Malam tadi di Darul Salam, Subang Jaya aku menghabiskan sisa² malam bersama² dengan beberapa manusia perempuan manis tapi yuppies bersama rakan² yang selalu aku bersama. Menikmati kepanasan malam sambil melihat manusia² lain lalu-lalang, order makanan, minuman, menonton kotak TV, bersembang, bercinta dan sebagainya. Dimeja aku ada hidangan tentang rumusan² perilaku yang berlaku disiang hari, rasa kecewa, rasa hiba, rasa gembira dan yang paling normal rasa tertekan. Masing² memberi hujah² untuk melengkapkan cerita² silam disiang hari. Aku duduk dengan penuh minat cuba memasuki kedunia masing²,
Tiba².
"Eh korang² ni semua takde gf ke??, asyik hangout sesama sendiri je.." Tanya Sheila.
"Woo..good question, tapi kami bukan Gay" Jelas Sharman.
"Yup, but we're not homophobic too, kami gembira dengan semua manusia disekeliling kami" Jelas Aku.
"Whateverlah..tapi takkan u all takde gf.." Tanya Sheila lagi.
"U takde bf?? why hang with us today" Tanya Aji semula.
"Eh my bf balik kampung, and u all semua noticed yang i ade bf rite" Jelas Sheila.
"Ahahaha..For me..ada gf tapi gf i ade bf lain, so..." Jelas aku
"Aha..samalah kami pun" Jelas Sharman.
"I've one tapi ntahlah macam takde pun." sampuk Wan.
"Oh..kesiannya anda² semua, pegilah cari yang baru" Jawab Sheila.
"Tak bolehlah..takde orang suka kat aku, dah lah tak handsome" Jelas Wan
"Tulah..samalah dengan i, Who am I to win ur heart Sheila" Jelas aku.
"Ahaha..dont say like that, korang semua dah semakin tua, need to do something, i takpe lah muda lagi." Jawab Sheila.
"Eh mana ada kami dah tua, kami muda juga sama macam u lah" Jelas Sharman.
"Relaks Sheila, dont worry about us, pasti ada manusia diluar sana yang akan memberi sepenuh kasih sayang dan amat menyanyangi kami satu hari nanti.." Jawab Aku.
"Apa² jelah jangan dah sampai umur 40 baru nak kahwin" Jawab Sheila.
"Life begin at 40, so apa nak risau" Jelas Aji.
"Euuu...!!! i'm sick and tired to hear that, dah lah malas nak dengar" Sheila.
"Mapley Maggi goreng dengan telur mata satu" Aji.
"Aha..Dua..dua.." Wan.
"Tiga lah" Sharman.
"AKu punye letak ayam.." Sambung Wan.
"ahahaha"
Aku juga semakin pasti kerana satu hari nanti akan wujud manusia yang dapat memberikan sepenuh perhatian terhadap aku dan aku pasti kawan² aku pun akan berjaya seperti aku.
Terima Kasih Kak Liza, for the miracle words - "Got someone out there will love u, dont worry." Aku telah menerapkan nilai² itu kedalam hati semua orang.
Malam tadi ketika hendak berangkat ke dunia mimpi Jari aku gatal cuba untuk menghubungi seseorang, tapi tiada jawapan. Thats it. your words still strong Liza.
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
1 comments:
setiap makhluk di muka bumi ini mmg dicipta berpasang-pasangan..setiap org ada pasangan masing2..itu mmg telah dijanjikan..be patient ok:)
Post a Comment