Malam tadi sekitar jam 2230hrs aku mendapat teks dari Zeera "Oit jom kuar minum, aku boringlah". Aku kata ok selepas buntu mencari jalan penyelesaian untuk masalah di kementerian pendidikan, "Aku ok je, jumpe kat mane". "Aku tunggu kat LesungKu now"
Sampai di LesungKu dia ajak naik keretanya dan terus memandu ke Mc'D kota Damansara,
"Eh napa tak lepak LesungKu je".
"Malaslah aku seksi sangat malam ni", "Tak paham aku korang² ni"
Sampai di Mc'D setelah duduk dimeja sambil menghirup Arabica coffe dan juga menarik asap dari American Eagle aku mendengar luahan dari seorang gadis yg memang tak reti kalau tak bercakap.
"Sorry lah dah lama tak contact kau, aku kursus kat S'pore, 2 hari lepas baru balik, amacam kau skang, geng² yang lain semua ok ke?" Tanya Zeera.
"Aku ok je, bebudak yang lain pun ok je, ala kau memang susah nak lepak dgn kite orang, nak buat mcmane..rite?? " Jawab aku semula.
"Eh aku nak kahwin lah, kau rase macam mane, ok tak" Jelas Zeera dengan memotong jawapan aku.
"Oh is it?? baguslah, keep on..ehehe" Jawab aku.
"Aku nak anak, aku nak kehidupan yang bahagia, aku nak happy selalu" Jelas Zeera.
"That was great, so bila kau nak kahwin??" Tanya aku semula.
"Aku pun tak tau bile, sbb calon pun takde lagi..ahahah..kau tolong carikan boleh" Jawab Zeera sambil ketawa.
"Oh Ok..nanti aku tolong carikan..itu pun selepas aku abis buat kajianlah" Jawab aku semula.
"Research?? pasal ape.. eh kau dah jadi pakar pemakanan macam wan jugak ke?? " Tanya Zeera kebinguggan.
"Kajian pasal kau lah..ahahaha"
Zeera seorang gadis yang aku tak tahu macam mana dia lalui kehidupan sebenarnya, tapi yang aku nampak dia adalah gadis yang tak reti duduk secara statik, tidak pandai menjadi pasif, dan terlalu banyak elemen² negatif dalam dirinya, seorang gadis yang menjadikan kehidupan sosial sebagai hobi yang paling diminati, tapi hari ini datang berjumpa aku dan cakap dia nak kahwin, nak ada anak. Aku ingatkan tidak ada perkataan Kahwin dalam kamus hidup dia, tapi ternyata jangkaan aku meleset, adakah manusia cepat berubah?? adakah itu satu lambang kegagalan terhadap kehidupan yang dicari??, adakah manusia jiwanya cepat pincang..??
"Zeera kenapa hari ni aku tengok ramai yang berpakaian seksi, macam kau kt Mc'D ni??"
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
0 comments:
Post a Comment