Hidup aku tidak lengkap, tidur aku pasti tidak indah, jika aku tidak bercerita tentang seorang lagi rakan aku yang sentiasa menerangi lorong gelap dunia aku. Azizudin atau lebih indah jika dipanggil Aji. Dia antara rakan aku yang jauh lebih muda dari aku, dia tidak sehebat manusia yang mampu mengalirkan arus elektrik, dia tidak mempunyai kepakaran tentang makanan mahupun dunia permotoran tapi dia ada dunia seninya sendiri, dia ada imaginasinya sendiri, Aji lebih suka bersikap tenang jika dia sedang berlapar, agak lama aku tak jumpa dia kerana dia sedang sibuk menyiapkan storyboard, Aji bekerja di sebuah firma yang bukan membela nasib orang yang salah atau tidak bersalah, tapi dia adalah pengarah seni untuk kerja² pengiklanan tv antarabangsa.
Dia selalu mencetuskan idea untuk membuat iklan² kormesil dan yang lebih membanggakan aku dan yang lain² ialah iklan² tv yang dia hasilkan kebanyakkannya dipertontonkan di luar negara, kita jarang dapat melihat hasil kerjanya, tapi jika ada yang ke benua eropah pasti dapat melihat keindahan mahupun kelucuan yang diwujudkan oleh dia didalam setiap iklan² yang ada. Aji adalah manusia robot yang mampu menerima apa jua cabaran dan dia banyak memberi inspirasi kepada dunia aku. dia juga adalah seorang yang kuat berjenaka. Tapi kebelakangan ini dia agak gemar tidur, oh maknanya dia sudah mahu lupakan hobi lamanya. Apa yang aku tau tiada siapa dihatinya melainkan kaset KIDCRASH yang aku pinjam.
Dia lebih kuatkan semangat aku kerana aku mempunyai rakan² yang istimewa dihati setiap manusia lain.
"Aji kenapa kau kuat tidur skang ni..??" Tanya Wan.
"Sebab tilam & katil yang aku tidur beli kat Ikea, its nice dude" jelas Aji.
"Kalau aku tumbuk muka kau best gak kan..?? Jelas Wan.
"Rileks Wan jom aku belanja kau Mc'Chiken deluxe..nak tak?" jawab Aji.
"Ok cantik aku nak double cheese burger skali ye.." Wan sedang ketawa.
"Tapi kopi kat Ikea terbaik lah..arabica tak boleh lawan.." Sharman menyampuk.
"Ok kita kita tapau semua burger² yang ada pastu lepak Ikea, amacam??" Jelas Wan
"Yes go Black Gold coffee..tapi jangan pakai gelas besar Wan..nanti bangla tu marah" tegur aku..
"Ala...sekali ni je..pastu kita tak buat dah.." jawab Wan
AHahahahahahah..!!!! ahahahaha!!!
0 comments:
Post a Comment