aku akan berjalan pegi ke pejabat 'client' walaupun jauh semata² untuk sentiasa cergas. Aku benar² obses untuk kurangkan berat badan. Selepas 10 hari berlalu sudah ada beberapa kawan tegur cakap badan dah susut, baju t-shirt size L pun sudah longgar, bila timbang memang sudah nampak kurang beberapa kilo. Tetapi malangnya bila tengok cermin aku tak nampak apa² perbezaan.

Oh tidak!! Damn..!! aku bakal kena penyakit anoreksia.

Bukan cerita semalam.

Malam yang penuh dengan hingar-bingar, dengan masing² sibuk memberikan tumpuan perhatian pada layar putih serta kotak tv dengan harapan ada yang menang mahupun kalah. Bola sepak sukan utama negara, begitu juga dengan penontonnya masing² ghairah dengan setiap perlawanan. Sambil melihat beberapa susuk tubuh kehulu kehilir untuk memastikan semua makanan atau minuman sampai ke meja pelanggan, dengan hiasan asap rokok serta jeritan sorak para penyokong sudah cukup untuk memanaskan lagi ruang udara yang sudah sedia panas dan di sebuah meja menghala ke layar putih, terdapat empat orang lelaki yang lansung tidak ambil peduli.

"Kau tau tak aku ada baca artikel, kalau kita makan roti canai sekeping sama dengan berlari sejauh 5km untuk membakar semula kalori." Aku sambil meneguk air kopi.

"Hah?? yeke..alamak" Wan yang baru sahaja suap cebisan roti canai kedalam mulut.

"Hishh kau makan 2 keping plak tu, 10km baru boleh hilang ni" Sampuk Aji sambil menyedut rokok.

"Kau diamlah..tengok bola tu" Jelas Wan sambil menguyah.

"Tapi Wan, dalam artikel tu cakap kalau makan roti canai sekeping sama dengan lari 5km, dia tak cerita apa² pun pasal makan roti canai dengan kuar kari kambing, maknanya takde masalah lah" Jawab aku sambil tersenyum.

"Hmmm..betul jugak tu, aku makan roti canai pastu dengan kari kambing, kan panas so nanti bolehlah bakar balik roti canai yang dah masuk dalam perut ni, kan?" Jawab Wan sambil terus mengunyah.

"Yup..good idea..Kah..Kah..Kah"

Wednesday, 29 April 2009

Sedang tidak sedar.

Aku sedang rasa seperti hendak pegang watak Ben Stiller dalam filem 'Meet the parents'. Ada sesiapa yang hendak bawa aku pergi jumpa ibu bapa mereka??

Yes I Am A Long Way From Home

Sejak dari minggu lalu aku telah cuba buat satu perubahan, satu anjakan, satu gambaran lain kedalam diri aku. Sama seperti yang lain, aku juga memang tidak jauh lari dari buat pelbagai kesilapan dan kesalahan namun setiap perubahan itu perlu demi untuk kebaikan semua. Segala²nya cuba diubah, apa yang perlu dikurangkan seperti kurangkan makan dan lebih kan makanan² yang berkhasiat kurangkan hisap rokok contohnya dari 2 batang berturut² selepas minum kopi dipagi hari kepada hanya sebatang, kurangkan minum kopi untuk elakkan hisap rokok berlebihan, tidak lagi obses dengan 'junk food' disebabkan kurang makan makanan berat sebaliknya menyumbat segala jenis buah-buahan. Jika dulu ramai yang sedia maklum aku jenis yang terlalu akan lupa semua benda bila bekerja, kerja sudah seperti kiblat kepada aku. Tetapi kini segala²nya sudah jadi lain, pergi kerja dan kemudiannya pulang awal, berjogging dipetang hari, menghabiskan segala bacaan buku² yang pernah dibeli tetapi tidak lansung disentuh sejak bertahun² lamanya. Dadah sudah lama dilupakan, alkohol bukan kawan aku dan segala macam perkara aku cuba untuk ubah. Yes!! bukan perubahan drastik, bukannya secara terkejut mahupun mendadak tetapi kehidupan harus dihargai dan aku sedang kearah itu. tiada lagi kebencian, tiada lagi kemarahan, tiada lagi tangisan mahupun kesedihan. cinta?? tidak lagi relevan buat masa ini, sex?? 'its an art' bagi aku. Apa sahaja yang berpusing atau bergolak didalam kepala mahupun jiwa aku akan 'immune' satu persatu. Menang atau kalah bukan lagi satu harapan kerana aku sudah puas mengharap walaupun ianya hanyalah sekelumit harapan. Aku tidak pasti bagaimana ianya akan berakhir tetapi biarlah semuanya tidak dilupakan. Semoga aku berjaya supaya dapat dijadikan landasan atau laluan kepada semua walaupun ianya amat jauh.

Ketika menekan papan kekunci aku sedang serap lagu² MOGWAI.

Biarkan ianya berlalu.






Tuesday, 28 April 2009

Glitch.

Sex or love..yang mana satu boleh merumitkan keadaan??

Monday, 27 April 2009

Dialog tanpa prolog #9.5

"let me see ur hand..". Kata dia.

"For what??" Kata aku.

"Bagi jelah, i can know u ada sakit apa after tengok your hand". Kata dia lagi.

"Oh yeke?? hebatnya u, tak menyesal i kenal u, nah" Kata aku sambil sua tangan.

"Ok u tengok ni, yang ade ruang kosong between ur finger ni". Kata dia lagi.

"Yup, nape??" Tanya aku semula.

"u berpeluang cerah untuk dapat heart attack, so just beware.." Kata dia.

"Hah?? betul ke ni, u jangan main²" Kata aku.

"Yelah, so u kene jaga kesihatan u dari sekarang, and i think u should stop hisap rokok". Kata dia lagi.

"Ok tadi i cakap u hebat kan?? sorry i terpaksa tarik balik kata² tu..and menyesal kenal dengan u" Aku.

"Huh??". Dia

Just let her go.

Mimpi tidak selalunya indah.

Malam tadi aku bermimpi sedang berlari didalam dengan laju tetapi rasa amat perlahan, lalu kedengaran bunyi tembakan senapang patah bersilang² kearah aku. Dari jauh aku terlihat sebuah pondok kecil lalu terus kesana dan cepat² buka pintu lalu masuk kedalamnya. Keadaan amat usang serta terdapat banyak benda² berselerak tanpa arah diatas lantai. aku nampak kelibat manusia sedang berjalan kearah aku. Keadaan amat samar² kerana tiada cahaya lampu. Setelah beberapa ketika aku dengar bunyi hembusan nafas semakin dekat lalu terdengar satu bisikan masuk kedalam telinga.

"If someone feel that they had never made a mistake in their life, then it means they had never tried a new thing in their life.." Kata suara itu.

Aku tanya dalam keadaan cemas "Who are you??"

"Albert Einstein" Jawab dia.

aku terus gelak.

Saturday, 25 April 2009

Bantuan emosi.

3 hari lalu selepas pulang dari kerja, aku cuba housekeeping didalam bilik, niat dihati untuk kemaskan segala apa yang nampak berselerak didalam bilik, especially benda² yang terperuk dibawah meja dan dibawah katil, sedang aku cuba keluarkan 1 beg plastik yang penuh berisi dengan cd, tiba² aku terjumpa sekeping cd berwarna putih yang tertulis WINDSOR FOR THE DERBY 'Emotional Rescue'. Beberapa tahun lalu aku pernah jadi penulis muzik untuk sebuah majalah muzik and at the same time memang aku terima banyak cd untuk buat review so aku pun tak pasti macam mana cd ni ada dalam koleksi aku. Lalu aku ambil dan terus pasang di pc, dengar dan terus dengar, serap dan terus serap, lalu lemparkan badan aku keatas katil sambil mata fokus kearah syiling tangan silang dan letak dibelakang kepala dan terus melayang. Selepas 1 jam kemudian, Damn!! aku tak start mengemas pun lagi. Bangun hantar teks ringkas kepada Aim suruh dia surf band ni di internet lalu terus keluar pergi jogging.

Hari ini aku berharap kejap lagi boleh start kemas bilik. Tetapi kepala aku dah terbayang cd "Emotional Rescure".


Membebel.

Sejak dari dulu lagi, sudah ramai orang tidak perasan yang aku sebenarnya sudah tua dari mereka, bukan sebenarnya terlalu tua dari mereka. Tapi rakan² semua still ingat aku muda. Mike pernah tulis dalam Neraka untuk nampak muda kita kena selalu dengar lagu² punk rock. Aku pula sejak dari sepuluh tahun yang lalu dengar semua jenis muzik rock, dari yang keras ke lebih keras hingga ke bunyi yang sukar untuk dipaham pun ada, dari alunan lembut yang lebih lembut dari sutera pun aku ada dengar, tetapi yang penting root nya tetap rock. "Music is my life" mungkin ayat ini bunyinya terlalu taksub, tetapi itulah kebenaran, setiap lagu yang aku dengar pasti akan ada gambaran dan aku setuju jika ada orang cakap kalau dengar muzik rock kita akan nampak sentiasa muda. Kerana ianya terbukti, hingga sekarang aku lebih tekankan kepada orang² disekeliling aku yang sebenarnya ada jurang perbezaan diantara aku dengan mereka. Tetapi jangan risau, aku masih akan jadi rakan sebaya dengan semua orang dalam erti kata lain, kamu semua akan fikir aku sama muda macam kamu. Walaupun emak serta sanak saudara juga rakan² sering kecam aku dengan soalan² kejam tentang dunia perkahwinan, "i just dont give a damn". Aku dah lali, aku dah mampu serap semua tanpa tinggalkan kesan. Tetapi malam tadi sebelum tidur tanpa sedar aku telah hantar satu teks ringkas yang panjang berjela kepada seorang rakan yang jauh lebih muda dari aku dalam erti kata lain 'membebel' tentang kesilapan yang telah dia lakukan sebelum ini. Hati aku puas setelah tekan button sent di handphone. Tetapi pagi ini aku bangun dan rasa menyesal dengan teks ringkas yang aku telah hantar semalam. Lalu berkata.

"Oh god, aku dah tua sebab membebel dekat orang lain" lalu bangun dan memainkan lagu Black heart rebellion dari handphone.

Dadah sedang meresap masuk.

Bunga sedang terbakar.

Keadaan cuaca panas terik sedang melanda, hari² keluar rumah sama seperti melemparkan satu badan kedalam api dan secara tidak sengaja aku teringat pada lagu dibawah dan ketika menyerap masuk kedalam jiwa melalui telinga aku rasa seperti sedang memandu cadillac tanpa bumbung merentas jalan yang kosong dibawah sinaran matahari dan juga hembusan angin, sambil dikiri dan kanan aku penuh dengan padang yang menghijau serta burung² terbang bebas. (sedang senyum)

Sembang politik.

Ketika didalam perut pejabat, ada beberapa lelaki separuh umur sibuk bercerita, sibuk meluahkan agenda², sibuk bagi komen, sibuk kutuk sana dan kutuk sini tentang warna-warni dunia politik yang sedang melanda. Lalu kawan aku datang dekat dan tanya, "kau update tak pasal dunia politik", aku jawab "Lelaki cool mesti lebih tahu dari semua orang tapi tak perlu nak bising² macam ayam baru bertelur" "Maksud kau camne??" Tanya dia lagi. "Ala..Last year time aku kat airport di Amsterdam, kiteorang nak beli tiket train dekat machine tapi tak paham apa yang dorang tulis, tibe² datang 2 orang sekuriti and tolong belikan tiket, lepas die tanye kami dari mana dan aku jawab Malaysia, secara spontan kedua² sekuriti tu sebut nama 'Ooh Mahathir', kita terus rasa terharu time tu and rasa nak patah balik malaysia" Jawab aku. "Hishh aku tak paham la.." Tanya dia semula. "Kau reti membaca kan??" Tanya aku balik. "Mestilah, nape". tanya dia binggung. "Pegi surf and cari sendiri, jangan sibuk nak bukak youtube je." Jawab aku.
"Ala..."

Friday, 24 April 2009

Jika lampu jalan berwarna pink.

Ketika jentera pemusnah sedang meluncur laju, dihiasi cahaya dari lampu² neon ditepi jalan. Sampai di satu simpang satu cahaya merah menular kedalam jentera. Aku berhentikan kereta tanda lampu merah sedang bermaharaja lela, sambil di handphone melalak² lagu dari Smashing Pumpkins, kelihatan sebuah motosikal berhenti disebelah dan terdapat 2 susuk tubuh sedang menunggangnya, cuma nampak lain kerana perempuan duduk didepan dan lelaki membonceng dibelakang sambil peluk erat perempuan dihadapan. Kesemua kami toleh kekiri tanpa perlu dipaksa.

"Kau rasa apa yang dorang tengah fikir kat atas motor tu Wan". Tanya aku kepada Wan.

Sambil masih menoleh kekiri "Huh..!! senang je, dorang ni bukan kaki makan macam kita, tak tau apa nak buat so naik motor peluk kuat²" Wan dengan nada kesal.

"Kalau kau tak kenal aku, mesti kau pun macam ni kan Aji" Tanya Wan lagi kepada Aji.

"Kah...Kah...Kah..

Dialog tanpa prolog #9.4

"huh..napa kat kereta kau ni banyak kesan tapak kaki kucing??" Tanya Zaried sambil garu kepala.

"Ha..aku memang saja biarkan coz, nak orang semua tahu yang aku bela kucing" Jawab aku sambil membuka pintu kereta lalu duduk didalamnya.

"Orang yang bela kucing ni, penyayang..sangat penyayang" Jawab aku lagi sambil memutar kunci untuk hidupkan enjin.

"Orang yang penyayang ni..." aku

"Dah..dah...aku tak nak dengar, apa benda kau cakap mesti nak ada sebabkan" Cantas Zaried sambil menyalakan api rokok.

"Ahaha..baguslah kalau kau dah faham, tolong tanyakan siapa² yang berminat" Jawab aku lagi sambil tekan pedal minyak.

"Ahahaha..malaslah aku, nak carikan untuk kau" Jelas Zaried lagi.

"Carikan apa??" Tanya aku semula sambil pulas steering.

"Short term girlfriend"

"aahahaha..."

Thursday, 23 April 2009

Aku

Sedang berada didalam kotak kecil yang penuh dengan cahaya luna yang tajam, melingkar² tanpa hala tuju. Keresahan sedang berlarutan, maaf aku tidak berada dalam diri aku buat masa ini. Maka tidak mampu untuk bermain dengan papan kekunci.

Wednesday, 22 April 2009

Breve nota informativa

Tengahari semalam sekitar jam 2 petang aku dan rakan² ditempat kerja menghadiri satu 'short briefing' yang dibuat oleh salah seorang pengurus. Seperti biasa ianya bertujuan untuk berkongsi tentang masalah² yang terpaksa syarikat aku lalui disebabkan masalah kegawatan dan seperti biasa juga kami sebagai pekerja diminta untuk sama² membantu syarikat didalam menangani masalah² tersebut. Bosan, kecewa, mengantuk, tersengguk² dan segala macam kegundahan berlaku diantara aku dan rakan². Kemudian pengurus itu juga menunjukkan perancangan² yang bakal syarikat aku realisasikan pada masa hadapan diantaranya adalah dengan membuka cawangan² baru di banyak tempat seperti di Australia, Japan, India, Turki, Itali dan beberapa lagi buah negara yang telah mereka pilih. Mereka 'target' pada sekitar tahun 2013 hingga ke 2020 untuk pastikan segala apa yang dirancang berjaya. Yes, syarikat penerbangan antarabangsa seperti syarikat aku bekerja sememangnya mempunyai perancangan² jangkamasa panjang dan apa yang buat aku tertarik adalah untuk menghantar pekerja² dari sini ke cawangan² baru yang bakal dibuka nanti. Aku terus hilang mengantuk lalu berbisik kepada seorang rakan "Weh dapat transfer ke Itali mesti best ni", "Ala, susahlah wife aku mesti tak bagi punye nanti" Keluh rakan aku. "Ahaha..pujuklah, rugi ni" Jawab aku sambil senyum lebar. "Tak boleh, aku tau dia macamane, takpelah kau tak kahwin lagi, kau pegi lah" Jelas rakan aku. Tiba² ada seorang lagi menyampuk "Nampak gayanya kalau jadi benda ni, kita tak kahwin lah". Aku terus senyum lalu cakap dalam hati.

"maaf tidak available untuk kahwin sampai 2013 and maybe extend sampai 2020"

Selingan #4

Berilah aku peluang untuk terbang.

Siapa berani??

Tuesday, 21 April 2009

Brownies beracun.

Kawan-kawan aku selalu cakap, aku juga pernah cakap "Perempuan racun sebenarnya" sejauh mana kebenaran hanya aku dan rakan-rakan saja yang tahu, hanya siapa yang rasa pernah disepit dan kemudiannya dipaksa untuk minum racun saja yang tahu. Tetapi seperti biasa tidak semua mempunyai racun yang berbisa, tidak semua racun mampu membawa maut. Tetapi tidak salah untuk menyanjungi kehebatan mereka. Ketika didalam pesawat menuju ke Jakarta aku duduk bersembang dengan seorang lelaki tua dan bercerita tentang obsesnya dia terhadap sukan berbasikal. Walaupun pada usia tua, dah banyak negara dia pergi semata² untuk berbasikal dan yang paling 'extreme' adalah ketika di Bangkok dia terjumpa dengan seorang perempuan muda dari Korea yang telah memulakan kayuhan basikalnya dari Kunming, China merentas Myanmar dan Laos kemudiannya Thailand dan ingin ke Malaysia habiskan kayuhan di Singapura. Yes!! dia kayuh seorang diri. Yes!! aku kagum dengan perempuan itu. Beberapa tahun yang lalu ada cerita didalam bulatan rakan² kami tentang seorang perempuan yang dengan hati kerasnya telah ke London untuk memulakan hidup baru dengan mencari rezeki sebagai orang gaji disana dan seterusnya menjadi pembantu makmal dihospital dan kemudiannya sekarang telah pun berkahwin. Yes!! aku kagum juga dengan perempuan ini kerana aku yang lelaki pun tak cukup keras untuk mulakan kehidupan baru ditempat lain. Ada banyak cerita yang buatkan aku benar² kagum dengan mereka seperti pergi belajar di Kuala Lumpur jauh dari keluarga dikampung, bertahun² lamanya belajar. Pelbagai cabaran terpaksa diharungi, 'rival' diantara teman² rapat, tidak cukup duit untuk makan minum, untuk beli buku dan sebagainya hinggalah tamat pengajian dan kemudian bila dapat kerja terpaksa dihantar sampai ke Sabah atau Sarawak seorang diri. Yes!! aku amat kagum dengan mereka. Cerita tentang ibu² yang terpaksa membesarkan anak² mereka tanpa suami dan aku tahu pengorbanan mereka kerana ibu aku juga dari tempat yang sama, berkorban segala keringat nak besarkan aku, sampai aku dah betul² besar sekarang, overweight pula tu. Yes!! aku kagum dengan mereka. Banyak cerita hebat yang boleh dikupas tanpa kita sedar tentang mereka walaupun tidak sehebat Diana Ross atau Hilarry Clinton, walaupun tidak sekuat Shamsiah Fakeh atau Bernazir Bhutto. Tetapi mereka kuat menghadapi apa sahaja rintangan walaupun kita nampak mereka lembut dan lemah. So, apa salahnya kalau racun dijadikan sebagai penawar. betul tak??

Rosehill cottage.

Pagi ahad yang lalu, setelah bangun dari tidur pada awal pagi dengan suasana yang amat sunyi serta nyaman dengan pandangan yang terlalu hijau sambil langit sangat kelam hingga aku rasa sedang berada didalam 'Rosehill cottage' di Surrey,London. Dari jauh aku terlihat Leith Hill dan Box Hill membuatkan hati amat tenang menghirup udara segar. Sungguh jauh imaginasi. Yes aku bukan berada dirumah aku, tetapi sedang berada dikampung emak di Perak. Dalam keadaan yang amat tenang sambil aku terus belek satu persatu baris² ayat dalam buku 'My self Scumbag'. Jiwa dan fikiran teringat kepada beberapa orang yang pernah rapat dengan aku. Tanpa buang masa aku capai 'handphone' lalu hantar teks ringkas kepada mereka. cuba bertanya khabar dan beberapa perkara lain, aku sukar untuk nyatakan secara terang yang aku amat rindu pada mereka kerana aku sudah biasa begitu. Tetapi sebenarnya aku sedang memutarkan semula kebelakang segala apa yang pernah dilalui sama² ketika susah mahupun senang. Malangnya dari teks ringkas yang dibalas mereka tidak tunjukkan apa² reaksi pun cuma jawab yang mereka 'ok' dan jika dibaca secara terbalik setiap baris² kata tersebut ianya seolah² berbunyi " Dah lah, aku happy je kat sini tanpa kau". Tanpa perlu balas teks ringkas aku paham dan mengerti tentang maksud mereka. Dalam setiap pertemuan, dalam setiap ikatan persahabatan mahupun lebih dari itu, tidak semestinya kita perlu kekalkan semuanya. Aku tutup buku lalu memainkan lagu DRAMACOMA 'Law of today, gone Tomorrow' melalui handphone sambil baring dan terus tidur kerana tiada apa yang menarik disini, kerana aku bukan berada didalam Rosehill cottage.

Monday, 20 April 2009

Hari pertama seorang android semula.

Setelah beberapa ketika aku melayang tanpa aku sendiri sedar, setelah beberapa ketika aku hanyut dipukul dan disepak terajang, setelah beberapa ketika aku diserang dengan virus² kejam. Hari ini aku bangun, aku dibersihkan dari segala kesilapan dan kesalahan, ianya sama seperti dalam filem '40 days 40 night' arahan Michael Lehmann dimana seorang lelaki cuba membersihkan dirinya dari segala perhubungan 'sex' dengan mana² perempuan selama 40 hari dan memenuhi segala aktiviti yang sihat setelah dia berpuasa dari melakukan hubungan sex. Begitu juga dengan aku, cuma dari konteks yang berbeza bukannya 'sex'(itu cerita lain). So perjalanan sebagai new android sedang bermula dan aku seperti sedang dibersihkan dari segala virus² yang menyerang dan cuba untuk menyerap segala kebaikkan dan buang segala kejahatan. Berjaya atau tidak?? tidak ada siapa yang tahu..

Saturday, 18 April 2009

Diantara cikgu Adibah, Melur dan Mahesh.

Sebuah filem melayu yang patut diangkat tinggi pada tahun ini, tanpa perlu dakwa - dakwi, sebuah filem melayu yang cukup padat dengan nilai² moral tentang pusingan kehidupan, sebuah filem melayu yang punya skor muzik terbaik yang dah lama aku tunggu, sebuah filem melayu yang penggunaan dialog dan skripnya penuh dengan unsur² tersurat dan tersirat, sebuah filem melayu... dah lah aku malas nak komen lagi.. TALENTIME lapan bintang dari lima




Dari mentari merah diufuk timur ke Balada pemuzik jalanan

Ketika sedang melunjurkan kaki diatas sofa, sambil meregangkan pinggang serta tangan disimpulkan kebelakang kepala. aku tarik nafas lega tanda cuba untuk hilangkan keletihan, mata hanya tertumpu kepada poster besar THE WHO yang sedang dibaluti dengan bendera British tergantung gah didinding, sambil telinga menyerap lagu 'gadisku' dari SEARCH. Kemudian datang seorang lelaki muda sambil memegang gelas yang berisi penuh dengan air oren yang sejuk lalu duduk serta membelek helaian daun² majalah yang bergelimpangan diatas meja.

"Eh nanti SEARCH nak buat last konsert kan..kat Stadium Shah alam" Jelas dia.

"A'ah..kitaorang semua nak pergi, Man hang dah check tiket dah ada jual ke belum?" Jelas aku sambil bertanya kepada Sharman yang sedang kusyuk memandang skrin monitor.

"Aku tak check lagi, sat" Jawab sharman.

"Eh aku nak ikut jugak, korang save satu tiket untuk aku, boleh tak Man." Jelas dia lagi sambil meneguk air oren yang sejuk.

"Wokeh..nanti ape² aku bagi tau.." Jawab Sharman.

"Yes..balik ni boleh start balik hafal lirik² lagu doranglah, cam 'Taman Rasyidah utama', 'Bazooka penaka', 'Lena diulit intan', 'tragedi oktober' lagi..husshh banyak nak kena hafal ni.." Jawab dia.

"Apehal kau ni??? nak kene flyingkick" Cantas aku sambil Sharman pandang ketat kearah lelaki muda itu.

"Kenapa??" Tanya dia binggung.

"Lagu² yang kau sebut tu semua lagu WINGS lah, bukan SEARCH.." Jawab aku sambil membeliakkan mata.

"Hah?? yeke..aku tak tau plak.." Jawab dia lagi.

"Kau lahir tahun berapa??" Tanya aku lagi.

"1988..eh napa??" Tanya dia semula.

"Balik ni kau pegi tanya mak kau, kenapa lambat sangat 'produced' kau lambat sangat" Jawab aku.

"urrmmm..nanti aku tanya"

Friday, 17 April 2009

Molekul Indah #8

Tapi tiada siapa pun yang ada lalu berjalan kearah Jasmine. Melihatnya dari jauh, perasaan aku membuak² untuk mencari jawapan kepada segala pertanyaan agar dapat membantunya. Hati aku seolah² telah dibisik satu kata azimat untuk mengembirakan hari Jasmine. Aku hampir dengannya.

"Jas, i dunno what to say, maybe awak marah sebab saya ada lagi dekat depan awak ni, tapi actually saya pun tak tahu kenapa saya ikut awak, kenapa dalam kepala saya ni hanya nampak awak, benda ni datang secara tidak sengaja, saya selalu dengar ada orang bisik kepada saya untuk datang dekat kepada awak dan kalau boleh cuba gembirakan awak". Jelas aku.

"What??? apa yang awak merepek ni, its so ridiculous!! stop it..!! please go, i dont want to see ur face anymore, enough..enough..". Teran Jasmine dalam keadaan marah.

"U'll never understand Jas, hard for me..i'm so sorry". Sambung aku dan terus melangkah pergi dengan perasaan hiba bercampur dengan keliru.

Jasmine hanya melihat aku pergi lalu mengubah arah dan terus berlari. Pada malam hari, hujan turun dengan lebat, aku berlari mencari tempat berteduh lalu berhenti dihalaman sebuah rumah kosong, sambil menahan kesejukkan aku berdiri dan terus berfikir apa sebenarnya terjadi, siapakah aku, kenapa perlu dekat dengan Jasmine. fikiran aku cuba untuk mengingati asal usul hidup aku, dari mana datangnya aku. Ianya amat bercelaru. Mata aku hanya mampu terkebil² memikirkannya namun tiada jawapan. Sehingga hujan berhenti, sehingga matahari terbit. Aku terus beredar dari kawasan rumah itu dan berjalan kearah rumah Jasmine, tiba saja didepan rumahnya, aku lihat Jasmine sedang masuk kedalam kereta yang enjinnya sedang dipanaskan, Aku tidak berani untuk datang dekat kerana takut Jasmine akan marah pada aku. Melihat dia memandu kereta membuatkan aku seperti hendak mengejarnya lalu terus berlari mengekori keretanya.

Bersambung. . .

Rockers juga manusia.

Sambil memandu kereta membelah segala kesesakkan untuk menuju ke kota penuh dosa dan dusta bersama dengan seorang rakan bernama Hazriq, aku dihidangkan olehnya cerita tentang kisah cinta yang berselirat berlaku didalam bulatan rakan². Ia berkisarkan tentang bagaimana seorang 'rockers' bernama Shahir telah menaruh perasaan kasih kepada seorang perempuan bernama Elisa yang dalam pada masa sama sedang memainkan perasaan cinta seorang lagi lelaki rockers lain bernama Kamarul dimana lelaki tersebut adalah rakan kepada 'rockers' tersebut dan perempuan itu adalah kawan baik kepada rakan aku yang sedang asyik bercerita tentang kisah cinta mereka didalam kereta bersama² dengan aku. Sambil menyedut asap rokok masuk kedalam rongga, sambil telefon bimbit aku mengeluarkan alunan melodi lagu dari The Verve 'The drugs dont work' dia terus menyambung plot² ceritanya dimana kesemua yang terlibat adalah rakan²nya dan dia rasa amat tertekan kerana terpaksa menyimpan rahsia jalan cerita ini. Aku hanya mampu tergelak dan cakap kepadanya "Ala, dont worry anggap je ni semua salah satu proses untuk korang mematangkan diri". Lalu dia jawab dengan beritahu tentang satu lagi masalah

"Tula, tapi problem dia aku pun tengah bercelaru ni" Jawab Hazriq.

"La..kenapa pula kau nak serabut ni" Tanya aku.

"Yelah aku dengan Lisa dah lama kawan and sebenarnya aku suka kat dia juga, tapi tak berani nak cakap dekat dia, sebab aku takut lepas ni dia terus taknak kawan dengan aku, tu yang lagi pening ni." Jelas Hazriq dengan riak muka yang amat binggung.

"Hah???? kau pun ada dalam movie ni?? hushh mana pergi perempuan² lain??? Tanya aku semula dengan nada suara yang tinggi.

"Ala, aku dari dulu lagi suka kat Elisa, cuma aku rasa tak layak nak jadi bf dia, so aku rapat dengan dia as her best friend jelah, sampailah skang ni, ada lagi lelaki lain yang suka kat dia, isskk kawan² aku pulak tu..camne ha.." Terang Hazriq lagi.

lagu 'Box' dari The Gathering sedang berkumandang.

"Oh god, minah ni angel ke??? apa ni??? kata rockers mana boleh serabut macam ni.." Aku.

Hazriq bersandar dan dongak kepala keatas, diam tanpa bicara.

"Dah la..best friend tu kire 'bf' jugak..aku bosanlah nak dengar cerita korang ni, pandai²lah". Jawab aku.

"Rockers jugak manusia, punya perasaan.." Hazriq.

Wednesday, 15 April 2009

Nota itu pasti akan ada noktahnya.










Jika aku Nikolai Vasilievich Gogol.

Dengan hanya membaca, kita dapat mengembara melihat segala macam perkara tanpa perlu berjalan jauh. Siapa setuju..

Bersama dilema.

Tiga hari lalu ketika semua sedang membuang masa bersama² membuat rumusan tentang kehidupan, aku terpandang kearah seorang rakan yang jauh lebih muda dari aku, fikirannya sedang mundar-mandir, aku tanya dia kenapa? dia jawab "tidak ada apa²", tapi aku tahu dia sedang bergolak, lalu aku nyalakan lagi api untuk rokok dan terus tanya dia. Rupa²nya ada masalah dengan kekasih. Satu lagi masalah cinta sedang bergolak dan aku bosan nak dengar, dia terangkan betapa aku tidak tahu apa² tentang cinta. Dia dan kekasihnya sudah lama bersama sejak dari sekolah lagi, mereka amat sayang menyayangi, dalam hati aku terus menjerit "Bullshit", lalu terus terangkan kepadanya. Perempuan yang berumur dibawah 25 tahun dan yang berada diatas 25 tahun mempunyai 2 perspektif yang berbeza, perempuan yang dibawah 25 memang tidak kisah jika hanya dapat berpaut mahupun bergayut, tetapi yang diatas 25 mereka akan cuba sebaiknya untuk mencari tapak yang kukuh supaya dapat berdiri teguh, aku tidak cakap semua perempuan begitu tetapi secara rawaknya lebih banyak majoriti dari minoriti. jika dari umur belasan tahun dia boleh hidup bersama demi cinta, tetapi jika lama² tiada perubahan juga kemajuan pada lelaki yang dia suka, penyakit 'sangsi' akan menyerap masuk kedalam badan mereka.

"Kau sibuk dengan band kau, gig² kau, kawan² kau, kerja every 3 month tukar tempat lain, duit gaji cukup² makan, walaupun kau boleh hantar dan ambil gf kau tiap hari demi cinta, demi sayang kau dekat dia tapi tak cukup kuat untuk mengukuhkan 'relation' korang, tak percaya kau cuba tunggu lagi 2 atau 3 tahun" Jawab aku.

"Bagi rokok kau sebatang boleh" Jawab dia sambil mengeluarkan sebatang rokok dari dalam kotak lalu menyalakannya.

"Eh kau tak hisap rokok kan??" Tanya aku lagi.

"Memanglah, sekarang kau dah ajar aku hisap rokok, tak guna" Jawab dia.

Selingan #3

Konflik sedang melanda,
api aku tidak apa-apa,
mari teruskan pusingan roda seperti sediakala,
agar setiap senyuman dapat memberi makna.

Tuesday, 14 April 2009

Mati dan takkan hidup lagi.

Hati tersentak, jiwa sedang retak, itu adalah diantara gambaran yang sedang dilukiskan secara berselirat didalam kotak fikiran aku. Jika dihitung, jika dilihat dengan mata kasar ramai yang akan nampak sekujur tubuh yang 'normal' milik sebuah android, tidak ada masalah, sentiasa menurut perintah, senyum dan juga gembira. tetapi sebenarnya aku sedang bermain dengan warna² kelam dan suram, warna² yang amat sukar untuk diterangkan. Aku tidak pasti berapa lama masa yang diperlukan untuk mendapat sinaran cahaya, serta pulih seperti sediakala. Dari setiap gelak dan ketawa, dari setiap ukiran senyuman dan kata² aku sebenarnya sedang menderita. Dari setiap keteguhan dan kekuatan yang dibina aku sebenarnya sedang sengsara. Maaf kepada sesiapa yang pernah disuntik untuk berdiri kuat dan teguh kerana aku, sebenarnya aku lebih lemah dari kamu.

Lagu ini untuk semua yang pernah kenal aku.

Molekul Indah #7

Tetapi kenapa Jasmine, kenapa bukan orang lain. Aku terus berjalan tanpa hala tuju sambil kepala mencari jawapan yang masih lagi menjadi persoalan. Aku tidak penat, aku tidak lapar dan juga tidak dahaga. Hari menjelang petang, aku kembali ke rumah Jasmine. Aku lihat keretanya sudah ada didepan rumahnya, kelihatan seorang tua sedang menyiram bunga. Aku dekatkan diri pada Pakcik yang sedang siram bunga dan bertanya.

"Ehhem..Pakcik" Aku.

"Whoooo..whooo...ooo.." Pakcik itu bersiul.

"Pakcik Jasmine ada..?" Tanya aku.

"Wsshhooo..whoo..ooo" Pakcik terus bersiul dan tidak pedulikan keadaan sekeliling.

Tidak lama selepas itu kelihatan Jasmine keluar dan aku terus menyapa.

"Jas...Jas..Jas.." aku.

"Hey...awak datang lagi.." Jawab Jas sambil mengenakan kasut dan hendak mula berjogging.

"Awak nak pergi mana?? boleh saya ikut.??" Tanya aku.

"Saya nak berjogging..up to u.." Jas.

"Whoo..whoo.." Pakcik.

"I go dad.." Jelas Jas kepada ayahnya.

"Whoo..hoooo..okay baik².." Pakcik.

"Eh tu ayah awak ke..saya tanya dia tadi pasal awak tapi, dia buat tak tahu je.." Aku.

"Yes, my dad, Ermm dia tak dengar kut." Jas.

Kami berlari dan terus berlari, aku mengikuti rapat dari belakang dan tiba² tidak lama selepas itu Jas berhenti cuba menarik nafas panjang. Kepala dongak ke langit dan teruskan larian. Aku cuba rapat lari dengannya. Tiba² dia berhenti lagi dan terus menangis. Aku semakin binggung dan terus tanya.

"Eh awak ok ke??" Tanya aku.

"Hmm..saya ok.." Jawab Jas sambil airmata berlinangan.

"Tapi saya tengok awak macam tak..." Aku.

"Why....why.. why i cant stand alone without him, why i'm not strong enough to handle this idiot things..why..can you tell me why??" Tanya Jas seorang diri sambil airmatanya terus berlinangan.

"Maaf, tapi saya tak paham kenapa awak perlu menangis." Aku.

"Awak tak perlu paham apa²lah..eh kenapa awak masih ikut saya, want to be 1 of my problems..??" Jas.

"Aaah..Errrmm.." Aku

"Could you please leave me alone, go and find other people, i dont need you.." Jas dengan perasaan yang amat marah.

Jasmine terus berjalan laju kehadapan dan aku kembali berdiri tegak dan kaku juga tidak mampu untuk berbuat apa. Tiba² aku terdengar suara berbisik di telinga aku.

"Pergi tolong dia, kau satu²nya yang dapat bantu dia.." Suara bisikan.

"Hah..??" Aku semakin binggung dan pelik memerhatikan keadaan sekeliling.

Bersambung. . .

Ketika sedang duduk statik.

Aku sedang gambarkan bagaimana 3 orang lelaki berbadan besar, gemuk dan gempal, muka garang, bermisai serta berkaca mata hitam mempunyai suara yang garau. Tetapi sedang beratur untuk dapatkan seorang sebiji donut di Big apple donut. Lalu aku terus gelak.

Monday, 13 April 2009

Today is my Day 5.

Dua hari bercuti, tidak ketempat kerja, meluahkan segala kepenatan dirumah, keluar bersama rakan, makan², minum², bercerita, tengok 'movie', bersidai selepas habis gig bersama rakan² yang lain dari Singapura pula sampai lewat pagi, kemudiannya tidur, bangun lewat, melepak lagi dengan rakan yang lain pula, malamnya membuang masa juga dengan rakan yang lain sambil menghirup kopi, menyedut rokok, bercerita tentang ceritera, fitrah kehidupan, fahaman yang melalut² serta pelbagai warna yang berselirat juga tersirat. Pagi ini bangun dengan hati yang tenang walaupun berat untuk memulakan hari pertama, sambil bersiap memakai baju dan seluar telinga aku menyerap lagu EXPLOSIONS IN THE SKY 'day 5' lalu menghantar 'signal' ke kepala. Sampai ke tempat kerja dengan muka ceria dengan ukiran senyuman. Tiba² aku dapat panggilan telefon.

"Hello, kapal awak dah keluar ke??" Tanya dia.

"Dah since friday, so hari ini saya nak buat apa ni" Jelas aku.

"Oh, semua dah closed la??" Tanya dia lagi.

"Semua dah siap". Jawab aku.

"So arini, u stay je dalam ofis dulu, apa² nanti saya bagi tau lah" Jelas dia.

Hati bersorak gembira, mana boleh aku buang masa didalam 'office' tanpa kerja. Aku perlu buat sesuatu seperti buat panggilan kepada mana² rakan yang 'free' supaya aku boleh isi segala masa lapang yang ada hari ini. didalam hati aku terdetik, lagu 'Day 5' yang aku dengar awal pagi tadi benar² memberi 'luck' pada aku hari ini. (senyum dan terus dengar semula lagu 'Day 5'. Sambil mulut terkumat-kamit mengulang perkataan "Today is my day 5..today is my day 5..Yes today is my day 5"

Friday, 10 April 2009

Indah berseri- seri.

Siapa setuju jika aku cakap lagu 'Kabus ribut' dari BUTTERFINGERS adalah lagu melayu paling 'cool' yang pernah dihasilkan dalam industri muzik di malaysia.

Jika aku Marty McFly, aku pasti memulakannya semula.

Dua puluh tahun dulu jika ada orang tanya tentang filem kegemaran, aku pasti akan jawab "Back to the future!! Back to the future!!". Jika lagi sepuluh atau dua puluh tahun yang akan datang jika ada yang bertanya tentang filem kegemaran, aku pasti akan jawab "Yes, back to the future". Sudah lebih dari sepuluh kali aku menonton sekuel filem tersebut dan sentiasa mengharapkan yang kereta Delorean DMC benar² boleh berpatah balik ke saman silam serta melangkau jauh ke masa hadapan, dan jika ada yang bertanya kenapa aku benar² menyimpan harapan tentang kereta Delorean DMC, aku akan jawab "Kerana terlalu banyak kesilapan telah berlaku keatas aku pada masa silam dan aku ingin betulkan semua lalu memulakannya semula.

Tipikal.

Aku sebenarnya ada banyak perkara yang hendak diluahkan, dikongsi bersama dalam bentuk penulisan, tetapi malangnya apabila jari aku dekat dengan papan kekunci, bila mata aku fokus kearah skrin, hati dan jiwa aku menjadi libang-libu, fikiran jadi merapu. Segala²nya pincang, serabut, berkecamuk seperti semak samun. Adakah ini tanda² awal untuk menjadi manusia tipikal??

Sebentar tadi.

Sebentar tadi ketika sedang memberi fokus kepada kertas kerja, walaupun didalam kepala sedang berselirat dengan pelbagai persoalan dan jawapan. Tiba² aku didatangi oleh seorang rakan dimana aku panggil sebagai 'coffee patner' dia ajak aku breakfast seperti biasa, sambil berjalan menuju ke perut cafe dia bertanya "eh kau rasa sampai bila kita nak terus hidup macam ni??" Aku jawab "maksud kau hidup macam mana??, hidup tak tentu arah..!!" "hah la..hidup berfoya² tanpa hala tuju" Jawab dia semula sambil menolak pintu dan terus melangkah. Lalu aku cantas sambil tangan mengambil cawan "Keretapi jalan ikut landasan, and sampai satu tempat nanti mesti dia behenti punya, lepas tu semua pax akan turun" dia sahut sambil tuang kopi kedalam dua cawan "Ah..kau tak habis², bila nak berhenti pulak, keretapi kau??" Aku jawab sambil memegang telinga cawan lalu duduk diatas kerusi "nantilah bile dah sampai kat satu stesyen, mesti berhenti punya, lepas tu jangan naik keretapi dah, kita naik kapal terbang pulak" "Kau tu lah, dah bertahun duduk kerja dengan mat² saleh tak guna, otak pun dah macam sama macam dorang" Jelas dia sambil itu menghirup kopi panas. "Lah, kenapa kau ni, nak kahwin dah ke??" tanya aku semula sambil menyalakan api rokok. "Entahlah aku pun tak tahu, kelam kabut je kepala aku ni" jawab dia sambil terus menghirup kopi panas. "macam ni, kalau kau cakap ya!! so make it happened, kalau no!! please beware" jawab aku sambil menyedut asap lalu hembus keluar serta mata memandang buih kopi panas yang beraroma. "Pening lah, time is running faster" Jelas nya lagi sambil mengeluarkan sebatang rokok dari dalam kotak. "Time is gold, terlalu berharga dan dia tak boleh patah balik" jawab aku sambil menghirup kopi panas. Dalam kepala aku bermain lagu 'Cigarettes in hell' dari OASIS, aku cuba untuk tenangkan rakan aku dan dalam pada masa yang sama aku juga sedang tenangkan diri aku sendiri. Konflik terus bergolak dan aku pasti bukan aku atau dia sahaja yang sedang bertembung dengan kekusutan serta kebuntuan tetapi ramai lagi diluar sana. Aku nampak seperti amat teguh tetapi sebenarnya rapuh. Persoalan terus menyoal dan tiada bantuan jawapan, segala² harus diselesaikan sendiri, salah atau betul akibatnya aku sendiri yang tanggung. Apa nak buat hidup ini kan sama seperti permainan judi.

Thursday, 9 April 2009

Racun buat aku.

Aku telah diracun, pagi tadi menghabiskan sebungkus nasi lemak yang telah diberikan oleh seorang rakan memang benar² buat aku puas, kerana telah hampir dua bulan tidak makan nasi lemak. Hati gembira tetapi jiwa sengsara, emosi terganggu kerana rasa bersalah (makan banyak), mata pula seperti dihempap sebatang kayu balak yang besar dan berat, oh tidak!! hari ini adalah hari separa sedar bagi aku. bila lah jam hendak berpusing laju agar jarum pendeknya hinggap di angka empat dan jarum panjangnya pada angka dua belas, aku hendak pulang, aku hendak lemparkan badan aku diatas katil lalu masuk kedunia mimpi. Maaf hari ini aku benar² pincang, some one please help me out!!

Wednesday, 8 April 2009

Selingan #2



Siapa mahu beli..??? di keluarkan oleh Ben Sherman Woohoo..

Molekul Indah #6

Tiba² aku terdegar daun pintu rumah Jasmine terbuka dan aku terus bingkas bangun dan Jasmine terkejut melihat aku ditepinya.

"Hey..!! awak buat apa kat sini?? Tanya Jas dengan riak muka yang amat pelik.

"Hah..takde buat apa² saja nak jumpa awak, kan semalam kata boleh jumpa awak lagi" Jelas aku.

"huh..yelah tapi ni still awal pagilah" Jawab Jas sambil tersenyum.

"Tak boleh ke?? eh awak nak pergi mana??" Tanya aku.

"Boleh...boleh..tapi saya nak pergi kelas ni, awak takde kelas?? or kerje??" Jas.

"Oh ok..saya cuti hari ini, boleh saya ikut awak pergi kelas..??" Tanya aku lagi.

"Hah??? ikut saya..nak buat apa..eh kenapa awak still pakai baju semalam..??" Tanya Jas.

"Err..saya suka pakai baju ni, lagipun tak kotor.Saya boring duduk rumahlah tak tau apa nak buat" Jelas aku.

"Hah..mana boleh ikut saya, eh awak pergilah jalan² ye nanti petang kita jumpa saya dah lewat ni" Jelas Jas.

"Tapi....." Aku.

"Bye.." Jas sambil terus berjalan kearah kereta lalu membuka pintu kereta dan masuk terus menghidupkan enjin kereta.

"tapi saya nak pergi mana..aaahh" Tanya aku lagi.

Kereta terus berundur keluar dari rumah dan aku hanya mampu lihat saja kereta itu pergi.


Aku berjalan, termenung, berfikir namun masih lagi tidak dapat jawapan siapakah diri aku yang sebenarnya, dari mana aku datang dan sebagainya. aku binggung, aku bercelaru tetapi apa yang pasti bila aku tengok riak wajah Jasmine segala² persoalan hilang. hati dan perasaan aku hanya hendak terus dekat dengannya.

Bersambung..

Perlukah setiap pengorbanan itu dibayar.

Minggu lalu ketika memegang watak yang sama seperti Dane Cook didalam filem 'My best friend girl' walaupun memang terlalu jauh jika hendak diukur tahap kredibiliti
Dane Cook jika hendak dibandingkan dengan aku. Nah itu cerita lain. Aku mendengar permasalahan tentang seorang gadis yang sedang berada didalam konflik dan dilema dimana selepas putus cinta dengan teman lelakinya dan mempunyai perasaan bersalah disebabkan terlalu banyak kenangan indah yang telah tersemat dan selain dari itu telah banyak pengorbanan yang telah bekas teman lelakinya curahkan kepada dia demi untuk menyempurnakan hubungan mereka berdua tetapi malangnya kurang berjaya. Kata gadis itu dia rasa serba salah apabila mengenangkan segala pengorbanan yang telah dilakukan dan seperti biasa aku dijadikan sebagai platform untuk dia berdiri lebih tinggi dan dapat melihat orang dibawahnya dengan lebih jelas. Bila aku fikir kembali, setiap orang memang tidak dapat lari dari berkorban mahupun terkorban demi untuk memastikan apa yang dia sayang, cinta mahupun suka, mencapai kejayaan. Ianya adalah satu tanda yang memang sukar untuk dilihat dengan mata kasar tetapi mudah untuk merasainya dengan hati. Contohnya hampir semua ibu dan bapa dalam dunia ini sanggup untuk berkorban, bekerja siang dan malam mencari rezeki untuk membesarkan anak mereka, memastikan perihal pendidikan, makan pakai dan segalanya. Hampir semua guru akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan anak muridnya terdidik serta belajar hingga berjaya, itu juga sebagai sebuah pengorbanan, bagaimana seorang rakan karib akan bersusah payah demi untuk mengecapi kesenangan bersama² dengan rakan yang lain juga adalah sebagai satu pengorbanan. Terlalu banyak yang boleh dikaitkan jika hendak bercerita tentang pengorbanan, cuma perlukah setiap pengorbanan itu dibalas dengan satu lagi pengorbanan yang lain??, perlukah setiap pengorbanan itu dituntut demi untuk melengkapkan kitaran serta pusingan kehidupan?? dan perlukah setiap pengorbanan itu dijulang tinggi untuk memastikan setiap orang perlu ingat akan pergorbanan yang telah dilakukan??. Aku pun tidak pasti...anda??

Tuesday, 7 April 2009

Selingan #1

Sehari bersama bunga dan kumbang.

Ahad lepas, dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, ketika melihat manusia membanjiri setiap khemah yang disediakan, beratur panjang untuk ambil makanan, kanak² berlari gembira tanpa peduli sesiapa, sambil kedengaran lagu² retro melayu diselangi dengan alunan dangdut serta lagu² khas untuk pengantin. Ada yang kelam kabut, ada yang kusut, ada yang tersenyum serta bergelak ketawa, ada yang kecewa, ada yang berpeluh², ada yang tercungap², ada yang mundar mandir, ada yang nak tunjuk gelang tangan, ada yang pakai make-up tebal, ada yang sembang pasal kereta, ada yang tidak bertegur sapa, ada yang bersalaman, ada yang kena saman, ada yang bergosip, ada yang berprinsip, ada yang berdiri tenang dan ada juga yang senyum tanpa berhenti. Dari jauh aku lihat pancaran cahaya pengantin baru lalu terus datang dekat, salam dan terus berpelukan sambil berbisik ke telinga. "Tahniah Pali, tapi kau dah gameover!!,kiteorang still free to fly". Jelas aku sambil tersenyum. "Takpelah, aku main game lain lepas ni" Jawab Pali juga sambil tersenyum. "Tapi makesure bukan yang nightmare punye game" Bisik aku lagi. "Dah kau pegi sane makan, tak lama lagi mesti kau pulak" Balas Pali. Seorang lagi rakan telah membuka punca jalan kepada idea perkahwinan dan aku hanya mampu nyalakan rokok, sedut dan hembus asap keluar dari rongga sambil tersenyum aku berbisik kepada hati "rockers kene kahwin jugak ke??"









Harap maaf, jurukamera ini bukan bernama Saiful Nang tetapi sebuah android.

For those who drink their coffee.

Sebuah petang yang indah, penuh dengan manusia² plastik lalu lalang juga ada yang melewati meja yang diduduki oleh empat orang jejaka jalanan, sambil menghayati kipas berpusing perlahan², sambil menikmati lagu² klasik, sambil mendongak lalu menyimpan seribu rahsia dari atas langit. Ketika sedang gembira menghirup kopi panas serta masing² bergaduh dengan sudu dan garfu untuk menikmati kek coklat ber-aiskrim yang lazat.

"Aku rasa cam tak puashati lah tengok kek ni," Jelas aku sambil mata memerhatikan kek yang sudah tinggal separuh diatas piring kaca.

"Kenapa pulak??" Tanya Sharman sambil menyalakan rokok.

"Takdelah, aku tak puas hati tengok kek ni sebab 'dia' yang makan" Jawab aku sambil memandang tepat kearah sekujur tubuh yang mukanya sedang senyum.

"Cibailah, nape kau pandang aku pulak" tanya Azuan sambil senyum.

"Aku tak taulah, orang lain makan, aku tak kisah, tapi bila kau yang makan aku ambil kisah.hishh" Jawab aku lagi.

"Haha..sebab jarang kalau lepak² macam ni kau makan kek je, selalunya kau mesti mintak benda² berat, kek ni kecik je, tak sesuai untuk kau, tak kenyang kau tau tak" Cantas Aji.

"Sial lah....salah ke aku makan sikit je..ari ni" Azuan berkata.

"Tak salah, tapi tak kena hang makan sikit" Jawab Sharman.

"Kah..kah..kah"

Monday, 6 April 2009

Tengahari ini.

Telah banyak hari aku selak satu persatu muka surat, memahami setiap baris kata², menyerap segala hikmah dan azimat dari buku yang bertajuk MY SELF SCUMBAG - Beyond life and death, ianya adalah sebuah kisah benar yang diceritakan semula dalam bentuk penulisan tentang kehidupan seorang pejuang muzik metal bernama Ivan yang telah menjadi penyanyi untuk band paling berkarisma di Indonesia iaitu BURGERKILL, Yes aku berjaya beli buku ini ketika aku di Bandung dan amat mengejutkan ianya adalah cetakan kedua dan ketika aku beli mereka didalam proses untuk mengeluarkan cetakan yang ketiga. Kisah perjalan hidup Ivan dari dia kecil hinggalah dewasa dan seterusnya berjuang untuk mengembangkan pengaruh muzik metal di sekitar tanah Bandung dan seterusnya menjadi bintang yang amat bersinar dan berpengaruh di Indonesia dan aku pasti ramai disini yang kenal Ivan juga BURGERKILL. Cuma takdir menentukan segala²nya, Ivan telah kembali kepada yang maha esa akibat menderita satu penyakit yang dirahsiakan. Ianya sebuah kisah yang penuh dengan tragik, konflik dan beremosi. Walaupun aku masih belum berjaya habis membaca buku itu, tetapi hati sering terdetik tentang langkah² akhir sebelum bertemu dengan kematian, dan jika aku mati, bertalu² pertanyaan bersawang didalam kepala tentang bagaimana mereka yang dekat dengan aku dan masih hidup akan teruskan kehidupan seperti biasa jika aku sudah tidak ada nanti, adakah mereka akan terus mengingati aku?? adakah mereka akan sambung segala impian dan harapan yang telah aku hentikan?? dan segala macam persoalan lagi. Anda pula bagaimana?? senyum

Kisah dari sebutir jiwa #2








Pagi ini.

Pagi ini ketika sedang menghayati lagu 'street spirit' dari RADIOHEAD kepala aku melayang seperti sedang berada diatas gunung berbatu, berdiri tegak sambil tangan dijulang keatas lalu mendongak dan terlihat damparan lautan langit dan awan bertemankan sekumpulan burung terbang bebas merentasi cahaya matahari. Aku pandang kedepan sambil menyerap segala pandangan dari jauh ombak bukit hijau dan kelabu dengan bertemankan angin deras. Suasana tenang, dengan menghirup sedalam²nya udara segar masuk kedalam rongga tanpa paksaan, lalu menjerit sekuat² hatinya, melepaskan segala apa yang terbuku didada sambil mata ditutup dengan rapat. Aku bebas dengan semangat baru, aku bebas dengan bara yang membara, aku bebas dengan ikhlas dan tiada siapa mampu menyekatnya. Senyum

Kisah dari sebutir jiwa #1








Friday, 3 April 2009

Monolog bersama pen hitam

Malam semalam sebelum melemparkan tubuh aku yang berat ini keatas tilam, aku terima satu teks dari seorang rakan yang bekerja sambilan sebagai seorang model, dia mengucapkan selamat malam, walaupun jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi, dalam teksnya ada juga terungkap kata² seperti mengangkat tahap kesempurnaan diri dimana aku tidak boleh siarkan dalam bentuk penulisan didalam entri ini kerana aku malu. Tapi apa yang pasti teksnya mampu buat aku tersenyum seorang diri walaupun aku balas dengan menyangkal serta menafikan apa yang telah disiratkan, sambil didalam hati aku berkata "Haih, kenapalah tak semua perempuan fikir dan cakap pasal diri aku dekat aku". Hari ini ditempat kerja didalam keadaan yang agak tenang sambil aku menyeluk pen hitam didalam poket untuk memulakan kerja² ringan diatas kertas, lalu aku terperasan yang ada sepasang mata bercelak sedang memerhati tajam kearah aku tidak jauh dari meja. Hati mula terdetik dan berkata "Maybe sebenarnya ramai perempuan yang sedang memerhatikan aku, cuma aku saja yang tak perasaan". Aku tarik nafas panjang sambil mengukir senyuman lalu menoleh kearah sepasang mata yang bercelak tadi dan sepantas kilat aku menyerap kata² milik sepasang mata itu dari kotak suaranya.

"Bang pen hitam tu macam kenal je?" Tanya dia.

"Hah, yeke?? kenal kat mana??" Tanya aku semula.

"Tu pen sayalah dari last week abang pinjam, tapi tak pulangkan pun" Jawab dia.

"Alamak, aku tak ingatlah, nah ambil balik lah." Jawab aku sambil tersenyum malu.

"Takpelah, pegang jelah pen tu, saya dah ada pen baru" Jawab dia.

Rupa²nya sepasang mata yang bercelak itu bukan memerhatikan aku sebaliknya melihat pen hitam miliknya yang aku pinjam sejak dari minggu lepas lagi dan dia adalah rakan sekerja sementara aku buat masa ini. Jadi aku benar² menyangkal teks ringkas yang dihantar semalam kepada aku yang berbunyi seperti " A man with a cute lips, nice nose and absolutely a charming eyes..not forgetting a 'mahal' eyebrow".
Huh!! keluarkan fon lalu padam teks ringkas semalam.

Apa bezanya berlari dengan membuat lawak jenaka.

Malam tadi selepas melampiaskan nafsu yang terkunci lebih kurang semingggu, selepas turun mengikuti anak² tangga dengan penuh kepuasan dari studio jamm, sambil menyalakan api ke batang² rokok, sambil melihat manusia dan jentera pemusnah lalu lalang dalam keadaan mundar-mandir. Setiap orang mula menyuntik kata².

"Kau sekarang ni dah kuruskan, hari² pegi jogging ke Anip??" Tanya aku.

"Tak lah, aku main skate kat depan sane tiap² petang, jawab Anip sambil lewa.

"Eh kau tak pegi jogging ke, nanti ajak lah aku" Tanya Jimi kepada Anip.

"Malas lah, main skate je, lagi best" Jelas Anip lagi.

"Kau ajak lah Wan jogging, dia hari² pegi jogging" Sampuk aku.

"Hah..aku hari² 'joking', jomlah kalau nak join, tapi bukan 'jogging' tau but 'joking'" Cantas Azuan.

"Tak guna, lepas penat joking pegi makan..."

Thursday, 2 April 2009

Antara drastik, spastik dan statik.

Hari ini adalah hari yang penuh dengan misteri, dengan tahap semangat untuk pergi kerja amat rendah, bila sampai di tempat kerja tidak buat kerja sebaliknya menghabiskan masa dengan membuat teori² tidak masuk akal bersama rakan, minum kopi, sedut asap rokok, serap lagu² dari KATE NASH sambil jantung berdegup dengan perlahan. Sebenarnya sejak beberapa hari yang lalu aku berada didalam situasi yang sama, situasi yang lembab, dan kelam, tidak ada warna² terang sebaliknya penuh dengan kekotoran. Beginilah apabila tiada kerja² berat, aku memang suka begini, hati tenang, jiwa tidak berkecamuk. Tetapi jika ambil pusing sebenarnya fikiran aku akan jadi lembab, lemau, tidak bermaya juga tidak berdaya. Otak aku tidak dapat berfikir secara drastik sebaliknya menjadi spastik akibat duduk dalam keadaan statik. Aku perlukan kerja² yang mencabar supaya mental aku sentiasa peka dan stabil. Siapa ada kerja yang banyak dan perlukan bantuan?? sila minta dari aku.. Tidak perlu bayar gaji..

Wednesday, 1 April 2009

Coretan ikhlas dari jalan Cihampelas.

Setelah lebih dari seratus jam meninggalkan kota yang penuh dusta untuk pergi kesebuah lagi kota yang penuh dengan rahsia juga nista hari ini aku mula cuba berinteraksi secara 'normal' dengan alunan norma-norma biasa. Sepuluh tahun yang lalu ketika banyak band² dari sekitar Eropah mahupun Amerika menyimpan impian untuk beraksi di Bandung kerana dikenali sebagai sebuah pusat muzik 'underground' terbesar di Asia. Aku hanya mampu duduk dan baca zine² juga berteleku didepan monitor skrin sambil mengamati baris² ayat tentang rumusan impian dan harapan mereka sebelum mahupun selepas berjaya beraksi disana. Kini setelah segalanya berlalu, aku baru berjaya menjejakkan kaki kesana. Bandung adalah sebuah kota penuh dengan unsur² tersirat dan tersurat bagi sebuah android macam aku. Menyelinap keseluruh kawasan, menikmati segala kecantikan, segala keburukan, segala ketenangan, segala kekecohan, segala keamanan, segala desakan, kesesakkan dan juga hentakan. Aku dan rakan menghabiskan masa tiga malam di Bandung sebelumnya di Jakarta, sambil ditemani oleh sekujur tubuh bernama Yusuf Yadi Surya, seorang penduduk tempatan yang juga aku angkat sebagai diantara wira² muzik 'tech grind' dari band CARAVAN OF ANACONDA. sambil berjalan, sambil menaiki 'angkot' (van yang digunakan sebagai medium transportasi di sekitar Bandung dengan tambang hanya rm0.30 sahaja), sambil makan bakso istimewa dan nasi goreng kambing, sambil minum teh botol, sambil melewati 'factory² outlet', sambil berkunjung ke distro² menjual cd² serta kaos² (t-shirt) band, menghirup dan menghembus asap rokok sambil bercerita dan bertanya tentang cara kehidupan manusia² tempatan, corak pemerintahan dan sistem politik yang mempunyai sehingga empat puluh parti politik, sistem pendidikannya, jenis² makanannya, tempat² yang harus dilawati kemudian berilustrasi tentang dunia muzik di Indonesia juga Malaysia, berkongsi cerita tentang Ivan 'scumbag' selaku vokalis BURGERKILL yang telah menemui ajal dan segala ratus macam pertanyaan yang berjaya diluahkan. Yusuf amat setia bersama kami seolah² menjadi agen pelancongan yang tidak berbayar. Setinggi² terima kasih kepadanya. Menghabiskan masa dengan melawati gunung berapi, membeli belah dipasar kering, mandi dikolam dan air terjun panas dilereng bukit, menjamu selera sambil bersila dengan nasi berwarna merah juga dengan ikan dan ayam bakar sambil melihat panorama indah kota bandung dari atas bukit, melewati ladang teh serta pokok pine dan menghirup udara paling segar yang pernah aku hirup, beramah mesra dengan mat² metal, geng² motor (mat motor), penjual² cenderamata, peminta sedekah, pemuzik² jalanan, gadis² trendy, yuppies², 'party people'dan segala macam jenis manusia disana benar² menyuntik semangat aku untuk datang semula ke Bandung. Ketelusan dan ketulusan sukar dilihat dengan mata kasar tetapi amat senang untuk dirasai didalam hati.
© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law