Pagi ini aku aku tersedar awal dari tidur, walaupun aku memang malas nak bangun tapi aku kerahkan jugak minda dan tenaga aku untuk bangun, dah nak sampai ke perut ofis aku terima sms dari Zafarul Nabil, dia tak dapat datang hari ini sebab ayah dia semakin teruk sakit, Adlina memang aku dah set dalam kepala takkan datang hari ini coz her father in-law meninggal semalam. What to do, its life semua orang akan pergi kesana jugak, so hari ini aku hanya ada Amin hope he will do the best for me. Perperangan semakin hampir aku harus bersiap sedia.
Tapi malangnya bila masuk saja ke dalam perut ofis keadaan menjadi tegang, aku pun turut same kejang, Arrghh..!! printer pula buat hal, ada musuh yang cuba membuat serang hendap, habis semua connection dihapuskan, aku betul² tertekan sebab satu ofis ni bergantung kepada printer ini, aku call IT dept untuk menyelesaikan masalah printer ni, seorang perempuan di IT dept cuba untuk bantu aku melalui telefon, Hana namanya..sorry Hana saya manusia yang amat celik IT sampai tak boleh nak settle kan masalah kecil. Her voice very stabil, aku dapat rasakan keyakinan pada diri dia dan secara tak sengaja keyakinan yang ada dekat cik or puan Hana..whatever datang masuk secara halus kedalam naluri aku. Satu-persatu arahan diberi dan satu persatu aku ikut dengan perasaan gugup yang lama-kelamaan menjadi i teguh,
hey memang lumrah lelaki ke bila dengar suara perempuan. I dont think so. Selepas aku berjaya menyelesaikan masalah printer yang tak guna ni, Cik Hana or Puan Hana ni cakap sekejap lagi dia akan call aku semula untuk pastikan printer tu betul² fixed. Well she do a right thing for, aku iya kan saja." Thanks for calling MAS HelpDesk, ill call u back".
At the same time aku terbau aroma nescafe yang sedang dibancuh oleh Mr.Andy O'Toole, yes the smells make me so comfortable. Aku tiba² bersemangat. aku mainkan lagu Explosion in the Sky, yes its a right song for me. Aku betul² membara untuk menjalani dugaan hari ini. Aku teruskan kerja aku dengan menghantar email report ke boss dimana setiap hari memang aku harus melaporkan apa yang telah berlaku semalam dan apa yang harus dilakukan hari ini, yelah perancang la kononnya, merancang untuk orang lain. Tak lama selepas itu Cik or Puan Hana call aku, dia nak tahu adakah printer ok, dan aku jawab "semuanya run smoothly thanks for ur help"
"so ada apa² lagi yang saya boleh bantu" aku cuba nak jawab "ill buy u a coffee this morning" nah..aku tak cukup kuat untuk itu, aku hanya biarkan ianya berlalu dengan mengucapkan terima kasih. Thats it, continue the work. Tapi aku check directory email Cik or Puan Hana ni, i dont have any clue about her, but should i email her? ntahlah, cukuplah tu. "start ur work now"
"who are u".."me is you, start ur work now" ok aku kalah, lupakan saja. Thanks for help me and thanks for ur confident.
Kenapa hari ini aku tulus untuk bercerita??
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
0 comments:
Post a Comment