Wednesday 22 April 2009

Breve nota informativa

Tengahari semalam sekitar jam 2 petang aku dan rakan² ditempat kerja menghadiri satu 'short briefing' yang dibuat oleh salah seorang pengurus. Seperti biasa ianya bertujuan untuk berkongsi tentang masalah² yang terpaksa syarikat aku lalui disebabkan masalah kegawatan dan seperti biasa juga kami sebagai pekerja diminta untuk sama² membantu syarikat didalam menangani masalah² tersebut. Bosan, kecewa, mengantuk, tersengguk² dan segala macam kegundahan berlaku diantara aku dan rakan². Kemudian pengurus itu juga menunjukkan perancangan² yang bakal syarikat aku realisasikan pada masa hadapan diantaranya adalah dengan membuka cawangan² baru di banyak tempat seperti di Australia, Japan, India, Turki, Itali dan beberapa lagi buah negara yang telah mereka pilih. Mereka 'target' pada sekitar tahun 2013 hingga ke 2020 untuk pastikan segala apa yang dirancang berjaya. Yes, syarikat penerbangan antarabangsa seperti syarikat aku bekerja sememangnya mempunyai perancangan² jangkamasa panjang dan apa yang buat aku tertarik adalah untuk menghantar pekerja² dari sini ke cawangan² baru yang bakal dibuka nanti. Aku terus hilang mengantuk lalu berbisik kepada seorang rakan "Weh dapat transfer ke Itali mesti best ni", "Ala, susahlah wife aku mesti tak bagi punye nanti" Keluh rakan aku. "Ahaha..pujuklah, rugi ni" Jawab aku sambil senyum lebar. "Tak boleh, aku tau dia macamane, takpelah kau tak kahwin lagi, kau pegi lah" Jelas rakan aku. Tiba² ada seorang lagi menyampuk "Nampak gayanya kalau jadi benda ni, kita tak kahwin lah". Aku terus senyum lalu cakap dalam hati.

"maaf tidak available untuk kahwin sampai 2013 and maybe extend sampai 2020"

5 comments:

Unknown said...

haha. u'll be approaching 40 by then. wanita-wanita lain sila bersabar dan jangan bersedih. :D

Suffian Salim said...

2020 umur i baru 38..ahahha dun worry ade byk lagi lelaki² lain dkt luar sana..selain dari saya..(sebuah android tua)

Unknown said...

haha. eh bukan 39 ke? nak juga 38 u. kalau 2020 nnt i akan menjadi 33. wah agak tua. @_@

Suffian Salim said...

ahahaha...mcm i ckp la ade 7 bulan utk rase umur 38, eh 33 mesti dah ade 6 org anak..huhu

Unknown said...

ish. 6 org anak?? tak pasti lg. haha. macam tu i pn br 32. haha.

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law