Hari ini aku kehabisan duit, macam mana nak teruskan hidup kalau tiada duit?? Siapa yang mencipta duit?? kalau aku tau duit itu amat penting sampai ramai yang sanggup bunuh membunuh kerana duit, sampai ada yang membawa negara ke kancah perperangan, sampai ada yang makan duit kawan, sampai ada yang pecah rumah dan banyak lagi sudah tentu aku akan berusaha untuk mencipta duit, tapi malangnya aku adalah manusia robot yang tidak ada 'invasion spirit'. Apa nak buat yang nyatanya duit telah berjaya buktikan yang dia adalah kuasa mutlak didunia ini, kuasa yang amat berkuasa hingga ramai yang cuba untuk menguasainya, aku pula adalah manusia robot yang telah terjerumus dengan kepentingan duit, tanpa duit kita tidak akan mampu untuk buat apa, kita tidak mampu untuk isi minyak kereta atau motor, kita tak mampu nak beli rokok, kita tak mampu nak beli tali gitar mahupun stick drum, kita tak mampu nak top-up handphone, kita tak mampu nak lepak minum² dengan kawan. kita tak mampu nak makan sweedish meatball lagi, kita tak mampu nak belanja gf² disekeliling kita, kita tak mampu untuk untuk berlagak dengan kemewahan yang kita ada dihadapan gf kawan² kita supaya gf kawan² kita akan rasa menyesal untuk bercinta dengan bf dia dan sepatutnya pilih kita sebagai bf mereka, supaya kita boleh belikan tas tangan berjenama Zaara mahupun eyeliner berjenama Lancome. Seraca rumusnya dunia telah pun merumuskan yang duit adalah amat berkuasa untuk menguasai kuasa lain, dan hari ini aku bangga sebab masih ada banyak duit lagi didalam bank aku hanya perlu ke mesin ATM untuk keluarkan seberapa banyak duit yang aku perlukan, sampai di depan mesin ATM petang tadi aku beratur dengan amat riak sekali untuk keluarkan duit, walaupun mengambil masa yang agak lama kerana ramai manusia lain beratur didepan aku. Tidak mengapa aku manusia robot yang penyabar, aku terus beratur dengan penuh bangga tapi, sampai saja kegiliran aku untuk mengeluarkan duit, tiba² aku hampa bercampur kecewa dan juga malu yang aku pun tidak pasti berapa malunya aku, kerana sebenarnya aku beratur dibarisan manusia² yang hendak menggunakan perkhidmatan cash deposit, Oh tidak kenapa boleh jadi begini?? aku alpa terus undur kebelakang dan jauhkan diri dari mesin cash deposit, sambil didalam kepala aku berfikir kenapa tiada orang mahu mencipta sejenis alat yang hanya perlu diletakkan didalam wallet dan alat itu mampu mengeluarkan duit seberapa banyak yang perlu tanpa kita bersusah payah beratur. Kenapa Thomas eddison tidak mahu mencipta alat ini dulu, aku bangga dengan kebolehan dia tapi aku benci dia hari ini.
Tidak sebenarnya kerana duit semua manusia akan lupa sampai beratur pun ditempat yang salah.
Aku pasrah.
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
1 comments:
hehe..tak tahu nk gelak sampai berguling atau rase simpati skung nie:)..kan peribahasa melayu ada kate..cakap siang pandang2..cakap malam jeling2..so moral of the story..jeling2 la dulu mesin tu:)
p/s : bile nk belanje sweedish meatball nie? ngeh ngeh..
Post a Comment