Saturday, 28 February 2009

Kalau lah atau kau kalah.

Kalau aku banyak duit, mesti aku dah beli kereta cantik, kalau aku banyak duit mesti aku dah beli rumah besar, kalau aku banyak duit, mesti aku tak perlu nak kerja lagi, kalau aku kurus mesti aku setanding dengan Tom Cruise, kalau aku lawa barulah boleh menyaingi Milla jojovich, kalau aku hebat main gitar mesti aku akan main dalam band IN FLAMES, kalau suara aku merdu apalah sangat jika hendak bersaing dengan Leona Lewis, kalau aku pandai berlakon mesti aku akan lagi hebat dari Tom Hanks, kalau aku pakar dalam perisian cakera atau sebagainya, sudah pasti microsoft tu aku yang punya, kalau pandai selok belok perniagaan atapu pun mempunyai ciri² kepimpinan yang bagus sudah pasti muka aku terpampang di majalah Forbes, kalau aku hebat bermain tennis sudah pasti Rafael Nadal tu akan aku tewaskan, kalau aku hebat itu, kalau aku hebat ini, kalau aku macam ni, kalau aku macam tu. Semuanya dimulakan dengan kalau, hidup ini penuh dengan cita² dan impian juga harapan. Tetapi kalaulah kita asyik 'kalau', memang sampai bila² pun kita akan hanya terus berkalau. Dah bangun and start to catch ur dream, aku dah bosan dengan kau punya 'Kalau'.

Dialog tanpa prolog #9

"Geng aku rasa kita perlu selalu kutuk orang lah" Wan berkata.

"Aku pun rasa macam tu jugak" Sambung aku.

"Kenapa??" Aji bertanya.

"Sebab bila kita selalu kutuk orang, baru kita boleh improved diri kita, lepas tengok kesilapan orang lain, so kita akan alert dengan kesilapan kita. Baru lah kita sentiasa sedar, kalau tak, tau nak cari salah orang je, tapi diri sendiri tak perasan." Jelas Wan.

"Ahahaha..."

Friday, 27 February 2009

The gang is back.

Aku sedang hampir lemas dibaham ombak kuat, aku juga sedang hampir hangus dimamah api yang marak, aku juga sedang nazak disepak terajang dengan segala kepayahan dan kejerihan. Dari demi hari aku lalui dengan penuh kegelapan. Namun itu sebenarnya cerita semalam, hari ini sudah tidak ada lagi kepahitan mahupun kesakitan. Setelah berhempas pulas untuk beberapa hari ini, akhirnya kerja dihumban diatas kepala telah berjaya aku habiskan sedikit demi sedikit. Malam ini sudah mampu untuk tersenyum, hari esok sudah boleh untuk bergelak ketawa, lusa pula sudah pasti akan gembira. Kehidupan memang penuh dengan pancaroba, jika tidak diamati dengan teliti memang sudah lama aku padamkan segala sejarah yang sedang aku ukir. Namun sifat berputus asa memang aku cuba halang dari dulu lagi untuk masuk meresap kedalam susuk tubuh aku. Yes its time for smile and laugh. Siapa mahu mabuk² dengan warna² gembira sila bertahan jika anda sedang sakit, sudah pasti hari pemulihan akan tiba.

"Weh hang kat mana?? aku otw pi rumah Wan" Teks ringkas dari Sharman.

"Aku kat ofis, ada apa kat rumah Wan..?" Aku balas.

"Makan..Makan..Makan.." Sharman.

"Lagi 2 minit aku sampai" Aku balas.

Wednesday, 25 February 2009

MOLEKUL INDAH #2

Dan terus binggung, aku teruskan langkah perlahan yang tiada hala untuk dituju, sambil mencari paksi² magnet, aku merenung jauh bulatan matahari yang merah menyala sedang bersiap sedia untuk turun kebawah, aku semakin resah kerana hari akan gelap dan aku masih terus disini sendiri mencari jawapan yang aku sendiri pun tidak tahu soalannya, tapi yang nyata bila aku toleh kebelakang semuanya sudah dipadam, semuanya hilang, aku rasa seperti ada orang sedang memerhatikan aku, oh tidak bukan memerhatikan aku tapi mengawal aku. sambil berjalan dalam keadaan yang tidak pasti dengan nadi yang amat lemah dari jauh aku terlihat seorang budak perempuan memegang anak patung duduk seorang diri ditepi unggun api, dia kelihatan amat menyedihkan, airmatanya berlinangan aku cuba mendekatinya, aku tanya siapa dia dan dari mana datangnya dia, budak itu tidak mengeluarkan kata² tapi hanya mampu menggelengkan kepala, aku jadi semakin binggung, kenapa aku harus ada didalam dunia ini, aku amat sedih melihat budak kecil ini yang hanya mampu duduk diam sambil matanya menampung kesedihan, aku ajaknya berjalan mencari kepastian dia hanya terus menggelengkan kepalanya, aku tidak mampu untuk tinggalkan dia seorang diri, lalu duduk disitu menghabiskan waktu senja. Tiba² aku terdengar satu bisikan yang amat menakutkan hinggap ditelinga aku, "Apakah dosa yang telah kau lakukan hingga kau dicampakkan kesini" aku terkejut dan takut aku cuba toleh kesisi aku tapi tiada apa disitu.
Tiba² aku terlihat satu cahaya yang amat terang menyuluh aku dan datang 2 orang askar beserta senjata mendekati aku, disuruhnya aku bangun, aku seperti biasa dalam keadaan binggung, askar itu menundingkan senapangnya kearah aku dan aku bingkas bangun, tanpa berfikir diheretnya aku menuju kesatu tempat aku hanya mampu toleh kebelakang melihat budak perempuan kecil itu tidak henti² mengeluarkan air mata, dan lama kelamaan hilang dari pandangan mata. Aku terus diheret hingga terjumpe sebuah rumah batu yang amat buruk, kedua² askar itu memaksa aku masuk kedalam rumah itu, tapi kenapa aku perlu masuk?. Salah seorang askar itu berkata dalam bahasa Jerman "gehen und alles klar, wir warten Sie hier" yang membawa maksud, "pergi selesaikan apa yang sepatutnya kau selesaikan, kami tunggu disini". Aku terus melangkah perlahan menuju kearah pintu rumah buruk itu, semakin lama semakin aku mendekatinya, perasaan aku bercampur takut, sedih, pelik dan macam² lagi, bila aku toleh kearah dua askar itu mereka hanya angguk dan suruh aku meneruskan langkah, tanggan aku sudah pun bersedia untuk menolak daun pintu dan perlahan² aku gerakkan, keadaan agak gelap, perasaan semakin takut...

Bersambung..

Dialog tanpa prolog #8

"Just for you sayang, i sanggup redah lautan api" Kata Shahrul.

"Ahh bullshit!! you mana tau berenang, aritu masa mandi kat PD, u dah nak lemas, nasib baik i tolong" Jawab sheera.

"Urrmmpp.." Shahrul.

Iklan yang tidak diiklankan.

Which one is me??

Chemistry beetween us.

Dalam kehidupan setiap hari, tidak kira diceruk mana, dicelah mana mahupun di pelusuk mana kita berada, apa yang diperlukan adalah 'keserasian' diantara satu sama lain terutamanya dari segi pertalian dan perhubungan. Ketika sepasang kekasih sedang sibuk terapung² dengan dunia cintanya, perhubungan tidak akan berjaya jika tiada keserasian. Ketika sebuah pasukan bola sepak hendak memenangi satu kemenangan Keserasian amat penting, jika tidak segala²nya akan pincang, ketika sebuah rock band yang baru untuk mencari nama melalui lagu² yang dicipta. Keserasian amat diperlukan, jika tidak band tu akan berpecah sebelum menempa nama. Ketika rakan sekerja berhempas pulas menyiapkan kertas kerja atau sebagainya. Keserasian benar² memainkan peranan, jika tidak buang masa sahaja bersusah payah. Tidak kira apa pun yang hendak dilakukan, diantara satu sama lain amat memerlukan keserasian. Tetapi pernahkah kita terfikir adakah diantara kita, didalam kelompok rakan² kita, didalam bulatan pertalian persahabatan mahupun pasukan, cuma berlagak atau berlakon untuk mewujudkan keserasian. Kita tidak dapat baca sedalam²nya hati dan perasaan seseorang. Kita juga sukar untuk menyelami jiwa diantara satu sama lain. Jadi pernahkah anda terfikir bahawa anda berada didalam golongan yang mana satu..??

Tuesday, 24 February 2009

Harapan dan impian.

Jika.

Jika diberi peluang aku ingin merentas masa kebelakang untuk memperbetulkan segala kesilapan dan kesalahan yang telah berlaku pada masa lalu. Ada sesiapa ingin ikut serta bersama aku??

Ketawalah.

"Eh u look younger than your age", kata Tina sambil senyum
"Huh!! tipu lah.." Jawab aku sambil cuba menafikan.
"Yup, its true, eh whats the secret. tell me please" Tanya Tina.
"Hurm, eat more fruits and vege's, dont forget to take milk" Jelas aku.
"Nah..everyday i do the same things, but tak jadi pun, must be something else" Jawab Tina sambil mengerutkan dahinya.
"Do excersize??" Jelas aku.
"Everyday my dear i'm cycling" Jawab Tina lagi.
"Oh...Laugh, laugh and laugh..". Terang aku secara spontan.
"Huh!!?? why??" Tanya Tina dalam keadaan semakin pelik.
"Try first for 1 week and u'll know.." Aku.

Satu petang yang misteri.

Semua sedang tekun memberi tumpuan, masing² diatas kerusi sambil tangan sedang meyuap bingkisan² nasi berselirat bercampur kari kedalam mulut. Masing² seperti sedang terbang menuju ke syurga. Dunia menjadi terang menikmati makanan kegemaran. Ayam goreng diracit² dengan buas. Ada yang menggunakan jari, ada yang menggunakan gigi. Mata terbeliak mencari cebisan² permata yang tinggal. Sehingga selesai, sehingga sudah, semua gembira tanda puas. Ada yang bersendawa, ada yang menyedut asap masuk kerongga, ada yang sedang memegang perut.

"Eh, cukup ke, kau taknak tambah ke?" Tanya aku.

"Takpelah, aku diet ni.."

"Ahahaha..yeke?" Aku.

Kadang-kadang.

Kadang² ada orang terpaksa tinggalkan kita kerana ianya benar² menyakitkan, jika terus untuk bersama. Tapi malangnya kita tidak sedar, kita tidak peka, kita tidak hendak ambil tahu betapa pahitnya untuk mereka telan semata² untuk berada dekat dengan kita. Supaya sentiasa mendapat sinar kegembiraan dari kita. Supaya dapat berkongsi segala macam warna dengan kita, untuk kesejuta kali pun kita lansung tidak mahu mengendahkannya, lansung tidak mahu mewarnai lukisannya. Tetapi setelah langkah semakin jauh, setelah langkah mampu bergerak dengan lebih laju, setelah langkah
sudah berdaya untuk berlari, baru kita sedar, baru kita akur dan baru kita perasan, betapa setiap yang ada dekat dengan kita sebenarnya terlalu sakit untuk sentiasa
bersama kita dan pada masa yang sama baru kita sedar betapa kita telah kehilangan satu permata yang mampu terus dan teguh memberi sinar didalam hidup kita. Boleh berpatah balik ataupun tidak sudah tiada makna. Hargailah sesebuah perasaan, hormatilah sesebuah jiwa dan pancarkanlah sesebuah pancaran yang mampu memberi
makna.

Dari jiwa yang sedang meronta.








Monday, 23 February 2009

Jika hari ini.

"Jika hari ini adalah hari yang terakhir aku hembuskan nafas, jika hari ini adalah hari terakhir mata ku melihat dunia yang bukan milikku, jika hari ini adalah hari terakhir untuk aku ukir sebuah senyuman dan jika hari ini adalah hari yang terakhir untuk aku ketawa hingga mengalirkan airmata. Aku akan pastikan segala² yang berlaku pada hari ini adalah hari yang amat sempurna". Itulah kata² dari seorang yang tidak bermaya untuk teruskan kehidupan. Kepada sesiapa yang mempunyai rasa yang sama sila hentikan nafas secepat yang boleh tidak kira dengan cara yang macamana kerana mungkin orang² disekeliling sedang amat "sick and tired!!" dengan perilaku kamu.

Sunday, 22 February 2009

MOLEKUL INDAH #1

Sudah beberapa malam aku mengalami mimpi yang buruk tapi sama, mimpi dimana bila aku terjaga dari tidur pada waktu petang rumah aku sudah tiada bumbung yang tinggal hanyalah dinding² yang menanti waktu untuk jatuh, lantai telah bertukar menjadi pasir yang berlalang, angin kencang bertiup melepasi setiap jendela yang ada, aku hilang kawalan, aku bingkas bangun dalam keadaan yang pelik mencari mak tapi tiada walaupun sayup aku masih mendengar suaranya namun makin lama makin jauh dan hilang, kucing² yang selalu berkeliaran didalam rumah aku pun sudah tidak kelihatan lagi, yang aku dengar cumalah bait² lirik dan alunan lagu, aku berjalan tanpa arah kesetiap ruang yang ada tapi tidak dapat melihat apa², suasana amat cerah dan berangin kedengaran diluar pasir sedang beterbangan sambil berbisik. aku cuba mencari jalan keluar dan apabila aku buka pintu yang aku dapat lihat hanyalah kawasan yang amat suram tiada penghuni dan yang tinggal hanyalah kain jemuran yang beralun² diampaian kerana ditiup angin, aku menjadi semakin pelik dan terus melangkah keluar, fikiran aku amat bercelaru tapi penuh dengan hasrat ingin tahu. Setiap langkah yang aku cipta pasti menjadi tanda tanya kerana aku tidak pasti apa yang sedang berlaku disekeliling aku, semakin jauh aku melangkah dan bila aku toleh kebelakang sedikit demi sedikit gambaran dinding rumah aku hilang, aku jadi amat pelik, setiap langkah yang telah aku lepasi juga akan bertukar menjadi gelap, dihidung aku ada terbau seperti air laut berada dekat depan aku, tapi mata aku amat sukar untuk memastikannya. Terus berjalan adalah objektif aku, dan dari jauh aku terlihat sepasang kekasih yang sedang berlari² kegembiraan sambil berkejaran ditepi pantai, aku cuba untuk mendekati mereka, aku ingin lari tapi aku tidak mampu, badan aku amat lemah, aku cuba untuk jerit tapi tiada apa yang boleh aku lontarkan, aku seperti tidak mampu untuk menjerit. Aku semakin bingung..

Sila mainkan lagu 'Karma Police' dari RADIOHEAD ketika membaca entri ini
Bersambung..

Vielen Dank an alle

Sekilas pandang, terlepas pandang, mahupun tidak mahu pandang, tanpa perlu berfikir secara mendalam, aku selaku penulis jadian untuk blog ini benar² ingin menyatakan rasa 'Terima kasih' yang tidak terhingga kepada semua pengikut blog ini, tidak kira sama ada secara sengaja mahupun tidak sengaja. Terima kasih juga kepada rakan² terdekat yang selalu menyumbangkan idealogi dan mitologi tidak kira secara tulus mahupun telus. Terima kasih juga kepada kenalan²yang dikenali didalam dunia realiti atau sebaliknya. Aku amat terharu dengan semua yang melewati serta melawati blog ini. Terbaca dengan satu email dari rakan yang bertanya tentang perkara yang sudah lama aku tidak siapkan lalu tanpa rasa penuh penyesalan untuk tatapan semua, sebuah cerita pendek bersiri akan aku 'post' di blog ini dalam bentuk penulisan. Ianya hasil dari sebuah jiwa yang berkecamuk. Sebagai tanda Terima Kasih yang tidak terhingga kepada semua, aku mencuba sekali lagi untuk kisah' "MOLEKUL INDAH". Selamat membaca. Thankx again!!

Ironik dan tragik.

Pagi semalam aku tersedar awal, walaupun tidur jam tiga pagi, dalam keadaan lemah dan tidak bermaya aku paksa diri untuk bangun, dalam keadaan sunyi sepi dirumah aku melangkah masuk ke bilik air. selepas beberapa ketika berdiri, berfikir dan terus berfikir, aku keluar dari bilik air, melangkah laju ke dalam bilik, turn on pc pasang cd 'In Rainbow' dari RADIOHEAD baring semula dan terus lupakan segala kekalutan, dan persetankan segala kekusutan. Hari semalam tidak perlu ke tempat kerja dan tiada siapa mampu menghalangnya. Aku sedang menang, yes amat menang!!!
Tapi pagi ini, aku di didalam ruang tempat kerja yang penuh dengan kebuntuan , Yes aku tidak menang sebenarnya, Yes aku memang tidak mampu menang, yup aku memang tidak boleh menang.

Kepelikkan yang amat pelik.

Sejak dari dua minggu lepas, aku sudah merasa pelik dengan keadaan putaran kehidupan aku, pelbagai perkara pelik berlaku keatas diri aku. Diantaranya ialah, setipa jenis kopi yang aku selalu minum sudah tidak rasa sedap seperti dahulu tidak kira dimana saja aku minum memang rasanya amat memualkan, aku sudah lama tidak berjogging pada malam hari lagi kerana amat sibuk dengan kerja, ianya membuatkan aku rasa benar² bersalah lebih² lagi dua hari yang lalu seorang rakan lama menelefon aku bertanya khabar dan "Eh kau macam dulu lagi ke?? or dah semakin besar??eheh" Tanya dia. Aku cuma memberi jawapan degan gelak ketawa. Apa yang membuatkan aku lagi pelik adalah setiap malam dalam keadaan badan yang amat letih tapi sukar untuk aku tidur dengan nyenyak, segala²nya tidak mahu terbang keluar dari jasad dan akibatnya mata aku semakin kelam, tetapi yang membuatkan aku lebih pelik adalah ketika ditempat kerja, aku lansung tiada masalah mengantuk, malah memberi fokus lebih dari seratus peratus terhadap kerja². Aku semakin binggung, semakin gelisah. Jantung berdegup semakin perlahan dan aku semakin tidak pasti apa yang sedang berlaku.

"aku tak tau lah skang ni susah sangat nak tidur" Tanya aku.

"Ala kau tu lah aku suruh makan, bila kita kenyang, perut penuh mesti mengantuk punya". Siapa lagi kalau bukan Wan yang jawab.

Friday, 20 February 2009

A bowl of salad atau daun salad #4

Suasana hingar bingar, ada anak kecil sedang melalak, ada anak kecil sedang berlari, ada anak kecil sedang didukung melewati meja, aku lihat dan kenyit mata, dia membesarkan mata terus ketawa tanda suka. kedengaran dari jauh sayup berbunyi kuali diketuk² dan api marak membuak². Dikiri dan kanan meja masing² sedang tekun menikmati rezeki, sedang tekun menghiasi rasa kasih dan cinta, sedang tekun menonton kotak tv. Di meja paling hujung sekali, sambil menghembus asap, ada yang membaca surat khabar, ada yang termenung dan ada juga yang sedang menghirup sup ayam.

"Aku rasa kalau makan sup ni macam excersize lah". Tiba² Wan bersuara.

"Hah, kenapa pula" Tanya aku semula.

"Kau tengoklah aku berpeluh makan sup ni, memang power sial sup ni" Jelas Wan lagi.

"Abis tu.." aku.

"Yela, makan sup je badap berpeluh, so dah berpeluh tak payahlah excersize, so lepas ni kita makan sup jelah hari², tapi makesure kat kedai ni lah, sup dia power" Jelas Wan lagi sambil tersengih.

"Kan aku dah cakap hang memang pakar" Sharman mencelah.

"Ahahaha"

Thursday, 19 February 2009

Aku tidak mahu Ben Sherman.

Suasana amat nyaman, warna-warna kuning menyirami keseluruh pelusuk didalam bilik, dengan manusia² yang duduk diam memberi fokus kepada kerja, dengan aku yang sedang menerima alunan² mesra dari Dinosaur Jr. Nafas ditarik dan dihembus denga sempurna sekali, rasanya sudah masa untuk aku mula memainkan jari-jari dipapan kekunci untuk entri baru, sambil mata dibeliakkan dan jantung berdebar² untuk memulakan sesebuah permulaan. aku sudah bersedia untuk menaip, bersedia untuk bermain dengan akal fikiran. Yes!! aku sedang memulakan. tiba² ada saja yang datang menghampiri aku, memberi kerja baru, ada saja yang datang nak bersembang, ada saja yang datang bertanya tentang perkara² lepas, tidak semena² telefon juga berbunyi, tidak semena² orang itu panggil, orang ini panggil. Mereka memang resah dan gelisah juga susah jika tengok aku senyum sambil hendak menaip, maaf aku masih gagal untuk entri baru.

Hentaklah, merontalah dan menjeritlah.

Jiwa aku menjadi kabut, hati aku berserabut,

fikiran dihentak, aku dihentam,kekiri,kekanan,atas,bawah,depan mahu belakang

adakah ini petanda untuk aku berhenti terbang,

adakah ini peluang untuk aku berehat,

tiada siapa yang tahu,

ada yang gelak gembira kerana puas,ada yang bermuram durja kerana gagal,

ada yang ketawa kerana berjaya,ada yang bersedih kerana tidak mampu,

ada yang mengambil peluang untuk memukul sekuat hati,

ada yang mengambil ikhtibar dari apa yang telah berlaku,

ada juga yang duduk sepi dan menangis,

tidak mengapa kerana semuanya telah ku rasa,

paradigma tidak akan berjaya jika semua orang gembira

paradigma juga akan gagal jika tiada siapa pun yang bersedih.

aku akan terus...cuma tidak pasti mana arahnya...

Wednesday, 18 February 2009

Aku pasrah.

Petang yang memenatkan, aku terpaku didepan monitor, segala²nya terhenti didalam saraf, darah tidak mahu mengalir, jantung juga seakan berhenti berdegup, mata aku tidak mampu untuk pejam dan buka, kaki dan tangan lansung tiada tanda pergerakan. Apa sudah jadi dengan aku?? Tolong..!!

Pendidikan dan pelajaran tidak sama maksudnya.

"Apalah dorang ni, pasal matematik dengan sains in english pun nak kecoh²" Kata Saravanan.

"I think ok jelah belajar maths & Sciene in english, tak da masalah pun" Kata Lily.

"Aku rasa siapa yang bising² nak suruh belajar balik dalam Bahasa melayu, maknanya dorang tak nak berubah, sekarang memanglah susah, tapi lagi 10 20 tahun??" Kata Man.

"Dorang cakap senanglah, mana budak² kampung macam mana nak tangkap semua dalam english, tu yang ramai tak berminat nak pergi sekolah, last² jadi mat rempit je" Kata Sheila.

"Dulu kita time kecil² mak ayah ajar lagu 'rasa sayang', 'can mali can', dorang lainlah, mak ayah ajar lagu 'London bridge is falling down', 'twinkle twinkle little star', mana nak sama" Kata Amin.

"Dulu aku tanya adik aku satu tambah satu dia jawab dua, tapi bila aku tanya one plus one dia takut nak jawab, dia garu kepala. how??" Kata Nasharuddin.

"Tak salah untuk menguasai english, tapi kena kaji balik macam mana untuk memahirkan penggunaan bahasa tu" Pakcik Aziz.

"Eh dulu kau ingat tak time kita kat Strasbourg, datuk bandar dia bagi ucapan dalam bahasa France, sebab tak tahu nak speaking, pastu siap ada jurubahasa plak, dorang tak sibuk nak pakai english pun??" Johan

"Jepun tak suka bahasa inggeris tapi dorang maju je, macam mana??" Nazri.

"Ala ikut trend la, dah semua orang cakap in english, kita pun ikutlah, apa susah" Zaizeera.


"Huh, belajar dari darjah satu sampai darjah enam pastu tambah dari tingkatan satu sampai tingkatan lima dah jadi sebelas tahun, masih relevan ke sistem pembelajaran yang diadaptasi dari Kolonial british sekitar tahun 1956 dan diguna pakai disini sampai sekarang?? bila nak ubah??" suara halus.

Flirting with crime.

Malam tadi sewaktu baru pulang dari kerja, aku membalingkan diri ke katil, mencari ruang untuk membuang segala kepenatan dan segala pahit jerih pengorbanan. Namun ianya amat mengecewakan kerana mata lansung tidak mahu memberi perhatian untuk mendapatkan kegelapan. Aku amat kecewa, lalu bingkas bangun dan capai gitar, dari mula petik hingga sejam kemudiannya, aku lansung tidak faham apa yang jari aku gerak²kan apabila bertemu dengan tali. fikiran amat bercelaru, itu adalah petanda yang aku sememangnya tidak boleh petik gitar pada waktu itu. Nah, bangun pergi mandi kemudiannya pergi makan. kemudian membaca artikel tentang SLUMDOG MILIONAIRE didalam malajah TIME sambil baring, perkara paling statik dan pasif yang aku buat malam tadi, hidup ini memang membosankan apabila kita tiada tenaga untuk bergerak dan berfikir. Tiba² tanpa diduga aku rasa seperti seluruh susuk tubuh aku tidak mampu untuk bergerak, hanya mata sahaja yang mampu melihat, puas aku berusaha keras untuk bangun tapi gagal, lama kelamaan semakin ramai orang memenuhi bilik aku, mereka melihat aku statik, kedengaran suara yang mengatakan aku lumpuh, aku kena stroke. aku tidak percaya, aku cuba lagi gerakkan seluruh susuk tubuh aku tapi tidak berdaya, aku cuba menjerit tapi untuk buka mulut pun aku tak mampu. Puas aku meronta², puas aku melalak. Jantung berdegup dengan kencang. Nafas ditarik sedalam²nya dan bila aku hembus aku sedar yang sebenarnya aku berada didalam dunia lain tadi, aku sedang bermimpi dan berhalusinasi. Damn!! ianya benar² realistik,seperti yang aku pernah beritahu dahulu, mimpi adalah filem terbaik yang mempunyai kesan khas paling hebat serta para pelakonnya juga paling kreatif. Pagi ini sambil buat kerja aku masih fikir tentang mimpi semalam, kau pula macam mana??

Tuesday, 17 February 2009

Satu hari nanti.

Bila aku mendongak ke langit, sering aku terlihat keindahan matahari dan bulan,

Bila aku menunduk kebawah, pasti akan berjumpa dengan bumi yang dipijak,

Bila aku merenung kedepan, masih tiada khabar berita,namun yang pastinya "gemilang"

Tetapi bila aku toleh kebelakang, berjuta ketajaman cuba menembusi aku, sedangkan aku hanya berjalan sambil menutup mulut..bisu tanpa Suara..

Biarkan....Biarkan...!!! Biarkan...!!!! Satu hari nanti kau pasti akan menoleh kebelakang juga...

99 Luftbaloons for me.

Ironik dan tragiknya tentang sebuah kehidupan, adalah mencari ketenangan dikala keadaan benar² genting dan itulah yang selalu aku inginkan, tetapi malangnya didalam keadaan tenat sebegini, mereka lebih suka memberi tekanan emosi demi untuk membentuk satu sifat benci dan marah. Hingga kadang² aku pun tidak paham apa yang aku lakukan setiap hari. Contohnya aku sendiri sukar untuk mengerti apa yang aku tulis beberapa minit yang lalu didalam entri ini. Cuma yang pasti aku terus akan mengukir senyuman walaupun hati telah banyak diguriskan. Sesiapa diluar sana yang rasa sama seperi aku sekarang, just be cool ataupun buat² cool. Senyum dan terus senyum.

Monday, 16 February 2009

Story of hope.

Hari ini semacam telah disuntik dengan beberapa dos dadah kedalam badan, bangun tidur awal, pergi kerja awal, buat kerja pun hingga tidak pedulikan manusia² lain yang lalu lalang seperti di busra saham. Aku hanya memberi ruang untuk menghirup air kopi serta kepulan² asap seawal pagi tadi. Hingga ke petang baru aku tersedar yang aku sudah jauh terbang bersama kerja² yang ada. aku pelik, mengapa seperti tiada apa yang berlaku, mengapa lansung tidak sangsi, mengapa tiada rasa mengalah. Lama kelamaan baru aku perasan, inilah aku bila berhadapan dengan longgokan dan lambakkan kerja, aku lansung tidak pedulikan manusia² lain, lansung abaikan setiap pergerakan udara. Baru aku tersedar dimana terlalu banyak kesilapan telah aku lakukan mahupun aku lalui. Huh..!! mesej dari teks ringkas.

"Oit malam ni apa program".

"bosan jek...??".

"Geng, balik kul berapa??".

"Oit lama dah tak lepak dengan kau, bila ni".

"Hi..u bz ke".

"Hey, so silent today".

"Takpelah orang dah taknak kawan dengan kita, nak buat macam mana".

"Eh boleh i call u jap"

dan yang paling terbaru.

"Woi cepat balik, kita orang kat Adam Lee ni, lapar sial..!!" Wan.

Dialog tanpa prolog #7

"If u jadi bunga, i pasti akan jadi kumbangnya" Kate Jeff kepada Sofea.

"Oh Terharunya i, Thank u my dear, love u so much" Jelas Sofea.

"Hah yelah kau nak jadi kumbang, abistu kumbang betina macam mana??" Suara aneh.

"Huh!!" Jeff dan Sofea.

Sunday, 15 February 2009

She like a strobe light.

Hari ini hari yang penuh dengan kegagalan. Harap maaf.

Dialog tanpa prolog #7

"Eh aku peliklah, betulke Najib tu jahat orangnya" tanya Yus kepada aku.

"Huh?? napa kau tiba² tanya benda macam ni" Tanya aku semula kepada Yus.

"Yelah, sekarang kita tengok banyak benda berlaku dan ramai orang cakap Najib kalau jadi PM jahanamlah hidup kita, kau pun selalu cakap macam tu, kan??, tetapi kalau betul lah dia jahat, kenapa takde apa² pun berlaku kat dia, maksud aku kenapa tuhan tak nak balas kejahatan dia, hidup dia mewah je, seronok je..kenapa" Yus memberi penjelasan tentang kemusykilan.

"Ok Yus kau penah dengar tak golongan orang² 'Istidraj'?? golongan orang² yang memang tuhan bagi kesenangan, kemewahan dengan bertujuan untuk menghancurkan diri dorang sendiri, memang selalunya kita tengok orang yang ada banyak duit hasil dari sumber haram akan sentiasa hidup gembira, kenapa?? memang nak bagi lalai dan kemudian hancurkannya. Orang² macam ni memang selalu fikir dorang boleh tongkat dunia, tapi dari ratus² tahun dulu cam cerita Firaun dan Namrud yang berkuasa atau Qarun yang kaya raya tapi akhirnya jahanam dikerjakan" Jelas aku dengan muka yang serius.

"So kau rasa pemimpin² yang jahat makan duit orang ni semua dari golongan 'Istidraj' ke??" tanya Yus lagi.

"Aku rasa macam tu lah, kau try lah tanya Najib sendiri" Aku.

When Harry meet Sally.

Sama ada sedar ataupun tidak, sama ada perasan atau tak, sama ada tahu mahupun tidak, dengan mata terus pejam dan buka dan pejam semula, dengan roh terbang keluar dari jasad dan masuk semula, dengan segala picisan-picisan kemungkaran berlegar² disekeliling, hari ini cukup tiga minggu aku berada setiap hari hampir 10 jam ditempat kerja. Ini sebenarnya adalah perkara biasa bagi seorang android kerana sebelum ni aku pernah berterusan kerja sampai dua belas minggu tanpa henti setiap hari. Kepada sesiapa yang ingin merasai keseronokkannya cuba minta kerja di syarikat penerbangan gergasi, dibahagian kejuruteraan dan segala kegembiraan sedang terpahat disini. Bagi rakan² yang sudah biasa dengan aku mungkin sudah lali tentang luahan rumusan yang keluar dari jiwa aku. Bagi yang tidak tahu mungkin sedang lari selaju²nya, sejauh²nya dari aku. Aku tak peduli pun, aku tidak kisah pun. Cuma kebelakangan ni aku rasa seperti sedang cuba untuk menghargai erti sebuah kehidupan, erti satu pusingan didalam bulatan dan hari ini aku rasa amat sangsi sekali bila bangun dari tidur dan terus bersiap ketempat kerja. Melalak dan berteriak didalam hati masih tidak cukup untuk menenangkan aku dan paling meneyedihkan bila dapat teks ringkas dari beberapa manusia pada pukul 11 pagi atau 12 pagi dengan ucapan "Hey good morning!!". huh aku amat tidak tenang.

Saturday, 14 February 2009

Supermodel in my puffy little shoes.

"You must be the change you want to see in the world." kata Mathama Gandhi.

"Tiada siapa akan tolong kita kalau bukan diri kita sendiri" kata aku.

Good morning Farah.

Dialog tanpa prolog #4.6

"Eh i nak tanya u la, 'feudal' tu macam mana??" Tanya Tina.

"Hmmm, its like dulu kita kecik² time lasak nak lari² nak panjat², and then mak kita akan takut²kan kita macam cakap. Hah!! pegilah sana ada hantu momok tunggu nak makan dia" Jelas aku.

"And then kita takut apa kena mengena dengan Feudal" Tanya Tina lagi.

"Tina, bila kita takut kita takkan akan pergi berlari kesana, kita akan duduk diam je sebab takut nak kene makan dengan hantu momok, so 'feudal' lebih kurang macam tulah, kita tak berani nak buat apa² pun, even ada orang tipu kita, tindas kita". Jelas aku sambil ketawa.

"OooH..abis tu federal plak macam mana??" Tanya tina lagi.

"Huh?? federal??, tu federal Highway..Ahahaha" Aku sambil gelak.

"U ni..."

Malam penuh bunga-bungaan.

Didalam kepekatan malam, didalam sebuah jentera pemusnah, didalam keadaan penuh marah, masing² sedang melayan lagu² kejam. Dari WHITE CHARPEL ke UNEARTH, dari HIMSA ke WIND OF PLAGUE, dari TOWER OF ROME ke SEE YOU NEXT TUESDAY. Didalam perjalanan menuju ke dunia lain, masing² sibuk membuat rumusan "Cibai lah dia punya scaling", kau cuba dengan dia squil", "Appregio sial","Aku rasa nak berhenti main gitarlah","kau cuba dengar part ni, stroke dia kejamlah","Hushhh". Begitulah bunyi bila pemuzik² bebas sedang memperkatakan tentang lagu² yang didengar. Disebalik sinaran lampu² neon ditepi jalan, disebalik bunyi deruman jentera² pemusnah lain dikiri dan kanan. Bunyi mesej teks ringkas masuk kesalah sebuah telefon bimbit milik salah seorang.

"Weh Nas sms aku tanya lepak mana" Jelas aku.

"Aduhh!! dia tak pegi celebrate malam valentines ke??" Tanya Wan.

"Tu lah, ingatkan kita empat orang je yang takde gf malam ni" Suara Sharman menyelah.

"Ahahah..We're not alone..aku cakap kita pegi William lah" Aku.

"Ok..actually kita pun tengah celebrate malam valentines jugak ni" Jelas Sharman.

"Huh..!! gila..mana ada" Sampuk Aji.

"Yelah kita nak pergi makan, kita sedang nak meluahkan perasaan cinta kepada makanan, tak boleh ke?? sama jelah" Jelas Sharman lagi sambil tersenyum.

"Ahahah..aku setuju, aku memang nak berkasih sayang dengan food je.." Jelas Wan.

"Kau memang lah.."

Friday, 13 February 2009

Hari yang penuh dengan ciuman.

Disaat semua manusia sedang sibuk dan huru-hara memikirkan tentang hari kekasih. Sewaktu beberapa teks ringkas masuk kedalam telefon bimbit bertanya tentang sambutan hari kekasih, Nah hapuskan segala perasaan kasih dan sayang, kita cuma perlu gelak dan ketawa untuk mengubati segala kekecawaan.

"Hello, hi darling u buat apa tu" Tanya aku.

"Huh!! apehal lu..??" Jawab Wan.

"Darling esok Valentines day, jom keluar" Jelas aku.

"Fuck lah Valentines..ahahah, jom la keluar" Wan sambil gelak.

"Wan esok kita pegi lepak Italianese, kau pegang tangan aku, and aku pegang bunga, nak tak?" Tanya aku.

"Ahaha..bahan sial, tapi jomlah try buat esok" Wan.

"Ok, tapi kita dua² kena buat muka garang, baru nampak real" Jelas aku sambil gelak jugak..

"Kah..Kah..Kah..tak boleh belah sial..pastu nak kene kiss kau ke kat depan orang ramai" Wan lagi.

"Ahahaha aku bantai kau.."

Saki baki kehidupan lalu #4






Dari jiwa yang meronta-ronta

Dulu, kehidupan aku tidak ubah seperti selonggok sampah yang besar, ianya sebuah kehidupan yang penuh dengan kebencian, kemarahan, penuh dengan warna-warna gelap yang jijik, penuh dengan penyesalan, penuh dengan penghinaan. Itulah yang sering bermain difikiran aku. Seperti biasa setiap hati dan jiwa mesti mempunyai persoalan tentang sejauh mana kita mampu untuk bertahan didalam dunia yang kita cipta sendiri hanya untuk memuaskan hati dan perasaan. Aku tidak seteguh mana untuk tegap berdiri didalam dunia sendiri, sedikit demi sedikit aku cuba pastikan perpindahan, perubahan, anjakan serta penghijrahan. Kita tidak boleh menentang arus, tapi kita mungkin mampu untuk memberhentikan arus. Few years back dan sekarang, aku rasa banyak idealogi tentang kehidupan telah aku ubah, jika dulu aku bersarapan nasi lemak dan teh tarik, kini hanya sebiji epal hijau atau roti bakar serta kopi, jika dulu aku banyak bersuara tapi sekarang lebih diam dan berfikir, jika dulu duduk ditepi longkang membuang masa kini lansung tidak masa, jika dulu majalah ROTTW kini sedang membelek dan merobek karya Amir muhammad mahupun Sheryl Stothard atau Farish A. noor, mungkin sudah terlewat tetapi tiada apa pun yang hendak dikejar, jika dulu melalak-lalak dengan bait² lirik dari Billy joe mahupun Ian Curtis atau Thom Yorke, kini aku sudah mula cuba untuk menyerap, mengkaji dan memahami karya² dari Robinson Jeffers juga A.Samad Said. Jika dulu sibuk dengan riff² gitar dari Dimebag darrel atau Trey Azagthoth tapi kini tidak kisah dengan Art Alexakis mahupun Loque. Jika dulu amat bercita² tinggi untuk menjadi seorang jurutera kemudian gagal, tapi kini aku rasa seperti hendak menjadi penulis skor muzik untuk filem² ataupun menulis artikel secara serius tentang band² juga pemuzik bebas. Aku sudah jauh berlari sambil menyanyi tidak macam dulu yang hanya duduk dan bersuara. Impian dan harapan setiap orang memang berbeza memang tidak sama. Tapi sekurang²nya sedang bangun dari lembah kekalutan dan kekusutan. Berjaya atau tidak, bukan diri orang lain yang tentukan. Jika rasa tidak berani membuat perubahan lebih baik duduk diam dan layan emosi perasaan.

Tertekannya tekanan #6

Setelah berdecis-decis setiap hari, bergaduh bertumbuk setiap minggu, membaling membuang setiap bulan. Akhirnya aku berjaya dapat sebuah pc baru, monitor flat skrin baru, cpu baru, tetikus baru, papan kekunci baru serta bau dari kotak yang baru. kini kehidupan menjadi lebih bermakna, senyuman lebih lebar, jari-jemari akan menari²dengan lebih kemas ketika dipapan kekunci, apa yang didalam kepala akan aku pindahkan sedikit demi sedikit kedalam folder didalamnya. Kini hati gembira, kini jiwa tidak lagi sengsara, kini semuanya ceria. Kini sedang dengar lagu 'Today' dari SMASHING PUMPKINS.

"Eh this weekend u keje ye, new aircraft is coming in frome state EVERGREEN" Suara bos.

"But this Icelandic still not going out, how to tackle two aircraft at the same time " Jelas aku.

"Eh u got new pc, good for you" Bos senyum sambil pegang skrin.

"Huh..!!" Aku.

Thursday, 12 February 2009

Dialog tanpa prolog #4.5

"apalah dorang ni sibuk buat rusuhan kat masjid lah, kat depan mahkamah, depan balai polis lah, buang masa je" Jelas Sharman.

"Tulah, aku rasa lagi bagus pegi buat rusuhan kat depan ofis FAM suh sultan letak jawatan dari jadi presiden seumur hidup, buat malu je, tak tau malu je" Jelas aku.

"Hah..btul tu, baru puas hati. kenapa dorang taknak buat rusuhan pasal benda ni, dorang sibuk bincang je" Sharman.

"Dorang gagal Man, hang pun tau kan camna depa" Jelas aku.

"Depa tak pandai nak uruslah, kalau aku jadi pegawai kat FAM tu aku tau lah nak buat camna, bla..bla..bla.." Jelas Sharman menceritakan tentang kepakaran dia sebagai bekas pemain bola sepak yang pernah mewakili salah sebuah pasukan bola sepak di Cardiff city.

"Tulah, aku kalau ada anak lelaki, pastu minat main bola, cukup je 12 tahun aku terus pi hantar kat Akademi bola kt UK, buang duit sikit pun takpelah, janji nanti jadi pemain bla profesional, time tu banyak duit boleh sara keluarga" Jelas aku.

"Ahahah betul, aku pun nak buat macam tu" Jelas Sharman.

"tu la, kalau derhaka taknak sara keluarga, sumpah sampai jadi ikan gorenglah" Wan menyampuk.

"Huh..makan je"

"tu

grüner Apfel #2

Selepas membuka pintu berjalan dengan penuh keyakinan, dengan penuh kebanggaan, sambil ditangan sedang memegang sebungkus plastik kuning dimana didalamnya berisi sekumpulan kepuasan. Kucing tergolek² terkangkang² tidak mampu untuk memberhentikan langkah ku. Lupakan untuk tukar baju mahupun buka stokin, dengan penuh rakus apabila sampai didapur aku capai bakul dan masukkan segala yang ada didalam plastik. dalam keadaan penuh debar aku rangkul pintu peti sejuk dan letakkan bakul kedalamnya. Lampu oren malap memberi sinar baru apabila mendapat kehadiran sebakul 'epal hijau'. Mulai hari ini tidak perlu rasa sangsi untuk memetik setiap biji epal hijau didalam bakul. Aku menang dengan bergaya. Aku angkuh dengan gembira.

"Eh lewat balik hari ini, keje banyak ke??" Tanya emak.

"Tula, ada keje skit, kawan yang sekali keje tu dah bersalin, so tinggal sorang jelah buat semua benda" Jelas aku.

"Oh dah bersalin dah, dapat anak apa, lelaki ke perempuan" Tanya emak lagi.

"Anak lelaki" Jawab aku.

"Emmm alahai, lambatlah dapat menantu" Jelas emak.

"Hah?? kenapa??" Tanya aku pula.

"Yelah, anak lelaki kan kahwin lambat" Jawab emak sambil tersenyum.

"..!!!??????" Aku yang tadi menang dengan angkuh, berjalan terus masuk bilik terus dengar lagu EXPOSIONS IN THE SKY 'day 2' dan terus membaling susuk tubuh ke katil. Damn!!

grüner Apfel adalah epal hijau dalam bahasa Jerman

Minggu-minggu terdahulu pada bulan hadapan.

Ada yang berkemeja kotak, ada yang ber t-shirt hitam penuh dengan hasil² seni didepannya, ada yang ber-skinny jeans, ada yang ber-cargo pants, kasut dan selipat, masing² gah berjalan didalam gedung penjualan, masing² tersenyum melhat manusia² lain tidak kira plastik, kayu mahupun logam. Sambil jalan berpeluk tubuh, tangan dibelakang juga didalam kocek.

"Man napa ramai orang kat dalam shopping complex ni asyik tengok aku je, nak kata aku artis, album tak released lagi?" tanya Wan kepada Sharman dengan penuh ragu².

"Hmmm aku rasa sebab depa tengah fikir kut, pelik jugak ye" Jelas Sharman.

"Kenapa nak pelik pulak, apa yang aku buat?" tanya Wan lagi sambil garu kepala.

"Depa pikir, mana hang dapat baju kemeja kotak² ni, ada size plak ye, tu yang dok pening ushar hang je..ahahaha" Sharman sambil gelak.

"Haram...hang nak kena ke" Wan.

"Ahahahahah..Kah..Kah..Kah.." aku dan Aji.

Aku dia dan Surya.

Satu ketika dulu, tidak kira pagi, petang mahupun malam. Bagi aku kombinasi yang terbaik diatas meja makan adalah dua keping roti canai (banjir) bersama kuah dhal dan sambal serta kari ikan pekat, kemudiannya segelas teh tarik yang buihnya mampu diapung²kan dan yang paling akhir adalah rokok kretek surya (original). Setiap kepulan asap yang dikeluarkan adalah kepuasan menikmati keindahan. Its heaven man!! dan akibatnya berat badan bertambah dan terus bertambah. Padan muka. Setelah sedar dari mimpi ketika tidur disyurga, kini aku tidak lagi mengendahkah roti canai mahupun teh tarik, semuanya aku telah buang tidak kira dari pandangan imaginasi mahupun realiti. Itu semua racun!! Selamat datang ke kehidupan baru yang lebih sihat tanpa ragu-ragu.

Wednesday, 11 February 2009

Melayan KATRINA DAHARI dipetang hari.

Petang yang gemilang, ketika sedang asyik menyepak terajang segala kertas kerja yang semakin hari semakin membukit seorang diri, satu teks ringkas masuk ke dalam telefon bimbit aku. "Alhamdullilah, aku dapat baby boy pukul 2 pagi tadi, semua selamat". aku balas "Tahniah!! tahniah!!, hope semua ok" Ianya mesej dari Adlina, rakan sekerja, rakan seperjuangan yang sama² bertempur dengan aku menguruskan segala kertas kerja untuk projek² yang lalu. Lebih setahun aku bekerja dengan dia, dari sebelum dia 'pregnant' hinggalah petang semalam. Kelahiran baru menandakan bermulanya kehidupan baru. Secara lansung mahupun tidak, melalui teori dan kata² yang dikeluarkan sebenarnya Adlina berjaya memberi sedikit sebanyak idea tentang perkahwinan, idea tentang kehidupan bersama² dengan orang tersayang. Idea tentang segala kerumitan dan keceriaan. Idea tentang kelahiran dan sebagainya. Tidak banyak tidak ianya mampu mempengaruhi fikiran , ianya mampu memberi ruang positif didalam kepala seorang lelaki yang asyik tidak sedar diri dan hilang punca. Cuma aku sahaja yang angkuh berdiri, riak sendiri dan menidakkan segala perkara. Apa² pun Tahniah kepada Adlina, juga tahniah kepada mana² ibu yang baru melahirkan anak. Selamat berusaha keras membesarkannya.
Dan aku?? hanya duduk diam sambil menghayati baris² kata dan alunan mesra dari lagu nyanyian KATRINA DAHARI dipetang hari.

"Hey guys..about Adlina dodic, she finally got baby"

Dialog tanpa prolog #4.4

"Eh Karpal berani betul nak saman sultan ye" Tanya Fakhrul lagi.

"Huhu..berani la tu" Jelas aku.

"Dia tak takut ke?? dah banyak orang lodge report pasal dia" Fakhrul.

"Takde siapa yang nak takut, Sultan pun tak perlu takut, kalau kene saman, bayar jelah, takkan takde duit, kata sultan mesti banyak duit" Jelas aku lagi.

"Betul jugak kan, tapi yang dorang sibuk² buat rusuhan tu buat apa ha" Tanya fakrul lagi.

"Tu la pasal buang masa je, bukan dapat duit..baik dorang pun sama² saman sultan" Jawab aku sambil ketawa.

Tanpa peduli aku mengejar kebebasan.

Mata sudah tidak mampu untuk menyuluh, kepala sedang pincang melayang², aku sudah tidak nampak apa² didepanku, sambil gelak dan ketawa kami terbaring-baring, memerhatikan setiap pergerakan yang nampak amat samar tetapi berjaya mencuit hati dan perasaan. diruang penuh dosa kami cantas segala kebaikkan, segala kemungkaran, apa yang diimpikan hanyalah erti hidup yang sempurna. Gelak dan terus gelak sambil asap mengambil peluang mencemarkan suasana. aku lupa, mudah lupa, yang diingini hanya kata keramat iaitu 'bebas'. tiada siapa dapat lari dari dosa, tiada siapa yang mampu mengejar pahala. Telinga aku sudah tidak mampu menyerap apa² bunyi melainkan suara² sayup yang keluar masuk dalam keadaan bergetar. Gelak dan terus gelak. Ketawa dan terus ketawa. Perkara semalam, perkara esok aku biarkan lupa. Dalam keadaan separuh sedar sekalung pertanyaan dikalungkan kepada aku.

"Kau buat macam ni sebab kau kecewa ke?" Tanya suara halus.

"Taklah, aku tengah menghayati kehidupan, kenapa kau tanya?" Jelas aku sambil ketawa.

"Kenapa kau diam?" Tanya aku lagi.

Pusing kebelakang, dongak keatas, toleh kekiri, pulas kekanan. Dari mana datang suara tadi. aku pun tidak pasti, yang aku perasan adalah susuk tubuh beberapa manusia yang sedang ligat bergelumang dengan cahaya kehancuran. Mata yang tidak mampu menyuluh, ku cuba regangkan segalanya mencari suara aneh yang bertanya tapi tak jumpa. Aku bangun dan terus keluar dari ruang kejahatan dengan nafas yang tersekat² pandu jentera pemusnah dan terus pulang kerumah. Tiada satu panggilan telefon pun yang aku jawab, cuma beberapa mesej teks ringkas penting yang aku balas itupun aku tidak pasti apa yang aku baca dan aku ulas. Duduk diam terpaku lalu terus terbaring. Tidak sedar dan tidak peduli.

Tuesday, 10 February 2009

Lagi besar harapan lagi banyak kekusutan.

Malam semalam pada minggu hadapan.

Kira² lima, enam tahun lalu aku teringat kepada seorang kenalan yang amat taksub dengan kerja² dan amalan² yang diperintahkan. Ianya tentang seorang lelaki muda yang pagi dan petangnya, malam dan subuhnya dipenuhi dengan berzikir. Tanpa rasa gundah dan gulana dia berzikir dan berzikir memohon dari maha kuasa. Setiap hari dia lakukan amalan yang sama. Ramai yang sejuk melihatnya, aku juga rasa nyaman bila bersua muka dengannya. Aku selalu jumpa dengannya ditepi sebuah padang yang berdekatan dimana aku dan rakan² membuang masa bermain gitar. Dia sering membawa tasbih dan berzikir. Dia pandang aku tanpa rasa kekok walaupun amat jauh perbezaan dia dan aku, katanya dia sedang mengikuti kumpulan dakwah dan akan merantau ke merata tempat demi untuk mempelajari ilmu agama dengan lebih mendalam, aku hormat pemuda ini walaupun dia sebenarnya jauh lagi muda dari aku. Tapi kadang² manusia ni mudah lupa dan cepat bongkak dengan apa yang dimiliki olehnya hinggalah tercetus satu dialog tanpa prolog antara aku dengan dia.

"Saya tengok pakcik² kat depan tu rasa kesian lah" Jelasnya sambil menunjuk kearah sekumpulan orang tua yang sedang sibuk bertukang.

"Kenapa kesian" Tanya aku.

"Yelah, hari² saya tengok mereka kerja hingga takda masa pun untuk berzikir" Jelanya lagi.

"Berzikir tu kan bagus untuk melapangkan dada, hati jadi tenang dan terang" Katanya lagi.

"Rasanya kau tak perlu cakap macam tu kut sebab dorang kerja mencari rezeki, itu adalah amat wajib, dorang cari rezeki halal untuk tanggung anak bini dorang,
Zikir ni perkara sunat, Wajib dan sunat mana yang harus didulukan?? Tuhankan suruh kita berusaha mencari rezeki dan aku rasa rezeki takkan datang bergolek macam
tu je tanpa usaha" Jelas aku.

Sejak dari perbualan itu, pada keesokkan harinya dan hari² seterusnya aku sudah tidak nampak lagi lelaki muda itu hinggalah malam tadi aku terperasan dengannya yang sedang asyik minum sambil menghembus asap rokok keudara. Songkok atau serban sudah tidak dikepala lagi, yang menggantikannya adalah fesyen rambut terkini penuh dengan warna² pelangi juga bercermin mata gelap pada malam hari. Berskinny jeans dan berkemeja dan tanpa rasa segan dan silu menegur aku. Sambil gelak aku mengangkat kepala, sambil gelak aku cakap kepada kawan² aku

"Kalau tak boleh nak berjalan jangan cuba untuk berlari sebab boleh makan diri"

Dialog tanpa prolog #4.3

"Aku rasa, aku dah malas nak jadi pakar pemakanan lah" Jelas Wan.

"La, kenapa??" Aku.

"Bosanlah, hidup macam selebriti, semua orang tanya aku pasal makan, makan..aku fed up lah" Keluh Wan lagi.

"Issshh, take it easy my friend, abis kau nak jadi apa??" Tanya aku semula.

"Aku nak jadi pakar IT, skang pun dah kerja kat IBM apa lagi yang boleh aku buat" Jelas Wan sambil senyum.

Kedua² diantara kami duduk diam tanpa kata apa² aku kecewa dia pula gembira.

"Eh tapikan jadi pakar IT best jugak, bila free boleh google macam² pasal food, kan?? dunia dihujung jari" Jelas Wan lagi.

I cannot remember anything.

Hari ini hari yang luar biasa, pagi ini pagi yang amat mustahil, detik ini detik yang amat pelik kerana aku sampai awal dari manusia² di tempat kerja. Perkara yang amat jarang berlaku. Lalu duduk bersandar dibangku, tangan diletakkan dibelakang kepala dan terus nyanyi lagu 'the freshman' dari THE VERVE PIPE. "For the life of me I cannot remember","What made us think that we were wise and
We'd never compromise", "For the life of me I cannot believe
We'd ever die for these sins", "We were merely freshmen."

Anekdot indah tentang dia.

Malam, ketika melihat langit dan awan hitam beralun² bergerak secara perlahan mengikut paksinya, aku masuk kedalam bilik dan cuba memulakan episod baru sebuah kehidupan. Mendengar lagu² dari corong speaker sambil mata menenung episod lalu dari kehidupan lama di skrin komputer, membelek satu persatu gambar² manusia yang pernah mewarnai lukisan hati dan jiwa aku. Setibanya pada satu gambar yang aku curi diinternet milik seorang perempuan dan aku simpan didalam folder lama. Gambar seorang perempuan yang hampir berjaya membuka kunci pintu besi yang penuh dengan kebencian dan kemarahan, sebuah gambar potret indah yang sentiasa senyum sambil matanya memberi pelbagai maksud dan makna tentang erti sebuah perhubungan. Aku tenung dengan penuh syahdu sambil pada masa yang sama sedang berkumandang lagu DEEPSET 'Every instance in time is a journey of hope', membuatkan jiwa ini sentiasa dan masih mengharapkan sekelumit harapan darinya. Tiada siapa pun yang tahu tentang aku dan dia, tiada siapa pun peduli tentangnya kecuali aku, sememangnya aku dan malangnya tiada siapa pun termasuk dirinya mahu ambil peduli tentang anekdot² berwarna yang pernah direka oleh aku untuk dirinya. Aku fikir dia tidak akan lari jauh dari aku, tapi siapa aku untuk tentukan datang dan perginya sesebuah kisah gembira itu. Tanpa penyesalan dan tanpa memberitahu aku telah padam gambarnya pada saat lagu SNOW PATROL 'You could be happy' sedang berkumandang. Pusingan harus terus dipusingkan dan aku sedang melengkapkannya. Maaf hari ini aku bermain dengan jiwa.
Telefon berdering (gangguan).

“Ello, weh hang rasa boleh ka nak saman sultan?” Tanya Fakhrul kepada aku melalu corong speaker telefon bimbit.

“Huh, darah kita merah, darah depa pun merah, kita sama je, depa tuhan jugak yang buat, so saman jelah, apa peduli” Jelas aku sambil ketawa.

“Tu lah kan, tapi ada yang dok bangkang siap buat rusuhan semua buat apa?” Tanya Fakhrul lagi.

“Ahaha depa nak jadi hang tuah, setia pada raja, ahaha macamlah raja tu pi sumbat nasik kat depa hari²” Jelas aku lagi.

“Btoi gak tuh, gila lah depa ni..huru hara, jom bla dari sini” Fakhrul.

“Ahahaha..hang ni tak abis² melawak, jom lah bla, aku tunggu hang je ni, dah la aku nak tidoq, esok cita lagi, ganggu aku je..ahahah”

Monday, 9 February 2009

Saki baki kehidupan lalu #3








Boleh percaya ke kata-kata John Paul Young

"Love is in the air" tapi kau tahu tak berapakah lama ianya akan terapung?? atau perlukah ianya terapung??

Epal hijau.

Aku gembira bila secara bersahaja aku berjalan keruang dapur rumah dan kemudian mencapai daun pintu peti sejuk lalu membukanya dengan penuh debaran, setelah lihat secara terperinci aku dapati ada sebakul epal hijau sedang gembira mewarnai ruang malap didalam peti sejuk rumah aku. Epal hijau amat penting bagi aku sekarang, ianya ibarat dadah paling bermakna untuk aku. Aim dan beberapa manusia lain pasti tahu sebab aku pernah cerita betapa epal hijau benar² memberi nafas baru didalam hidup aku. Tanpa membuang masa, tanpa menghantar isyarat ke kepala, segalanya digerakkan melalui hati dan jiwa. Tangan aku terus mencapai sebiji dari padanya, cuci dan terus memberi gigitan sempurna kepada epal hijau dan tanpa disedari ianya sedang menari² didalam mulut aku bersama² gigi. Dalam pada masa yang sama kucing aku cuba merapati kaki dan mengeluarkan kata² "Weh bagilah sikit" aku jawab, "Come on kucing mana makan epal, pegilah tidur balik". "Teruk la kau, tipu aku" katanya lagi. aku senyum puas dan terus menggigit keruang hijau yang lain sambil mengorak langkah untuk masuk kebilik semula.

"Eh napa makan epal tu, lahai tu orang tumpang nak buat hiasan kenduri kahwin nanti" Jerit mak kepada aku.

"La..tak tulis pun cakap 'bukan untuk dimakan'" Jelas aku dengan perasaan bersalah.

"Lain kali tanya lah dulu, kan dah nak kene ganti balik" Kat mak.

"Tak tulis pun 'lain kali tanya dulu sebelum makan' kat dalam bakul tu."

"Ha yelah..bla..bla..pong pang..!!pong...pang!!" Mak.

Sambil duduk diatas katil memegang gitar, kucing aku masuk dan terlihat baris² ayat diatas kepalanya

"Padan muka kau, lain kali tanya dulu, keh..keh..keh"

Sad sunday evening blues.

Hari sedang gelap, Aku duduk terpaku tanpa buat apa-apa, hari ahad yang menyedihkan. anda pula bagaimana..??

Sunday, 8 February 2009

PARKWAY DRIVE di kenduri kahwin.

Bergetar² frekuensi tegar mencari ruang untuk keluar, segala norma-norma sedang digugat, saluran pernafasan semakin kental, saluran darah bergegas menghantar mesej, jantung berdegup kencang, perut kosong juga sedang berbunyi. Lubang telinga sedang lengkap menyerap segala kejahatan tanpa bocor atau tertinggal walau satu nota pun. Dari riff² gitar yang kejam, hentakan drum yang keras juga teriakkan suara marah memarahi pusingan penindasan. PARKWAY DRIVE, satu ketika dulu pernah menjadi bahan rujukan dan petang ini mereka di kota Kuala Lumpur memberi aksi. Tiba² mesej dari teks ringkas melakukan tugas.

"Weh, kau kat mana? jom pegi kenduri kahwin kawan aku" zaried.

Aku terus membuat panggilan.

"Ello, sorry geng, aku hanya akan pergi ke private² party yang penuh dengan benda² jahat. Itu pun kalau party tu berdekatan dengan kolam, selain dari itu aku memang tak berminat nak pergi, kau pegi jelah" jelas aku.

"ala, boring je..eh PARKWAY DRIVE petang ni tak pegi ke?" Tanya Zaried lagi.

"Huh!! pergi IKEA makan sweedish meatball lagi best" Jelas aku lagi.

"Ahaha..aku lupa kau bukan hardcore, kau bukan mat metal" Jawab Zaried.

"Yerp..aku mat² kereta, jangan kacau aku" Jelas aku.

"Mintak² terbalik lah kereta kau..ahahah" Zaried.

Mana boleh lelaki anti metroseksual macam aku pergi kenduri kahwin. lupakan.

Hari esok milik siapa.

Malam tadi selepas teringat tentang baris² ayat didalam lirik lagu 'Everybody's got to learn sometimes' dari Beck buat aku susah untuk tidur, buat aku teringat kepada sebuah movie lakonan Jim Carrey dan Kate Winslet iaitu 'Eternal Sunshine of the Spotless Mind', sebuah kisah yang amat menarik, dari naratif dan plot, dari lakonan yang dilakonkan, cerita ini berjaya menarik aku kedalam dunia mereka. Sebab apa?? sebab mungkin aku juga ingin merasai apa yang mereka rasa. Memadam segala memori² indah yang pernah dilalui satu ketika dulu. Mata terkebil² jiwa meronta². Aku jatuh terkulai layu. sampai ditempat kerja ketika mengeluarkan lagu 'Everybody's got to learn sometimes' dari pc ada yang menyapa.

"We can delete our mind but we cant delete our heart, eveything is in here, not here.." Jelas Herve sambil menunding jarinya didada dan kemudian menggerakkannya ke kepala.
Aku angguk dan senyum tanda setuju.

Hari semalam adalah hari pengampunan dan penebusan.

Semalam adalah hari pengampunan dan penebusan dosa bagi aku dan dia. Berjalan² di shopping mall, toleh kekanan, toleh kekiri. Semua orang pandang kami, semua orang memerhatikan kami.

"Eh why all people around tengok kita je, dari tadi" Tanya dia.

"Yes because i'm walking with runaway model today" Jawab aku.

"Huh, enough, stop it, i'm tired to be like that, dorang ingat best ke jadi model, penat tau" Jawab dia.

"Hey..Lapar lah." Aku.

Jalan dan terus berjalan, motif dan objektif utama adalah untuk makan, makan sepuasnya². Hari ini adalah hari menebus segala²nya.

"U know what dah lama i tak makan macam ni, semua sebab nak jaga perut" Jelas dia.

"Ahaha..its ok, today u free, free to eat, eat and eat" Jawab aku.

"I pelik lah, semua orang pandang kita dari tadi, rasa macam nak asking them" Jelas dia lagi sambil mengunyah.

"Cool, dorang pandang sebab, this guy sedang bersama model, and this guy lebih rendah dari u dan gemuk, ahaha" Jawab aku sambil menunding jari kearah susuk tubuh aku sendiri.

"Dah la stop it, u pun makan, today i belanja semua okay. semalam baru dapat payment from this magazine, i'm rich now and i want to buy Putrajaya" Jelas dia.

"Thank u, amat menghargai anda" Jawab aku.

Makan dan terus makan, minum dan terus minum, rokok dan terus merokok, bercakap dan ketawa lalu terus bercakap dan ketawa. Aku gembira, dia juga gembira. Erti kawan lebih bermakna apabila setiap senyuman diukir tanpa rasa sangsi dan sesal. Sesudah puas membuang hujah kami buat keputusan untuk pulang kesarang.

Didalam jentera pemusnah.

"Hey thanks sebab go out with me" Jelas dia.

"Huh, i yang patut cakap terima kasih, untuk semua hari ini, so esok u ade shooting ke?" Aku.

"Its ok, bukan selalu, esok ada, around 4 maybe, eh may i ask u something" Dia.

"Ok good, hah what u want to ask, its free no need to pay, just ask" Jelas aku.

"U ada ramai kawan tak yang same age macam i, yelah young girl, nope, jauh muda dari u??" Tanya dia.

"Adalah jugak few person, kenapa?" Tanya aku semula.

"Nothing, just tanya, u still contact dorang?" Tanya dia lagi.

"Hurm..ada yang still contact, ada yang macam silent mode je" Jawab aku sambil memberi fokus memulas steering.

"Urkk, napa silent mode??" Tanya dia lagi.

"Yelah, actually i ni macam bible for them, no!! what i meant is banyak orang yang i kenal which is muda macam u, its like cuba mencari new life, Yeah cuba belajar erti kehidupan dan i ni macam jadi dorang punya guideline especially bab learn about 'boy language' huhuhu, i macam platform for the next level". Aku.

"Huh 'boy language'??" Dia.

"Ill tell u later about that thing" Jelas aku lagi.

"So selain dari tu dorang belajar apa lagi dari u" Tanya dia lagi.

"Hurmm, nope dorang macam ingat i tau semua benda, so tanya macam² padahal i tak tau apa² pun, cuma i pernah lalui semua apa yang u all sedang lalui sekarang, tapi bukan as a model like u la" Jelas aku.

"huh stop it, so dorang dah lari dari u ke" Tanya dia lagi.

"I'm not sure about run, cuma, yelah maybe they already got their own life, macam dah ada bf dan bf mereka amat 'lelaki melayu tipikal terakhir' which is akan marah and ask them untuk tidak ambil kisah pasal lelaki lain" Jawab aku lagi.

"Oh poor, but dont worry i takkan jadi macam tu if i got new bf, trust me" Jelas dia.

"Nah its ok u tak perlu cakap apa² cause we dunno yet, rite" Aku pula.

"Nope trust me, i takkan cari 'lelaki melayu tipikal terakhir'" Jelas dia lagi.

"Haha jangan salahkan lelaki² macam tu, dorang buat macam tu sebab dorang sayang kat gf dorang" Jelas aku lagi.

"Yelah, u menang, i bagi u menang, eh dah sampai rumah i la, so see u again, hopefully.." Jelas dia sambil senyum.

"Ok, thanks for everything, all the best untuk esok" Jawab aku.

Sambil terus memandu pulang kerumah, sambil diradio sedang berkumandang lagu 'Everybody got to learn sometimes' dari Beck. Fikiran terus bermain, fikiran terus berfikir. Banyak perkara perlu dipelajari, perlu lalui. Tidak perlu takut untuk gagal, tidak perlu takut untuk kecewa. Aku juga sering bangun dari kegagalan dan kekecewaan, cuma tidak ramai yang paham dan mengerti apa yang cuba disiratkan melalui perjalan hidup aku adalah seorang android yang cuba menidakkan perkara benar, juga membenarkan perkara yang tidak. Sampai dirumah hati dan jiwa masih lagi berfikir, fikir tentang manusia² yang pernah mengelilingi kehidupan aku lalu hilang membawa segala warna-warni pelangi.

Hari ini adalah milik aku.

Pagi Ahad, pagi seperti disyurga, dengan penuh kebencian dan kemarahan, aku masih gagah untuk senyum, membelek segala kertas kerja, memaki-hamun segala file² dan folder, menyepak terajang semua memo² panas dari bos, melayan bahang kepanasan penyaman udara sambil menghirup dan meneguk bau kopi yang sentiasa menenangkan hati seorang pemberontak. Aku lansung tidak boleh menggerakkan segala input didalam kepala, semuanya berhenti, semuanya membeku. Aku perlukan 'American Eagle' untuk memulakan segala permulaan. Pagi Ahad ditempat kerja memang amat memilukan lebih² lagi bila terkenang tentang perkara² gembira membuatkan aku rasa amat pathetic didalam bilik panas dan kering. Keputusannya gerakkan kaki keruang yang luas dan nikmati pembawa maut. Sedang cuba memulihkan rasa bersalah dihati dengan memasukkan asap kedalam rongga dan jiwa. Dari aku lihat susuk tubuh sedang menghampiri aku sambil sebungkus rezeki ditangan.

"Eh, kau isap rokok ye?" Dia.

"Yup, napa bang?" Aku tanya.

"Tak pernah nampak sebelum² ni kau hisap rokok" Jawab dia.

"Oh ni first time saya hisap rokok" Jawab aku tetapi diatas kepala berbunyi "Aku hisap rokok kau tak pernah nampak, aku datang kerja lewat kau nampak, kau datang lewat.."

Dikepalanya aku terlihat dialog "Its ok, aku bos boleh datang lewat kau peduli apa.."

Saturday, 7 February 2009

Corrine Bailey sedang menangis.

Dia kata "kenapa perlu ada pelakon yang suka berada diatas pentas, sedangkan yang menonton tidak gembira? apa salah penonton? kenapa pelakon tak buat yang terbaik". Lalu aku cakap "kita sebagai penonton pun adalah pelakon juga, kita berlakon sebagai penonton". Dia jawab semula "This all bullshit". Aku senyum dan mula nyalakan api rokok, tarik dan hembus keatas. Kita memang susah nak faham hati dan perasaan orang, lebih-lebih lagi aku sebagai android yang cuba untuk belajar warna-warni kehidupan. Maaf jika aku selalu buat kau terluka.

Anthems for a 17 year old girl.

Hujan terus basahkan segala²nya, segala bahang yang terasa hilang tak semena-mena, aku hanya mengintai keluar tingkap dari bilik besar yang mempunyai mejar bujur yang besar. Kelihatan pokok hijau kuyup dengan rahmat yang melimpah. Didalam bilik besar bermeja bujur masing masing-masing sedang melengkapkan hujah, berhujan-hujan hujah, ada yang cuba menarik rambut didalam tepung, ada yang cuba menegakkan benang yang basah, ada yang cuba bermain api dan sebagainya, itulah dia 'meeting' dan aku sambung ayat itu kepada 'meeting for nothing. Matlamat dan tujuan adalah sama, untuk bagi semua orang makan hati, tindas dan terus tindas, bila cakap Israel,Zionis, mereka lah pejuang utama, walaupun konsep zionis pun mereka tak tahu ertinya. Aku hanya mampu pasrah mendengar segala arus deras yang bakal melanda syarikat gergasi ini. bosan dan terus bosan, mujur masuk satu teks ringkas.

"Weh kau kat mana?? jom minum aku nak tanya pasal SOCIAL BROKEN SCENE la" dia.

"Aku kat 2nd floor ade meeting jap, napa dengan band tu?" Aku.

"Ala jomlah minum, eh band tu dari ampang kan??" Dia.

"hah yelah Ampang dengan Toronto kan dekat, tunggulah jap lagi aku cari kau kat bawah" Aku.

Bestkan 'meeting' ni.

Antara cheritera, cerita dan citra #3

Apa yang seronok sangat, jika setiap hari pergi kerja, dengar lagu² rock, browse perempuan² plastik di internet, pulang dari tempat kerja, lepak bersama kawan², sembang², bermain teks ringkas bergelak ketawa, pulang kerumah, bermain teks ringkas, tidur, hujung minggu, pergi gig, flirt around, Euphoria, Barcelona, Avenue K, flirt around, bangun tidur bermain teks ringkas, keluar jalan²,tonton wayang, seterusnya mengeluh untuk hari isnin dan begitulah seterusnya hingga ke minggu depan dan seterusnya. Kerja dan terus kerja, lepak² dan terus lepak, flirt dan terus flirt, gig dan terus gig, kutuk dan terus kutuk, menari dan terus menari, kisah politik terus cakap "Euuwww Politic is dirty" tanpa berfikir dan begitulah seterusnya dan seterusnya.
Sungguh tidak mencabar kehidupan mereka. Tetapi aku kagum dan aku bangga.

Friday, 6 February 2009

Dialog tanpa prolog #4.2

"Eh apa dah jadi dekat Perak?" Tanya Fakhrul binggung.

"Inilah kisah dongeng untuk masa depan, kisah untuk anak² cucu kita" Jawab aku.

"Aku tak paham, macam mana ni?" Tanya Fakhrul lagi.

"Tak paham takpe, lama² nanti paham lah" aku.

Diari warna pink milik Azuan.

Badan disandarkan keruang dan bidang yang luas, mata dipejamkan walaupun cahaya masih mampu menembusi rongga, sambil menarik dan menghembus nafas, dicorong speaker aku menghayati norma-norma gegaran mendayu² dari JEWEL 'You were meant to me'. Terus mendegus sekuat hati, tangan aku julangkan keatas sambil menggeliat. Aku capai telefon.

"Hello Wan.." Aku

"Ahaha..oit aku bz gila lately ni, adoi" Wan.

"Hihi..kau marah kat aku ke?" Aku.

"Marah pasal apa plak ni" Wan.

"Aritu pasal cerita kelebihan yang aku ada boleh tengok kelebihan orang lain, and then kau tanye pasal kelebihan kau, aku jawab kelebihan lemak" Aku.

"Ahaahah..apalah kau, mana ada aku marah" Wan.

"Ahaha, sebenarnya kelebihan lemak tu lambang kemewahan" Aku.

"Betul, aku seorang yang mewah, aku banyak duit, siapa jadi gf aku, untung gila, sebab aku banyak duit..ahaha" Wan.

"AAhahah..dah lah malam jumpa" Aku.

"OK bro" Wan.

"Jangan panggil aku bro boleh tak" Aku

"Baik bang" Wan.

Jiwa Azuan, kisah hidup Azuan, Diari warna pink milik Azuan, semuanya ada didalam jiwa aku, begitulah sebaliknya hati dan perasaan aku, dan bukan Azuan dan aku sahaja begitu, tetapi sekawan aku dia dan lain². Dulu kekasih aku selalu hinggar binggar di telinga. Kahwin jelah dengan kawan, tak perlu kahwin dengan dia. Lambat laun ianya jadi sumpah, ianya jadi kenyataan. Semuanya hilang punca, semuanya hilang petanda. Aku menangis, aku ketawa kawan² masih didalam bulatan. Aku mencakar, dia kena cakar, kawan² masih lagi berbentuk bulat. Terima kasih kerana terus membentuk bulatan.

Thursday, 5 February 2009

Nothing left to subtract.

Ketika sedang asyik menonton aksi² kegemilangan Eddy Vedder dan rakan² dari dalam dan luar moshpit melalui monitor skrin, ketika menghayati setiap lagu yang dibawa. Aku mampu pusing berpuluh² ribu jam kebelakang mengingati segala kenangan, merasai setiap keperitan, dibantu dengan kesunyian malam menambahkan lagi hiba didada. Sewaktu lagu 'Nothingman' dimainkan secara tidak sengaja teks mesej di telefon bimbit masuk berbau kerinduan, berbau kesedihan, berbau kekecewaan. Tidak perlu sedih, tidak perlu menangis kerana yang dikejar hanyalah manusia lemah dan tidak berdaya. "Oh, she dont want him", "Oh, she wont feed him.. after hes flown away..", "Oh, into the sun...ah, into the sun..". Air mata berlinangan, nafas terus ditarik perlahan². "Nothingman..", "Isnt it something..?", "Nothingman.."

Saki baki kehidupan lalu #2









Wednesday, 4 February 2009

Kita masih ada hari esok.

Sejak beberapa hari yang lalu, ada banyak perkara yang telah aku lupakan dan tinggalkan, aku sudah tidak berjogging, aku sudah tidak membaca lagi, aku sudah tidak memetik gitar, aku sudah tidak menonton kotak tv, aku sudah lupa untuk memandang syiling sebelum tidur, aku sudah tidak mendengar lagu 'Minerva' & 'Hexagram' dari DEFTONES, aku sudah tidak bangun awal untuk bekerja, aku sudah malas untuk buat kerja, sudah tidak berfikir tentang hati dan perasaan, sudah tidak menyimpan kebencian, sudah tidak mengingati kisah hitam², tidak lagi mengukir kesedihan dan tidak lagi sangsi. Banyak perkara yang akan diperbaiki dan banyak perkara yang aku sudah tidak buat akan aku buat semula. Mungkin kita tidak boleh untuk berpatah balik, tetapi kita masih mampu buat sesuatu untuk hari depan.

Kisah kecewa tentang semalam.

Berjalan seorang diri didalam gelap, lalu terlihat seekor rasaksa berwarna hijau kehitaman, mempunyai mata yang amat merah, gigi yang tajam, riak muka yang kejam bila memandang aku. Tanpa buang masa aku berlari selaju²nya, tetapi apakan daya rasaksa itu berlari dengan lebih pantas, sambil kedengaran ia menjerit seolah² menyuruh aku berhenti berlari membuatkan aku lagi kaget dan cemas. Tanpa toleh kebelakang aku terus mara kehadapan, tetapi semakin lama semakin tidak berdaya, dalam keadaan yang amat gelap dan kedengaran setiap hembusan nafas rasaksa tersebut membuatkan aku semakin cemas kerana bunyi semakin lama semakin dekat menandakan ianya sedang mara menghampiri aku. Jantung seperti hendak meletup, segala apa didalam badan seperti hendak terkeluar. Aku makin perlahan untuk berlari dan aku dapat rasankan angin kelajuan rasaksa, belum sempat aku hendak menoleh kebelakang rasaksa itu sudah berjaya menerkam aku, tidak nampak malaikat mahupun jin tiba² aku tersedar dari mimpi, jantung berdegup sekencang-kencangnya.
Mimpi seram, mimpi indah, mimpi buruk, mimpi kecewa, mimpi tragis, mimpi sedih, mimpi gembira dan segala macam mimpi adalah hasil kesan khas yang paling terbaik pernah dialami oleh semua orang, kesan khas ini mampu mengatasi kesan khas dari mana² filem di Hollywood apatah lagi Bollywood mahupun cerita² dari Razak Mohaideen dan Piere Andre. Sejauh mana kebenaran mimpi anda?? memang sukar untuk dinilai secara kasar. Namun begitu setiap mimpi selalunya akan dipengaruhi oleh minda kita sebelum kita tidur, tidak kira pada hari yang sama mahupun hari yang lain, contohnya jika kita sedang memikirkan tentang Rachel mc'Adam, sudah tentu dalam mimpi kita akan berjalan bersama² berpegang tangan dengan Rachel mc'Adam. Tetapi ianya jarang berlaku dan amat sukar untuk dijadikan kenyataan. Siapa setuju sila angkat tangan sambil melompat².

Добро утро на всички

Pagi ini pagi yang tidak selamat, semoga berjaya mengatasinya.

Tuesday, 3 February 2009

Jiwa meronta-ronta.

Hati berdebar² memikirkan, jiwa meronta² inginkannya. Perlahan² memandu jentera pemusnah, tekan minyak, tekan brek, pulas stering ke kiri, pulas stering ke kanan, gerakkan tombol gear kedepan kebelakang, mata melilau kesekeliling, perut berpusing². Semua diam, semua seperti dimakam. Perasaan sabar semakin lama semakin pudar. Aku teruskan perjalanan dengan penuh harapan dan impian. Dikepala pada ketika itu hanya satu, dikepala yang lain² pun hanya satu.

"Weh kau rasa bukak tak hari" Tanya dia.

"Rasanya bukak kut" Jawab aku.

"Bila nak sampai ni, aku dah tak sabar" Tanya kau.

"Relak dah nak sampailah ni" Jawab aku lagi.

"Oh Yes!!! kedai bukak, kedai bukak, cayalah kita tak mati kelaparan" Jawab dia dengan girang.

"Woohoo!! we made it, jom makan" Jelas aku.

Raihan Nasi kandar Glenmarie Shah Alam.

Perjalanan Salim, Jamal dan Latika.

Malam tadi aku berhentikan setiap saat yang berlalu, aku kuncikan setiap pergerakan yang bakal berlaku. Aku lupakan segala kebencian dan kemarahan, sambil baring secara bebas tangan dibelakang kepala aku memberi fokus kepada skrin, sebuah filem yang terbaik sedang berusaha memberi keyakinan kepada aku, 'Slumdog millionaire'. Yes ianya memang terbaik, sebuah filem yang amat 'rare' amat telus dan amat jujur. Sebuah filem yang mampu buat aku tersentak dan kena hentak. Inilah realiti kehidupan yang kita tidak nampak atau mungkin buat² tak nampak. Siapa yang belum tonton, tolong buang masa dan tenaga untuk menonton. "Danny boyle aku sedang mencari cerita Shallow grave", "Danny Boyle boleh tak kau jadi pengarah untuk filem aku??", "Danny boyle aku benci kau"

Monday, 2 February 2009

Khabar dari Elmshorn

Beribu-ribu jam dulu, ketika aku menghabiskan masa di Elmshorn iaitu sebuah perkampungan kecil yang mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai ke bandar Hamburg, Jerman itupun dengan menaiki keretapi laju. Hati aku banyak kali terdetik, dengan suasana yang amat nyaman dimana musim sejuk sedang mula untuk berakhir, tetapi pokok² masih lagi tidur tidak mengeluarkan apa² warna, angin masih lagi kuat bertiup dan rumput² masih lagi basah kerana embun yang tebal. Banyak perkara dapat dipelajari di Elmshorn terutamanya cara hidup masyarakat disana. Mereka memang amat bertamadun, dan perkara yang sering aku lihat sepanjang aku berada disana adalah, sifat semula jadi mereka yang suka membaca, sambil tunggu bas mereka membaca, sambil duduk mahupun berdiri didalam keretapi mereka membaca, sambil minum di cafe² mereka membaca, sambil mengayuh basikal, tidak membaca tetapi didalam bakul basikal pasti ada buku, tunggu giliran di bank mahupun di klinik mereka membaca, didalam stadium ketika menyaksikan perlawanan mereka membaca, pemandu keretapi sebelum hendak menjalankan tugas, mereka membaca, pembuat jagung rebus ketika tiada pelanggan mereka membaca, duduk berpeleseran juga mereka membaca, tidak kira yang tua mahupun yang muda, tidak kira baca novel mahupun surat khabar, tidak kira sesak mahupun berasak², mereka memang akan membaca. Pendek kata buku memang teman mereka. aku pasti jika ada sesiapa yang pernah kemana² disekitar Eropah akan dapat melihat fenomena ini. Cuma ada sedikit keraguan, dimana Elmshorn adalah sebuah perkampungan dan hanya ada pekan kecil yang boleh aku anggap sama seperti sebuah pekan di Bidor mahupun di segamat, tetapi jika kita ke pekan² kecil disini memang akan susah untuk nampak orang pegang buku. Dekat mana silapnya?.

"Azam tahun baru aku nak baca banyak lagi buku dari tahun lepas" Jelas Hazaried.

"Huh..sebuah buku rm39.90, kalau bagi aku duit tu lepas makan seminggu weh" sampuk Azlan.

"Tu la kan, takpelah kita buat makan jelah, rugi pulak aku rasa nak beli buku" Hazaried.

Lima minit kemudian.

Ketika tangan sedang berpaut dibelakang kepala sambil aku bersandar malas dikerusi, sambil kaki disilang menandakan aku benar² bebas hari ini, didalam bilik operasi yang sedang berhidrasi membuatkan tekak kering hingga ke gusi. Mata terkebil² memberi ruang kepada cahaya dan udara untuk keluar masuk, di telinga dijiwa hanya ada alunan ekspressi dari ULRICH SCHNAUSS melalui corong speaker.
Telefon berdering lagi.

"Weh aku ni Wan, kau bz ke tu?" Tanya Wan dengan nada perlahan.

"Hah..aku tak bz pun, kenapa?? apa cerita??" Tanya aku semula.

"Aku nak tanya kau ni, yang hari tu kau cakap kau ada kelebihan, yang boleh tengok muka orang and then boleh tau kelebihan orang tu betul ke??" Tanya Wan dengan gairah.

"Aha..(senyum) napa??" Tanya aku lagi.

"Takdelah kalau rasa apa kelebihan aku??" Wan ingin tahu.

"Ermmm, (sambil garu kepala) kau memang ada kelebihan, banyak kut" Jawab aku.

"Oh yeke?? apa kelebihan aku?" Tanya Wan dengan penuh minat.

"Kau ada kelebihan lemak dalam badan, tak ramai orang macam tu" Jawab aku sambil gelak.

"Ahahahaha..cibai lah..sial lah..putus kawanlah macam ni" Jelas Wan.

"Ahahahaha, kau nak tau apa kelebihan kau, so tu lah kelebihan kau, adoi" Jawab aku sambil gelak lagi.

"Ahahahahaha"

Saki-baki kehidupan lalu.













© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law