Hari ini aku dikejutkan dengan berita pemergian ayah Zafarul Nabil, seminit selepas membaca teks sms dari Zafarul Nabil, aku terus call dia, dalam keadaan yang amat hiba dia beri tahu yang dia akan ambil cuti untuk berberapa hari dan aku mengiyakan tanda paham aku terus suruh dia bersabar dan letak fon, aku tidak tahan mendengar kesedihan, aku tak mampu untuk menyerapnya masuk kedalam diri aku. Ayahnya telah pergi meninggalkan dia dan juga adiknya, Zafarul Nabil seorang manusia yang amat tabah tetapi sering dilihat sebagai manusia yang amat melucukan dan dengan jelas juga aku sering terlihat kesedihan di sebalik kaca matanya, aku paham dan amat mengerti kerana sebelum ini dia hanya tinggal berdua dengan bapanya yang dah lama menderita sakit, ibunya telah lama tinggal berasingan dengan bapanya di Kuantan.
Jelas aku sering terlihat kepincangan dalam dirinya dan aku pasti dia tidak minta untuk jadi begitu. Tetapi dialah manusia yang amat tabah dan banyak memberi bantuan kepada aku ketika keadaan di tempat kerja kami amat kritikal dan pada masa yang sama ayahnya sakit tenat, dan dalam masa beberapa hari ini aku dikejutkan dengan berita kematian, Mula² bapa mertua Adlina dan hari ini ayah zafarul Nabil, dan kebelakangan hari ini aku amat tertekan dengan atmosfera di medan perperangan. Namun setiap kesukaran yang berlaku pasti akan ada jalan penghujungnya, dan aku percaya satu hari nanti semua manusia disini akan berjaya.
"Nabil kuatkan semangat, u're the man we in here always stand behind u..stay strong."
mesej dari aku kepadanya.
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
0 comments:
Post a Comment