Monday, 21 April 2008

Siapa Pali dihati kami.

Aku terus binggung tapi mujurlah lagu KELLYMUSIKA menenangkan aku hari ini, kadang² didalam menggapai kejayaan kita mungkin akan jatuh tersungkur, malah mungkin tidak mampu bangun lagi, tapi jadikan semuanya sebagai satu permulaan baru walaupun kita telah lama memulakannya. Oh tidak aku masih boleh berdiri, sebab apa?? mengapa??
hmmm..aku masih ada rakan² di sekitar lorong dunia aku, dan bila sebut pasal rakan, kali ini aku hendak bercerita tentang seorang lagi rakan aku, just call him Fadly or lebih mudah Pali, dia adalah rakan karib kepada tenaga elektrik dan ketika aku sedang menulis entri ini disertakan lagu yang penuh emosi aku dapat bayangkan dia memegang cahaya elektrik sambil angin bertiup kencang disekelilingnya, dia tidak sehebat Thomas Eddison mahupun alexander graham bell, tapi dia adalah seorang konsultan yang buat masa ini sedang sibuk berurusan dengan TNB, dia adalah genius dihati kami, dia adalah permata bagi syarikat tempatnya bekerja, dia amat penting bagi memastikan dunia kita diterangi cahaya lampu neon setiap hari. Dia jugaklah yang akan pastikan kita mampu berasa sejuk ketika panas, dia jugalah orang yang amat penting apabila kuasa bateri handphone kita terpadam. dia juga adalah permata indah bagi kekasihnya Diana.
Yess..!! aku gembira melihat mereka bergembira walaupun aku sentiasa terluka dengan rintangan yang terpaksa aku harungi.
Sekali lagi aku bangga kerana aku mempunyai rakan² yang amat penting kepada semua..

"Eh kau ada nampak mana aku letak handphone aku tak..??" tanya Pali

"huh..!! kau ni bila lah nak tenang..??" tanya aku semula.

"Ahaha..nak buat macamane, arus elektrik mengalir deras dalam badan aku.." Jawab Pali.

"Oh...aku dan yang lain² tetap sayang kau.."

0 comments:

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law